Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sya.rat] | شرط

Definisi : 1. tuntutan (permintaan) yg mesti dipenuhi, jaminan, janji: jika orang yg meminang itu tidak dapat menunaikan tanda bertunang itu, maka segala ~-~ yg telah dipersetujui dahulu dibatalkan; 2. segala yg diperlukan (utk mencapai sesuatu yg di­maksudkan dll): ~ yg paling mustahak utk menamatkan perselisihan itu ialah kema­huan dan kesediaan utk berselesai; 3. ke­tentuan (rukun, peraturan, dll) yg mesti dipatuhi: Islamkah engkau kalau engkau tidak mengikut ~-~ dan undang-undang yg diwajibkan atas seorang Islam? 4. bayaran (barang dll) yg perlu kpd guru silat (bomoh dll); ~ mutlak syarat yg tidak boleh tidak dipenuhi; bersyarat ada syaratnya, dgn syarat, (dgn) disertai sesuatu syarat, menjadikan (sbg) syarat: dia sendiri terasa betapa bodohnya dia mengaku kalah tanpa ~ itu; mensyaratkan menuntut (meminta) sbg syarat, mengenakan syarat, menjadikan (sbg) syarat: PBB telah ~ bahawa negara anggota yg tidak membayar hutang sampai tiga tahun dgn sendirinya akan gugur haknya utk mengundi; pensyaratan proses mengenakan syarat: pelbagai disiplin memerlukan ~ yg lain pd ciri sosiologi sastera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sya.rat] | شرط

Definisi : 1 apa-apa yg mesti dipatuhi utk mengesahkan sesuatu: Bagaimana engkau bersembahyang jika engkau tidak mengetahui ~-~ sembahyang? 2 segala sesuatu yg perlu atau yg harus ada utk mencapai sesuatu tujuan: ~-~ utk memohon jawatan itu ialah ijazah B.A. (Hons) serta berpengalaman lima tahun dlm bidang tsb dan berbadan sihat. bersyarat ada (syarat-)syaratnya: tidak ~ tidak dgn janji. mensyaratkan menjadikan sesuatu sbg syarat; mem­berikan (mengenakan) syarat: Kerajaan ~ supaya semua pengusaha mengambil pekerja dr segala kaum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
syarat (kata nama)
Bersinonim dengan tuntutan, permintaan, ketentuan, ketetapan;,
Kata Terbitan : bersyarat,

Peribahasa

Pahit dulu,
     manis kemudian.

Bermaksud :

Perjanjian hendaklah dibuat dengan syarat-syarat yang terang dan tegas; supaya jangan timbul perselisihan di kemudian hari.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Terma dan Syarat-syarat Perkhidmatan Terma Dan Syarat-Syarat Perkhidmatan Terma dan Syarat-Syarat PerkhidmatanTerma dan Syarat PerkhidmatanLain-lain14.03.2011
salah sejahtera, "Penyertaan hanya terbuka kepada peserta berketurunan Cina & India, menyanyikan lagu-lagu dalam bahasa melayu & memenuhi syarat-syarat penyertaan yang lain" adakah ayat "memenuhi syarat-syarat penyertaan yang lain" sesuai digunakan? jika tidak, boleh pihak tuan cadangkan ayat yang lebih gramatis.. terima kasihSalam sejahtera,

Penyertaan hanya terbuka kepada peserta berketurunan Cina dan India, menyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Melayu dan memenuhi syarat-syarat penyertaan yang lain. Ayat tersebut boleh digunakan kerana tidak terdapat kesalahan di dalamnya.
Lain-lain05.08.2015
Mohd Muhaimin Radzuan THU 3:37PM Salam.. Saya nak tanya.. ape syarat-syarat untuk kelulusan nama di papantanda perniagaan? Papantanda yng gantung di luar bangunan kedai. Apa syarat-syarat? saya tengok di website kurang jelas. boleh hubungi saya 0176943437Papan tanda premis dan paparan awam yang lain hendaklah menggunakan bahasa Melayu. Bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain boleh digunakan bersama-sama bahasa Melayu, dan teks dalam bahasa Melayu hendaklah paling jelas dari segi saiz, warna dan kedudukannya.Lain-lain11.08.2016
Assaalamualaikum... Bagaimana untuk mendapatkan borang biasiswa DBP. dan apakah syarat-syarat untuk memohon biasiswa tersebut? Bilakah borang akan dikeluarkan?Borang biasiswa DBP boleh diperolehi di Bahagian Pembangunan Sumber Manusia Tingkat 7 Menara DBP.Iklan biasiswa akan dikeluarkan dalam akhbar tempatan sekitar bulan Mei/Jun 2008.Syarat-syarat tawaran ialah telah mendapat tempat untuk ijazah pertama dalam bidang bahasa/sastera/penerbitan di IPT tempatan dan lulus dengan cemerlang dalam STPM.  Lain-lain10.03.2008
Tuan/Puan, Saya ada dua soalan. Pertama, saya ingin bertanya tentang ejaan kata berganda pada permulaan ayat. Contohnya: Kaedah-kaedah atau Kaedah-Kaedah? Kedua, apabila kita menyenaraikan syarat-syarat lantikan/penyertaan/pendaftaran/etc. . Adakah ianya lebih tepat untuk menamakan tajuk dokumen tersebut sebagai "Syarat Lantikan/Pendaftaran" atau "Syarat-syarat Lantikan"? Terima kasihJawapan yang betul ialah Kaedah-kaedah dan Syarat Lantikan/Pendaftaran/Penyertaan.Tatabahasa01.12.2021
Apakah syarat-syarat am atau khas bagi seseorang individu ingin menerbit atau menulis sesebuah buku?

Terima kasih atas soalan yang dikemukakan.

A. Sdr. perlu memahami apa itu penerbitan. Penerbitan terbahagi kepada penerbitan buku, Majalah, Kamus dan lain-lain. Kemudian apabila mengetahui selok belok penerbitan baharulah sdr. menubuhkan syarikat penerbit. Mendapatkan maklumat jumlah modal yang perlu kerana syarikat yang ditubuhkan perlukan a) modal pusingan b) kakitangan c) pejabat dan d) overhed (talian telefon, api, air ,sewa, promosi dan pengangkutan).

Membuat perancangan penerbitan seperti membuat perolehan manuskrip (mencari penulis yang boleh menulis skrip) menentukan bidang buku yang hendak diterbitkan dan buku peringkat apa yang hendak diterbitkan sama ada peringkat kanak-kanak, remaja atau dewasa. Juga peringkat pengajian tinggi (Buku Ilmiah) atau buku fiksyen seperti novel dan cerpen atau buku rujukan seperti ensiklopedia.

Untuk mendapatkan ilmu penerbitan perlu dicari dan banyak berbincang dengan rakan penerbit.

B. Antara syarat-syarat penting untuk memulakan karier menjadi seorang penulis yang berjaya ialah:

1.     Perlu mempunyai minat yang mendalam dan azam yang kental untuk menjadi seorang penulis.

2.     Rajin membaca pelbagai bahan bacaan seperti buku, akhbar dan majalah. Juga membaca karya-karya bermutu (novel, drama, cerpen, puisi, rencana dan esei/kritikan) oleh penulis terkenal dan memenangi pelbagai hadiah/peraduan.

3.     Mengikuti bengkel penulisan (novel, drama, cerpen, puisi, rencana, dll) yang dianjurkan oleh pelbagai pihak.

4.     Menjadi anggota persatuan penulis. Melaluinya sdr. boleh mengikuti pelbagai aktiviti yang dilaksanakan di samping dapat bertukar-tukar idea dan pendapat dengan penulis pelbagai kaum dan peringkat umur.

5.    Rajin berkarya/bereksperimen tanpa mengenal putus asa.

6.    Menghantar karya ke pelbagai penerbitan untuk tujuan penerbitan di samping menguji kemampuan sebagai seorang penulis

Selamat menjadi seorang penulis dan selamat berjaya!

Lain-lain19.10.2010
Apakah syarat-syarat untuk menulis buku aktiviti sekolah murid yang berumur dari enam hingga dua belas tahun . Contohnya buku aktiviti bahasa Malaysia ?Kami mencadangkan pihak puan berhubung terus dengan Bahagian Buku Sekolah, DBP melalui Ketua Bahagian, Puan Hajah Zainah binti Mohd. Azahari melalui talian/e-mel 03-21479550/zainah@dbp.gov.my.Lain-lain23.11.2015
apakah syarat-syarat pertandingan untuk peraduan menulis sastera kreatif 2010(kategori cerpen) anjuran dbp sarawak

Penyertaan terbuka kepada rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas. Cerpen yang hendak ditulis panjangnya sekitar 4000 perkataan atau 15 halaman. Peserta boleh menghantar maksima 2 buah cerpen. Tema bebas tetapi tidak boleh menyentuh perkara2 sensitif atau yang menyinggung perasaan. Karay yang dihantar tidak akan dikembalikan.

Untuk mendapat maklumat lanjut, sila hubungi Unit Pembangunan Karyawan, DBP Cawangan Sarawak, 082-444711

Lain-lain19.04.2010
Apakah syarat-syarat yang diperlukan untuk menjadi seorang penulis buku ? Bagaimana pembayaran royalti dikira?

Soalan ini terlalu umum. Syaratnya akan bergantung pada jenis buku yang hendak ditulis. Ada buku ilmiah, buku umum dewasa, buku remaja, buku kanak-kanak, kreatif, dan bukan kreatif. Menulis buku kreatif (seperti novel) mungkin lebih mudah berbanding dengan buku ilmiah yang memerlukan ilmu atau kepakaran dalam bidang yang hendak ditulis dan juga fakta sokongannya.

Kadar bayaran royalti DBP ditetapkan mengikut jenis buku yang diterbitkan. Perkiraan dibuat dengan mengambil kira faktor peratus bayaran royalti, harga jualan buku seunit, dan jumlah cetak.

Lain-lain07.12.2008
Apakah syarat-syarat dan kriteria untuk menjadi Munsyi Dewan dan apakah keistimewaannya?

Puan Siti, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP,

Syarat paling utama untuk menjadi Munsyi Dewan (MD) ialah minat serta komitmen dalam menjalankan tugas yang diberikan. Selain itu kelulusan dan pengalaman bertugas sama ada sebagai guru atau tenaga pengajar juga penting. Kakitangan kerajaan yang mempunyai minat dan kecenderungan dalam pengajaran bahasa dan penulisan juga amat duialu-alukan.

Pihak kami akan mengiklankan pengambilan Munsyi Dewan dalam akhbar  Berita Harian dan Utusan Malaysia. Iklan pengambilan Munsyi Dewan akan dikeluarkan sekiranya DBP berhasrat mengambil Munsyi Dewan bagi fasa seterusnya. Terima kasih.

Lain-lain05.03.2009
12345678910...

Kembali ke atas