Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
syarat (kata nama)
Bersinonim dengan tuntutan, permintaan, ketentuan, ketetapan;,
Kata Terbitan : bersyarat,

Peribahasa

Digantungkan tinggi,
     digalikan dalam.

Bermaksud :

Perjanjian yang diperbuat dengan syarat-syarat yang teguh.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah betul ayat ini. a) kawasan padang itu ketumbuhan lalang,jika salah tolong betulkan dan jelaskan. b) Empangan itu mampu mengairkan kawasan pertanian yang lebih luas. c)syarat-syarat perjanjian ini harus diperhalusi sebelum di terima oleh semua pihak. d) Pengetua akan menyiasat kejadian contengan tandas di sekolah itu.soalan 5. Adakah betul ayat ini. a) kawasan padang itu ketumbuhan lalang,jika salah tolong betulkan dan jelaskan. b) Empangan itu mampu mengairkan kawasan pertanian yang lebih luas. c)syarat-syarat perjanjian ini harus diperhalusi sebelum di terima oleh semua pihak. d) Pengetua akan menyiasat kejadian contengan tandas di sekolah itu. e) yang manakah betul selain daripada pemimpin negara atau selain pemimpin Negara. f) Perbezaan pada dan terhadap terima kasih kerana menjawab soalan saya.

      a) Kawasan padang itu ditumbuhi lalang.

b) Empangan itu mampu menyalirkan kawasan pertanian yang lebih luas.

c) Syarat-syarat perjanjian ini harus diperhalus sebelum diterima oleh semua pihak. (Kata kerja dieja rapat)
 
d) Pengetua akan menyiasat kejadian menconteng tandas di sekolah itu.

e) Frasa yang betul ialah "Selain pemimpin negara..."

f) Perbezaan pada dan terhadap 
Kata sendi nama "terhadap" biasanya digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda. Contoh ; Jangan bersikap biadab terhadap orang tua.

Kata sendi nama "pada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu atau tempat. Contoh : Pada minggu depan...

Tatabahasa24.03.2013
maksud memorandum?Menurut AKmus Dewan, memorandum merujuk kepada dokumen yg merakamkan syarat-syarat perjanjian, pembentukan syarikat, atau persefahaman suatu bentuk perjanjian bertulis antara dua pihak (organisasi, institusi, negara dsb) utk melaksanakan sesuatu projek (penyelidikan dsb) usaha sama yg tidak melibatkan implikasi undang-undang. Memorandum juga ditakrifkan sebagai nota ringkas tentang sesuatu perkara atau edaran dalaman.Makna29.09.2007
Apakah perbezaan antara minit dan memorandum di sektor awam Malaysia?Dalam Kamus Dewan, minit bermaksud catatan tentang apa yang telah dibincangkan atau dipersetujui dalam mesyuarat. Memorandum ialah dokumen yang merakamkan syarat-syarat perjanjian; dan nota ringkas tentang sesuatu perkara edaran dalaman. Dalam amalan pengurusan di jabatan kami, minit jelas maknanya dan boleh digunakan dalam urusan dalaman dan luar jabatan, tetapi memorandum hanya digunakan dalam peringkat dalaman.Makna25.03.2014
Salam sejahtera, Bolehkah saya dapatkan contoh format Memorandum Persefahaman? Terima kasih.

Memorandum Persefahaman merujuk kepada dokumen yang merakamkan syarat-syarat perjanjian, pembentukan syarikat, atau persefahaman suatu bentuk perjanjian bertulis antara dua pihak (organisasi, institusi, negara dsb) utk melaksanakan sesuatu projek (penyelidikan dsb) usaha sama yang tidak melibatkan implikasi undang-undang. Tidak ada contoh/format Memorandum Persefahaman dalam sumber rujukan kami. Lazimnya Memorandum Persefahaman ini dianggap sulit oleh sesebuah organisasi dan tidak dipaparkan kepada awam.

Lain-lain11.04.2011
Assalamualaikum. Adakah boleh kita gunakan perkataan memorandam selain daripada memorandum

Waalaikummussalam saudara Nizam,

Menurut Kamus Dewan, memorandum merujuk kepada dokumen yg merakamkan syarat-syarat perjanjian, pembentukan syarikat, atau persefahaman suatu bentuk perjanjian bertulis antara dua pihak (organisasi, institusi, negara dsb) utk melaksanakan sesuatu projek (penyelidikan dsb) usaha sama yg tidak melibatkan implikasi undang-undang. Memorandum juga ditakrifkan sebagai nota ringkas tentang sesuatu perkara atau edaran dalaman.

Tidak terdapatnya perkataan memorandam dalam maklumat kami.

Ejaan01.10.2012
soalan 1. Apakah perbezaan antara menurunkan dan menjatuhkan bagi harga . soalan 2. Apakah beza susah senang, duka lara, jerit perih,pahit getir. soalan 3 Apakah beza terkinja-kinja dan terkocoh-kocoh. soalan 4. manakha betul Pesuruhjaya -pesuruhjaya dengan pesuruh-pesuruhjaya. soalan 5. Adakah betul ayat ini. a) kawasan padang itu ketumbuhan lalang,jika salah tolong betulkan dan jelaskan. b) Empangan itu mampu mengairkan kawasan pertanian yang lebih luas. c)syarat-syarat perjanjian ini harus diperhalusi sebelum di terima oleh semua pihak. d) Pengetua akan menyiasat kejadian contengan tandas di sekolah itu. diharap pihak tuan memberi ulasan terperinci,terima kasih.1. Keduanya boleh digunakan. 2. Susah senang membawa maksud kesusahan dan kesenangan yang ditempohi; pahit getir membawa maksud kesulitan atau kesusahan yang bermacam-macam; manakala, duka
lara membawa maksud nestapa susah (sedih) hati yang amat sangat. 3. Terkinja-kinja membawa maksud terlonjak-lonjak atau terloncat-loncat (kerana kegirangan dll). Manakala, terkocoh-kocoh membawa maksud tergopoh-gopoh, terburu-buru, tergesa-gesa.
4. Pesuruhjaya-pesuruhjaya.
5. Ayat a, b, c, dan d betul.
Tatabahasa24.03.2013
BETUL ATAU TIDAK PERKATAAN/AYAT MELELAPKAN BAYARAN? CONTOH DI BAWAH. 6.2 Adalah sentiasa dipersetujui oleh kedua-dua pihak bahawa cagaran yang dirujukkan di perenggan 6.1 di atas akan dikembalikan kepada Pengusaha tanpa apa-apa faedah selepas perjanjian ini ditamatkan dengan memuaskan dan tertakluk kepada potongan yang dibuat oleh Koperasi mengikut perjanjian ini. Adalah dipersetujui bahawa KKUiTMB berhak untuk melelapkan Bayaran Dahuluan jika perjanjian ini ditamatkan oleh sebab apa-apa perlanggaran syarat-syarat perjanjian ini oleh Pengusaha dan kelelapan deposit ini juga tidak akan menyekat Koperasi untuk menuntut kerugian atau gantirugi lain yang diakibatkan oleh Kontrak ini.Dalam bidang kewangan, perkataan melelapkan bayaran dalam ayat tersebut betul kerana berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, lelap bermaksud tidak dapat ditebus kembali kerana sudah lewat masanya (barang gadaian).

Mohon dibetulkan ejaan ganti rugi (dua perkataan).
Istilah15.04.2021
Pohon penjelasan perbezaan antara perkataan kontrak dengan perjanjian.Kontrak bermaksud perjanjian formal dengan syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih. Manakala,
perjanjian bermaksud pernyataan kesediaan untuk berbuat atau memberi sesuatu.
Makna08.12.2015
Saya difahamkan ungkapan "adalah" tidak boleh digunakan sebelum kata kerja. Namun demikian, saya sering mendapati dalam surat-menyurat khususnya daripada jabatan kerajaan, ayat-ayat berikut digunakan: (1) Memo tuan bertarikh 10.10.11 "adalah" [dirujuk]. (2) Dengan hormatnya, perkara di atas "adalah" [dirujuk]. (1) Perkara di atas "adalah" [berkaitan]. (1) Syarikat ABC "adalah" [tertakluk] kepada Terma dan syarat perjanjian. (2) Kontraktor "adalah" [terikat] kepada terma dan syarat di dalam Kontrak ini. (3) Tafsiran "adalah" [mengikut] fasal 12 Perjanjian ABC. Adakah penggunaan ungkapan "adalah" seperti di atas betul? Bolehkah ungkapan "adalah' digugurkan? Apakah ayat-ayat yang sebetulnya?Seperti yang dimaklumi kata sendi "adalah" tidak boleh diikuti oleh kata kerja. Oleh itu, ayat/frasa yang betul ialah "perkara di atas dirujuk" atau "Dengan hormatnya kami merujuk perkara di atas" dan "Perkara di atas berkaitan". Walau bagaimanapun terma undang-undang banyak menggunakan kata "adalah" + kata kerja seperti dalam ayat yang seterusnya. Kita menerima gaya bahasa yang berkenaan tetapi penggunaannya terhad dalam laras undang-undang sahaja.Tatabahasa19.10.2011
definisi indenturIndéntur  (istilah Ekonomi) bermaksud, perjanjian antara penerbit bon dgn pemegang bon, yg mencatatkan syarat-syarat sesuatu terbitan bon.Istilah19.09.2010
12

Kembali ke atas