Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sya.bas] | شباس

Definisi : sr kata utk menyatakan bagus (baik dll): masing-masing bangun menjongkok menghulurkan tangan mengucapkan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sya.bas] | شباس

Definisi : kata seru utk menyatakan bagus atau baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata syabas


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera tuan. Bagaimanakah hendak membetulkan ayat ini. Syabas, kamu telah kalah dalam pertandingan ini! Perkataan apakah yang sesuai digunakan untuk menggantikan perkataan'syabas'? Sekian, terima kasih.Perkataan yang boleh menggantikan perkataan syabas ialah takziah.Tatabahasa22.07.2013
Ucapan syabas kepada DBP kerana memudahkan saya membuat rujukan tentang istilah dan menggunakan puisi nukilan dan dalam simpanan DBPSalam. Ucapan terima kasih juga kepada sdr. atas ucapan tersebut. Semoga sdr. beroleh kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi. Sekian dan wassalam.Lain-lain08.07.2009
Terima kasih atas penerangan yang diberi untuk soalan saya bertarikh 24/03/2011. Satu lagi soalan berkenaan tanda baca. Soalan: Letakkan tanda bacaan dan huruf besar pada tempat yang sesuai. syabas atas kejayaan anda menjadi johan pertandingan berpidato peringkat negeri sembilan Jawapan anak saya: Syabas, atas kejayaan anda menjadi johan Pertandingan Berpidato Peringkat Negeri Sembilan! Soalan saya: Adakah jawapan yang diberi oleh anak saya betul? Terima kasih.Syabas, atas kejayaan anda menjadi johan Pertandingan Berpidato Peringkat Negeri Sembilan! - penggunaan tanda baca dalam ayat ini adalah betulTatabahasa29.03.2011
Apakaha pemenggalan suku kata perkataan: 1) syak 2) syampu 3) syabas 4) syarahan 5) syiling 6) syarikat 7) syer 8) khabar 9) khazanah 10) ghairah 11) klinikApakaha pemenggalan suku kata perkataan:
1) syak - 1 suku kata  (tiada pemenggalan)
2) syampu - 2 suku kata [syam + pu]    
3) syabas  - 2 suku kata [sya + bas]
4) syarahan - 3 suku kata [sya + rah +an]
5) syiling - 2 suku kata [syi + ling]
 6) syarikat  - 3 suku kata [sya + ri +kat]
7) syer  - 1 suku kata (tiada pemenggalan)
8) khabar  - 2 suku kata [kha + bar]
9) khazanah - 3 suku kata [kha + za + nah]
 10) ghairah - 2 suka kata [ghai + rah]
11) klinik - 2 suku kata [kli + nik]
Tatabahasa07.06.2017
1. Adakah perkataan 'syabas' tergolong dalam kata seru? 2. Bolehkah perkataan yang dikategorikan sebagai bp (bahasa percakapan) digunakan dalam penulisan karangan pelajar? Contoh perkataan bajet, kompelin, glokal.1. Ya, kata yang menyatakan bagus, baik dan lain-lain. 2. Dalam urusan rasmi dan termasuk dalam penulisan rasmi penggunaan bahasa percakapan tidak digalakkan.Tokoh17.08.2015
Salam sejahtera Pertama sekali, syabas saya ucapkan pada PRPM kerana berjaya mendekati masyarakat dengan lelaman interaktifnya. Soalan saya berkenaan penggunaan perkataan 'gejala'. Menurut Kamus Dewan, gejala bermaksud sesuatu hal yg menjadi tanda akan terjadinya sesuatu, tanda-tanda akan berlakunya sesuatu, atau keadaan yg menjadi tanda-tanda penyakit. Dewasa ini kita lihat ramai yang mengggunakan frasa "gejala sosial" atau "gejala seks rambang". Perkataan 'gejala' seakan-akan membawa maksud masalah. Apa ini dapat diterima? Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, gejala bermaksud: tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat atau petanda. Menurut contoh yang terdapat dalam kamus dan istilah, memang padanan yang kerap diberikan adalah gejala (petanda) yang membawa masalah. Walau bagaimanapun, ia boleh digunakan untuk maksud yang bukan mendatangkan masalah seperti gejala klinikal dan gejala tunggal (istilah perubatan).Tatabahasa06.02.2009
Sila lihat lampiran. Terima kasih.Syabas, atas semangat tuan mendaulatkan bahasa Melayu. Kami akur dengan beberapa kenyataan saudara, dalam banyak perkara bahasa Melayu tidak diletakkan di tempat yang sepatutnya. Banyak kesalahan bahasa yang kita temui dan yang paling menghiris hati tidak ada langsung penggunaan bahasa Melayu sedangkan penggunaan bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain memenuhi ruang iklan tersebut. Banyak perkara lagi yang menyakitkan mata dan hati kerana seperti yang tuan nyatakan kesalahan/tida ada langsung penggunaan bahasa Melayu ada di mana-mana. Dalam hal ini DBP bertindak melalui undang-undang kecil dan garis panduan yang ada di PBT. DBP belum ada kuasa untuk menguatkuaskan akta yang berkaitan. DBP memantau dan kesalahan yang ditemui disalurkan kepada pihak yang berkaitan.Lain-lain18.06.2012
Salam sejahtera Tuan. Saya ialah pengguna Khidmat Nasihat DBP. Syabas saya ucapkan atas kualiti perkhidmatan ini. Walau bagaimanapun, saya hendak bertanya tentang perkhidmatan Pertanyaan dan memberikan maklum balas. Saya sering kali menyedari bahawa terdapat maklumat penting yang ditinggalkan selepas pertanyaan dihantarkan. Apakah cara penyelesaian masalah di atas yang terbaik? Jikalau terdapat pilihan untuk mengubah suai pertanyaan, masalah ini dapat diatasi dengan mudah. Walau bagaimanapun, hal ini pasti menimbulkan masalah kepada bahagian Tuan untuk merombak semula sistem. Hal ini turut merumitkan kerja menjawab pertanyaan. Bolehkah saya menghantar pertanyaan sekali lagi, setelah diubah suai pertanyaan yang lama? Mungkin cara penyelesaian yang terbaik ialah pengguna menulis versi draf dan menghantar pertanyaan selepas memurnikannya. Terima kasih. Saya memohon maaf atas e-mel yang panjang. Yu Cheng Pengguna Khidmat Nasihat DBPSalam sejahtera,

Sistem Khidmat Nasihat DBP.

Terima kasih atas pertanyaan saudara. Kami di Dewan Bahasa dan Pustaka mengambil maklum tentang permasalahan tersebut. Pihak kami mencadangkan agar saudara menulis draf soalan terlebih dahulu. Cara ini merupakan salah satu langkah yang baik bagi memastikan tiada kesilapan dalam soalan tersebut dan sekiranya ada kesilapan, boleh disunting semula.


Pihak kami akan terus menambah baik sistem Khidmat Nasihat DBP dari semasa ke semasa seiring dengan perkembangan teknologi digital pada masa kini. 


Terima kasih.
Lain-lain19.01.2022
Sayua hendak menerbitkan sebuah novel "Hujan Emas Di Stadium Merdeka" melaui DBP.

Terima kasih dan syabas kerana puan berminat hendak menerbitkan buku dengan DBP. Puan boleh mengirimkan manuskrip novel puan kepada Ketua Editor, Bahagian Buku Sastera, Jabatan Penerbitan, Tingkat 10, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.

Sila kirimkan:

   (a)  Satu salinan manuskrip bertaip komputer atas kertas A4 yang berjilid kemas.

   (b)  Satu salinan lembut (soft copy) manuskrip tersebut dalam disket atau CD.

   (c)  Surat iringan penyerahan manuskrip kepada Ketua Editor.

 Manuskrip novel puan akan dinilai terlebih dahulu, dan jika sesuai baharulah akan diterbitkan.

 Selamat menulis dan semoga berjaya.

 

Lain-lain05.08.2011
saya ry sralyhas belajar bahas melayu di fatoni universiti umur saya 20 tahun saya belajar jabatan usuluddinSyabas kerana terpilih mempelajari bahasa Melayu. Sila kemukakan pertanyaan tuan tentang penggunaan bahasa Melayu dengan jelas untuk memudahkan kami membantu masalah yang tuan hadapi.Lain-lain28.10.2015
12345

Kembali ke atas