Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sya.rat] | شرط

Definisi : 1. tuntutan (permintaan) yg mesti dipenuhi, jaminan, janji: jika orang yg meminang itu tidak dapat menunaikan tanda bertunang itu, maka segala ~-~ yg telah dipersetujui dahulu dibatalkan; 2. segala yg diperlukan (utk mencapai sesuatu yg di­maksudkan dll): ~ yg paling mustahak utk menamatkan perselisihan itu ialah kema­huan dan kesediaan utk berselesai; 3. ke­tentuan (rukun, peraturan, dll) yg mesti dipatuhi: Islamkah engkau kalau engkau tidak mengikut ~-~ dan undang-undang yg diwajibkan atas seorang Islam? 4. bayaran (barang dll) yg perlu kpd guru silat (bomoh dll); ~ mutlak syarat yg tidak boleh tidak dipenuhi; bersyarat ada syaratnya, dgn syarat, (dgn) disertai sesuatu syarat, menjadikan (sbg) syarat: dia sendiri terasa betapa bodohnya dia mengaku kalah tanpa ~ itu; mensyaratkan menuntut (meminta) sbg syarat, mengenakan syarat, menjadikan (sbg) syarat: PBB telah ~ bahawa negara anggota yg tidak membayar hutang sampai tiga tahun dgn sendirinya akan gugur haknya utk mengundi; pensyaratan proses mengenakan syarat: pelbagai disiplin memerlukan ~ yg lain pd ciri sosiologi sastera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sya.rat] | شرط

Definisi : 1 apa-apa yg mesti dipatuhi utk mengesahkan sesuatu: Bagaimana engkau bersembahyang jika engkau tidak mengetahui ~-~ sembahyang? 2 segala sesuatu yg perlu atau yg harus ada utk mencapai sesuatu tujuan: ~-~ utk memohon jawatan itu ialah ijazah B.A. (Hons) serta berpengalaman lima tahun dlm bidang tsb dan berbadan sihat. bersyarat ada (syarat-)syaratnya: tidak ~ tidak dgn janji. mensyaratkan menjadikan sesuatu sbg syarat; mem­berikan (mengenakan) syarat: Kerajaan ~ supaya semua pengusaha mengambil pekerja dr segala kaum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
syarat (kata nama)
Bersinonim dengan tuntutan, permintaan, ketentuan, ketetapan;,
Kata Terbitan : bersyarat,

Peribahasa

Pahit dulu,
     manis kemudian.

Bermaksud :

Perjanjian hendaklah dibuat dengan syarat-syarat yang terang dan tegas; supaya jangan timbul perselisihan di kemudian hari.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
peristiwaeventSet kesudahan yang memenuhi syarat bagi satu ruang sampel dan merupakan subset bagi ruang sampel.Menengah Atas
insuransinsurancePerjanjian perlindungan yang mempunyai syarat ganti rugi jika berlaku kecurian, kerosakan, kecederaan, atau kematian.Sekolah Rendah
lokuslocusSurihan atau lintasan yang dibentuk oleh satu set titik dalam satu satah atau ruang tiga dimensi yang memenuhi satu syarat atau lebih.Menengah Atas

Kembali ke atas