Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bulan yg kelapan dlm tahun Hijrah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata syaaban

Puisi
 

Hari Rejab bulan Syaaban,
     Rendam serai rimbun ke daun;
Tinggal sekejap rasa sebulan,
     Rasa bercerai seribu tahun.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SYAABAN

Syaaban ialah bulan kelapan mengikut takwim

Hijrah. Ia dikenali dengan nama ini pada tahun

412 M. Semasa hayat Kilab ibn Murrah, datuk

kelima dalam salasilah keturunan Rasulullah

s.a.w. Dikatakan nama Syaaban bermakna

berpecah menjadi kumpulan kerana kabilah Arab

memohon agar dipecah-pecahkan mengikut

pasukan tertentu bagi tujuan membuat serangan

selepas mereka berehat pada bulan Rejab, iaitu

bulan yang diharamkan berperang. Lihat Rejab.

UMUM 
PERANG UHUD

Perang Uhud berlaku pada bulan Syaaban,

tahun ketiga Hijrah /625 M. antara orang Islam

dengan kaum musyrikin Makkah. Antara punca

berlaku peperangan ini ialah kaum Quraisy mahu

membalas dendam selepas kekalahan mereka di

dalam Perang Badar. Dengan demikian, kaum

Quraisy seramai lebih kurang 3000 orang keluar

menuju ke Madinah. Rasullulah s.a.w. segera

bermesyuarat dengan para sahabat sama ada

mereka perlu keluar dari Madinah atau bertahan

di dalam kota. Pendapat majoriti mahu kaum

muslimin menghadapi pihak Quraisy di luar kota

Madinah. Orang Islam menuju ke Bukit Uhud

dengan tentera seramai 1000 orang. Tetapi

semasa di pertengahan jalan, ‘Abdullah ibn ‘Ubay

ibn Sulul berjaya melemahkan semangat 300

orang tentera Islam. Mereka kembali semula ke

Madinah.

UMUM 
PERANG BANI AL-MUSTALIQ

Perang Bani al-Mustaliq berlaku pada awal

bulan Syaaban tahun 6 H./628 M. antara orang

Islam di Madinah dengan golongan Bani al-

Mustaliq yang menyembah berhala.

UMUM 
BUSTANUL-KATIBIN

BUSTANUL-KATIBIN, kitab bahasa yang mengandungi pelajaran tentang ejaan Jawi dan tatabahasa bahasa Melayu, dengan penyesuaian dan penerapan daripada sistem tatabahasa bahasa Arab.  Kitab yang pada mulanya dihasilkan dalam bentuk cap batu di Pulau Penyengat telah dikarang oleh Raja Ali Haji pada 20 Syaaban 1273H. Bersamaan 15 April 1857.

BAHASAKitab
MASJID RAYA AL-MANSHUN

MASJID RAYA AL-MANSHUN, masjid tertua di Medan, Sumatera Utara, Indonesia.  Masjid ini didirikan oleh Belanda untuk Sultan Deli, Sultan Makmun al-Rasyid Perkasa Alam Syah (1873-1924).  Masjid ini didirikan di kawasan tanah seluas lebih kurang enam hektar dan terdapat beberapa bangunan lain di sekitar masjid.  Masjid ini pertama kali digunakan untuk solat Jumaat pada 10 September 1909 (10 Syaaban 1325 H.).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIArtifak/Mentifak

Kembali ke atas