Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[swas.ta] | سواستا

Definisi : yg mengendalikan kegiatan (perusahaan dsb) sendiri, bukan milik kerajaan: penerbit ~; sekolah ~; syarikat ~; menswastakan memindahkan perkhidmatan dan perusahaan yg diurus oleh kerajaan kpd pengendalian pihak swasta (dgn kerajaan memungut cukai drpd keuntungan yg diperoleh), menjadikan swasta (bukan lagi milik kerajaan): ada rancangan utk ~ beberapa jenis perkhidmatan yg kini dikendalikan oleh kerajaan; penswastaan perihal (tindakan) menswasta­kan (perkhidmatan dan perusahaan kerajaan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[swas.ta] | سواستا

Definisi : dimiliki sendiri (bukan milik kerajaan atau pemerintah): badan ~ badan perniagaan dll yg dimiliki oleh seseorang atau oleh beberapa orang tertentu saja. menswastakan memindahkan hak milik sesuatu per­khidmatan (perusahaan dsb) kerajaan kpd pihak swasta; menjadikan se­suatu sbg swasta. penswastaan hal menswastakan sesuatu perkhidmatan (perusahaan dsb) kerajaan; hal men­jadikan sesuatu sbg swasta. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata swasta


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
APAKAH CONTOH FORMAT SURAT RASMI BAGI AGENSI KERAJAAN DAN SWASTA? ADAKAH TERDAPAT PERBEZAAN?Surat agensi kerajaan dengan swasta memang terdapat perbezaan, terutama dari segi format kepala surat, penggunaan kata sapaan,  cara menyampaikan isi (surat swasta lebih langsung dan ringkas). Sila rujuk pihak Institut Tadbitan Awam Negara atau Jabatan Perkhidmatan Awam untuk merujuk format surat rasmi agensi kerajaan dan buku-buku rujukan umum.Lain-lain03.08.2008
definisi - kesihatan - hospital swasta

Kata kesihatan adalah daripada kata sihat yang mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud perihal sihat,kesegaran, kebaikan keadaan (badan dll.).

Hospital swasta bermaksud hospital yang ditadbir dan diurus oleh pihak swasta,iaitu bukan milik kerajaan.

Makna26.01.2008
adakah swasta merupakan kata terbitan daripada imbuhan pinjaman swa dan perkataan 'asta'?Tidak ada maklumat tentang etimologi kata swasta dalam pangkalan data kami. Jika dirujuk maksud swa ialah awalan asing yang bermaksud sendiri, namun tidak dapat dikaitkan dengan maksud asta untuk pembentukan kata baharu itu.Penyelidikan14.05.2017
Saya ingin bertanya, di dalam konteks Tadika swasta apakah istilah yang sesuai digunakan adakah pengetua tadika swasta?Pengetua tadika boleh digunakan.Lain-lain18.10.2023
apakah dasar penggunaan bahasa melayu di institusi pengajian tinggi swasta? Dalam sistem persekolahan kerajaan, penggunaan bahasa Melayu diwajibkan sebagai bahasa pengantar utama dari peringkat sekolah rendah, menengah dan seterusnya ke institusi pengajian awam. Bagi pusat pengajian tinggi swasta,  tidak dapat dipastikan tentang penggunaan bahasa Melayu. Sila rujuk Jabatan Pengajian Tinggi (Swasta), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Lain-lain19.02.2008
Maksud bidang kerja/swasta/persendirian/sektor karajaan.Bidang kerja bermaksud kegiatan yang diceburi atau lapangan sama ada dalam badan kerajaan, persendirian atau sektor swasta.Makna28.02.2007
Dalam usaha untuk membaiki taraf hidup pekerja , sama ada di sektor awam atau swasta , kemampuan majikan sahaja tidak memadai. Dalam usaha untuk membaiki taraf hidup pekerja , sama ada di sektor awam atau DI SEKTOR swasta , kemampuan majikan sahaja tidak memadai. MUNSYI, MANAKAH SATU AYAT LEBIH SESUAI? tkDalam usaha untuk membaiki taraf hidup pekerja , sama ada di sektor awam atau di sektor swasta , kemampuan majikan sahaja tidak memadai.Tatabahasa11.04.2012
Majlis Perbandaran sedang kini berkolaboratif dengan syarikat swasta untuk menjadikan bandar Cyberjaya sebagai bandar hijau1. Majlis Perbandaran sedang/kini berkolaboratif dengan syarikat swasta untuk menjadikan bandar Cyberjaya sebagai bandar hijau.
2. Sila pilih perkataan sedang atau kini.
Lain-lain10.01.2014
"Meningkatkan Penggunaan Bahasa Melayu".. Salam. Kenyataan di atas adalah Misi DBP dan Sektor Swasta di minta bersama-sama untuk menjayakannya. Saya cuma ingin bertanya, kenapa pihak swasta terutama bank dan takaful tidak menyediakan surat perjanjian dalam Bahasa Melayu. Apakah tindakan DBP? Sekian, terima kaih.Selaras dengan misi kami, DBP sentiasa berusaha meningkatkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan pelbagai sektor di negara kita. Melalui kerjasama DBP dengan Bank Negara Malaysia (BNM) pelbagai keputusan telah dicapai dan arahan dikeluarkan. BNM telah mengeluarkan arahan kepada bank dan syarikat insurans/takaful agar dokumen berkaitan pelanggan mempunyai salinan dalam bahasa Melayu. Mohon kerjasama tuan memaklumkan kepada kami butiran bank berkenaan untuk kami buat pemantauan dan teguran yang sewajarnya. Butiran boleh di-e-mel kepada ayu@dbp.gov.my dan ana_mohdbess@dbp.gov.my.Lain-lain13.12.2012
1.Isteri muda lelaki itu bekerja sebagai pereka hiasan dalaman di syarikat swasta. MUNSYI, APAKAH KESALAHAN AYAT TERSEBUT? TKAyat "Isteri muda lelaki itu bekerja sebagai pereka hiasan dalaman di syarikat swasta." adalah betul dan tidak terdapat sebarang kesalahan.Tatabahasa15.04.2012
12345678910

Kembali ke atas