Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[syai.tan]/[syai.tan] | شيطان

Definisi : sj makhluk halus yg jahat (meng­galakkan orang membuat kejahatan dsb); kesyaitanan spt syaitan: ia bersifat meng­hina manusia yg korup dan bersifat ~; ®setan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[syai.tan]/[syai.tan] | شيطان

Definisi : setan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
syaitan
Bahasa Asal :Arab
Rujuk :hantu

Puisi
 

Padi pulut di tepi hutan,
     Dimakan kera dengan babi;
Hati perut diganggu syaitan,
     Satu kerja pun tak menjadi.


Lihat selanjutnya...(4)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SYAITAN

Syaitan ialah makhluk yang sangat jahat dan suka

menyesatkan manusia. Dalam al-Qur’an perkataan

iblis dan syaitan banyak kali diulang dalam ayat-ayat

yang berlainan. Perkataan iblis disebut dalam bentuk

kata tunggal sebanyak 11 kali, sementara perkataan

syaitan disebut dalam bentuk kata tunggal dan kata

jamak sebanyak 18 kali. Begitu juga perkataan al-Jin

dan al-Jinnah dalam beberapa ayat dalam al-Qur’an

yang disebut dalam bentuk kata tunggal dan kata

jamak kebanyakannya membawa makna syaitan.

UMUM 
PERBUATAN MENGHALAU HANTU

Perbuatan menghalau hantu ialah

perbuatan mematahkan kuasa iblis atau syaitan-

syaitan lain yang mempengaruhi atau mengawal

seseorang. Perbuatan menghalau hantu ini

mengandaikan kewujudan iblis sebagai kuasa

jahat dalam kehidupan manusia. Pengaruh iblis

mempunyai banyak tahap. Ia boleh menggoda

seseorang untuk melakukan sesuatu perkara yang

salah, seperti berbohong atau melakukan jenayah.

Malah ia juga boleh menguasai seorang individu

dengan mengambil alih badan seseorang secara

sementara.

UMUM 
PENYEMBAHAN SYAITAN UMUM 
MATA SYAITAN

Mata syaitan kononnya ialah kuasa yang dimiliki

oleh seseorang yang boleh mengancam orang lain,

atau hartanya, hanya dengan renungannya.

UMUM 
MEPHISTOPHELES

Mephistopheles ialah syaitan dalam legenda

Jerman pada seorang ahli sihir bernama Faust.

Dalam buku The History of Johann Faust (1587)

yang tidak diketahui penulisnya, Faust menjual

rohnya kepada Mephistopheles sebagai tukaran

untuk mendapatkan perkhidmatan syaitan selama

24 tahun. Nama Mephistopheles mungkin berasal

daripada perkataan Yunani yang bermaksud tidak

menyukai cahaya atau mungkin juga daripada

perkataan Hebrew mephiz (pemusnah) atau tophel

(penipu).

UMUM 
SEGI TIGA BERMUDA

Segi Tiga Bermuda, juga dikenali sebagai

Segi Tiga Syaitan, ialah kawasan laut di pantai

tenggara Florida, Amerika Syarikat. Banyak kapal

dan kapal terbang yang hilang di sini. Setiap hari

kapal perdagangan dan tentera melalui kawasan

ini dengan selamat. Namun sejak tahun 1854,

lebih daripada 50 buah kapal dan kapal terbang

telah hilang di dalam atau di sekitar kawasan ini.

UMUM 
AZIMAT

Azimat adalah tangkal berjampi yang dianggap

mempunyai kuasa magis. Ia boleh dipakai di leher.

Sesetengah orang percaya bahawa azimat boleh

melindungi mereka daripada syaitan, penyakit,

dan sihir. Azimat boleh diperbuat daripada

sebarang bahan, tetapi kebanyakannya adalah

daripada batu. Yang lainnya merupakan beg-beg

kain kecil yang berisi objek yang dianggap

berkuasa. Sebatang gigi atau sebatang tanduk

atau kayu boleh juga dijadikan azimat. Sesetengah

azimat mempunyai bentuk yang simbolik,

misalnya anak bulan.

Lihat juga Mata syaitan; Permata kelahiran.

UMUM 
MUZANNIY, AL-

Muzanniy, al- (175 H.–264 H./791 M.–878 M.),

pakar dalam bidang usul fiqh. Nama penuhnya

ialah Isma‘il ibn Yahya ibn Isma‘il al-Muzanniy al-al-

Syafi’i. Dia lahir di Mesir dan mendampingi Imam

al-Syafi’i ketika dia datang ke Mesir serta belajar

darinya dan merupakan salah seorang murid Imam

al-Syafi’i yang paling hampir dengannya. Imam al-

Syafi’i mengiktiraf kekuatan hujah-hujahnya dengan

berkata, “Sekiranya al-Muzanniy berbahas dengan

syaitan, nescaya syaitan pun akan dikalahkannya”.

UMUM 
SANTAU

SANTAU, ramuan beracun yang dikenakan kepada manusia untuk tujuan membalas dendam, menuntut bela, hasad dengki, sakit hati atau rasa tidak puas hati.  Istilah santau tidak digunakan secara menyeluruh di kalangan orang Melayu.  Terdapat kepercayaan bahawa iblis dan syaitan boleh dilibatkan sama dalam mengenakan santau.  Ayat al-Quran, doa dan jampi serapah pula digunakan untuk memulihkan seseorang yang terkena santau.  Dasar santau adalah sebenarnya racun.  Bezanya, racun menghasilkan keadaan kesakitan dengan cepat dan jelas kelihatan, manakala kesan santau tidak kelihatan dalam jangka waktu yang singkat tetapi padahnya berlarutan.  Pengamal perubatan tradisional lazimnya tidak dapat membezakan antara santau dan racun, tetapi santau dikenali dengan corak racun yang digunakan.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas