Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Subhanahuwataala: Allah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata swt


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NABI DAN RASUL

Nabi dan rasul ialah orang lelaki daripada

kalangan manusia yang dipilih oleh Allah SWT

dan diturunkan wahyu kepada mereka. Perbezaan

antara nabi dan rasul ialah: Allah SWT

membangkitkan para nabi dengan membawa

syariat baru atau syariat lama, dan menyuruh

mereka beramal dengannya untuk menjadi ikutan

kepada orang lain. Contohnya, banyak nabi di

kalangan Bani Israel, tetapi mereka tidak

diperintahkan berdakwah kepada seluruh manusia,

kerana setiap nabi itu diutuskan kepada kaumnya

sahaja. Manakala para rasul pula dipilih oleh Allah

SWT dan diwahyukan syariat kepada mereka serta

disuruh menyampaikannya kepada seluruh

manusia. Allah SWT menurunkan kitab kepada

Nabi Muhammad SAW., iaitu al-Qur’an. Manakala

Nabi Isa a.s. telah berdakwah untuk beberapa

ketika dengan menyeru kepada ajaran Taurat,

kemudian Allah SWT menurunkan kepadanya

kitab Injil, lalu dia pun menyeru kepada ajaran Injil.

Dengan keterangan di atas, nyatalah bahawa

gelaran rasul lebih umum daripada gelaran nabi,

kerana rasul juga adalah nabi sedangkan nabi

mungkin tidak menjadi rasul.

UMUM 
NABI HARUN A.S.

Nabi Harun a.s. ialah salah seorang dari kalangan

nabi-nabi yang diutuskan oleh Allah SWT. Harun

a.s. merupakan saudara kepada Nabi Musa a.s. Allah

SWT mengutuskan baginda sebagai rasul bersama

Nabi Musa a.s. untuk menolongnya berdakwah.

Allah SWT memperkenankan doa Nabi Musa a.s.

untuk menjadikan Harun sebagai pembantu dalam

menyampaikan dakwah. Firman Allah SWT yang

bermaksud: Supaya mereka faham perkataan Ia.

Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari

keluargaku. Iaitu Harun, saudaraku. Kuatkanlah

dengan sokongannya, pendirianku. Dan jadikanlah

dia turut campur bertanggungjawab dalam

urusanku”.

UMUM 
NABI IDRIS A.S.

Nabi Idris a.s. ialah salah seorang daripada nabi

yang diutuskan oleh Allah SWT. Nama Nabi Idris

disebut di dalam al-Qur’an sebanyak dua kali. Allah

SWT berfirman di dalam al-Qur’an yang

bermaksud: “ Dan bacakanlah (Wahai Muhammad)

di dalam kitab (al-Qur’an) ini perihal Nabi Idris,

sesungguhnya adalah dia amat benar (tutur katanya

dan imannya) serta dia seorang Nabi. Dan Kami

telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi

darjatnya”.

(Surah Maryam 19:56–57)

Allah SWT berfirman lagi yang bermaksud: “ Dan

(demikianlah pula) nabi-nabi Ismail, Idris dan

Dhulkifli semuanya adalah dari orang-orang yang

sabar”.

(Surah al-Anbiya’ 21:85)

UMUM 
NABI SYU‘IB A.S.

Nabi Syu‘ib a.s. ialah salah seorang daripada

kalangan nabi yang diutuskan oleh Allah SWT

kepada penduduk Madyan. Baginda telah berusaha

sedaya upaya menyeru mereka mengesakan Allah

SWT, menasihati mereka agar meninggalkan

penipuan dan helah jahat dan mendorong mereka

agar berlaku adil dan saksama serta berkelakuan

baik.

UMUM 
MASJID

Masjid ialah rumah Allah SWT, dan merupakan

tempat orang Islam menunaikan sembahyang fardu

yang diwajibkan ke atas mereka.

UMUM 
NABI YUNUS A.S.

Nabi Yunus a.s. ialah nabi yang diutuskan oleh

Allah SWT kepada para penduduk Nairawi yang

mendiami kawasan Mosul di Iraq, iaitu tempat

tersebarnya penyembahan berhala. Nama sebenar

baginda ialah Yunus ibn Matta. Matta ialah nama ibu

Nabi Yunus a.s. Tiada seorang pun daripada para

rasul dinisbahkan kepada ibu mereka kecuali Nabi

Yunus a.s. dan Nabi Isa a.s. Nabi Yunus a.s. berasal

daripada Bani Israel keturunan Bunyamin iaitu salah

seorang anak Nabi Ya’kub a.s. yang juga saudara

kepada Nabi Yusuf a.s.

UMUM 
NABI ZULKIFLI A.S.

Nabi Zulkifli a.s.ialah salah seorang nabi

daripada nabi-nabi Allah. Nabi Zulkifli a.s. ialah

anak kepada Nabi Ayyub a.s. Nama asalnya ialah

Bashar. Allah SWT mengutusnya selepas Nabi

Ayyub a.s. Nabi Ayyub a.s. menamakan anaknya

Zulkifli kerana menanggung beban hasil

ketaatannya kepada Allah SWT dan dapat

mengatasinya. Nabi Zulkifli a.s. tinggal di Syam.

Nabi Zulkifli a.s. telah menjamin kaumnya demi

untuk menyempurnakan kehendak mereka dan

memerintah mereka dengan adil. Nabi Zulkifli a.s.

bukanlah nama yang disebut dalam hadith Nabi.

Orang Damsyik mendakwa makamnya terletak di

gunung Qasiyun di Damsyik. Al-Qur''an tidak

banyak menyebut namanya seperti nabi-nabi lain.

Manakala dakwah, risalah dan kaum Nabi Zulkifli

a.s. tidak dibentangkan sama ada secara ringkas

mahupun secara lengkap. Oleh itu, dinasihatkan

agar bentuk dakwah yang disampaikannya tidak

dikaji secara mendalam.

UMUM 
NABI AYYUB A.S.

Nabi Adam a.s. ialah bapa bagi seluruh umat

manusia dan makhluk pertama diciptakan oleh Allah

SWT dari kalangan manusia sebagai khalifah di

bumi bersama zuriat-zuriatnya yang akan

memakmurkan dan mewarisinya.

UMUM 
NABI ADAM A.S.

Nabi Adam a.s. ialah bapa bagi seluruh umat

manusia dan makhluk pertama diciptakan oleh Allah

SWT dari kalangan manusia sebagai khalifah di

bumi bersama zuriat-zuriatnya yang akan

memakmurkan dan mewarisinya.

UMUM 
MALAIKAT

Malaikat ialah makhluk yang dijadikan daripada

cahaya, tidak makan, tidak minum, tidak tidur dan

tidak berkahwin, tidak menderhakai perintah Allah

SWT bahkan menjalankan semua perintah-Nya

dan segala kerja yang ditugaskan oleh Allah

kepada mereka. Beriman kepada para malaikat

merupakan rukun iman yang kedua. Tidak sah iman

seseorang kecuali dia beriman kepada malaikat.

UMUM 
1234

Kembali ke atas