Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Subhanahuwataala: Allah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata swt


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Allah swt atau Allah SWT ? Nabi Muhammad saw atau Nabi Muhammad SAW ?Ejaan yang betul ialah Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.Ejaan06.02.2010
Yang mana betul: Allah SWT atau Allah S.W.T atau Allah swt atau Allah s.w.t. Terima kasihEjaan yang betul ialah Allah SWT (tanpa tanda titik).Ejaan11.01.2012
Mohon pencerahan penggunaan singkatan bagi Subhanahu wa taala. Adakah SWT atau S.W.T. ? Mohon penerangan juga bila boleh digunakan dalam huruf kecil swt atau s.w.t.?Singkatan untuk Subhanahuwataala ialah SWTEjaan30.03.2017
1. SWT 2. Assalamualaikum1. SWT 2.AssalamualaikumEjaan16.12.2014
di atas atau atas perhatian SWT WBTatas perhatiaan SWT WBTEjaan08.07.2013
Assalamualaikum. Saya mohon penerangan berkaitan perbezaan singkatan r.a./a.s dengan SAW/SWT. Mengapakah r.a./a.s menggunakan huruf kecil berbanding dengan SAW/SWT? Terima kasih.Soalan saudara akan dipanjangkan kepada Bahagian Perkamusan untuk dijawab.  Jawapan mungkin mengambil masa dan akan dijawab melalui e-mel.Ejaan05.03.2018
Assalamualaikum & salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang penggunaan kata sendi nama 'daripada' dan 'kepada'. Dalam ayat contoh ini, kata sendi manakah yang lebih sesuai? Mohonlah keampunan daripada/kepada Allah SWT. Pada pendapat saya, lebih sesuai digunakan 'daripada' kerana kita memohon sesuatu daripada sumber lain. Dalam ayat contoh, kita memohon keampunan daripada Allah SWT. Maksudnya, sumber kemaafan itu datangnya daripada Allah SWT. Wallahu'alam.. Itu hanya pendapat saya. Namun, saya menunggu jawapan daripada pihak PRPM. Terima kasih.Ayat yang betul ialah " Mohonlah keampunan daripada Allah SWT.Tatabahasa20.06.2019
Tuan/Puan, 1. Allah SWT atau Allah S.W.T. ejaan yang betul? 2. Macam mana saya ingin merujuk kepada kompilasi Khidmat Nasihat Bahasa? Sebelum ini saya boleh rujuk di ruangan Carian Kata sahaja (http://prpm.dbp.gov.my/). Sekian, terima kasih.Ejaan yang betul ialah Allah SWT (tanpa tanda titik). Untuk menggunakan Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP, tuan/puan boleh melayari laman web http://prpm.dbp.gov.my/ dan tuan/puan perlu memasukkan entri yang diingini terlebih dahulu dan klik pautan Khidmat Nasihat Bahasa yang terdapat di sebelah kanan ruangan laman web. Ejaan13.08.2018
Salam, benar tak ayat ini dari sudut struktur dan ejaan "Alhamdulillah. syukur dipanjatkan kepada Allah SWT. Selawat dan salam kepada Rasulullah SAW Nabi junjungan yang telah meninggalkan dua petunjuk sepanjang zaman, al-Quran dan al-Hadith" ?Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kepada Allah SWT. Selawat dan salam kepada Rasulullah SAW nabi junjungan yang telah meninggalkan dua petunjuk sepanjang zaman, iaitu al-Quran dan hadis.Ejaan12.04.2012
assalam.saya ingin bertanya mengenai ejaan huruf besar dan huruf kecil. -Allah SWT@s.w.t -Nabi Muhammad s.a.w@SAW -al-Quran dan Hadis -ejaan dalam ayat seperti ...kelebihan mengamalkan hadis@Hadis ini?-->contoh ayat -perkataan seperti contoh hadis qudsi adalah....-->adakah ejaan hadis qudsi adalah kecil atau perkataan awal H dan Q besar?Ejaan yang betul ialah Allah SWT, Nabi Muhammad SAW, al-Quran, hadis dan hadis kudsi.Ejaan24.07.2012
12345

Kembali ke atas