Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bulan yg kesepuluh dlm tahun Hijrah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bulan yg kesepuluh dlm tahun Hijrah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata syawal

Puisi
 

Hari Ahad malam minggu,
     Sayang encik Syawal menganyamlah pagar;
Sudah tersurat ke perut ibu,
     Berjanji awal tidak bertukar.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Syawal Zj 08:20 Syawal Zj Syawal Assalamualaikum DBP. Saya ingin bertanya tentang satu peribahasa. Betulkah seperti yg telah viral kebelakangan ini, 'pegar' adalah perkataan sebenar dalam peribahasa 'Harapkan pagar, pagar makan padi'?.Terima kasih tuan. Kamus Istimewa Peribahasa Melayu mengekalkan ungkapan "Harapkan pagar, pagar makan padi". Pendapat baharu tentang peribahasa "Harapkan pegar, pegar makan padi" yang banyak dibincangkan dalam media belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami dan belum dapat dipastikan kesahihannya. Sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya, mahupun kajian epistemologi peribahasa tersebut.Lain-lain01.12.2016
Syawal Aiman 10.04 PAGI Assalam admin, nak bertanya Apakah beza perkataan 'majlis' dan 'istiadat'?Perbezaan Majlis dan Istiadat menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Definisi Majlis ialah: 1. badan yg dilantik atau dipilih, yg mempunyai kuasa mentadbir, membuat per­aturan dan menasihat: M~ Perbandaran; M~ Keselamatan Negeri; 2. perjumpaan (orang ramai), keramaian: dia dikehendaki hadir dlm ~ itu; ~ bahas (perbahasan) perjumpaan tempat atau utk diadakan peraduan bahas; ketua ~ ketua dlm sesuatu perjumpaan; 3. tempat (bangunan dll) persidangan (per­jumpaan dll); ~ peguam majlis yg dibentuk atau ditubuhkan di bawah akta kehakiman yg mempunyai bidang kuasa mengawasi para peguam dan pengamal undang-undang. Manakala Istiadat pula ialah 1. peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yg sudah menjadi kebiasaan, adat kebiasaan, resam: dia masih budak, tidak tahu akan ~; adat ~ berbagai-bagai adat dan kebiasaan; 2. majlis rasmi utk menyambut sesuatu peristiwa (spt pertabalan, perkahwinan, dsb), upacara: ~ perkahwinan itu telah dijalankan dgn sempurna; beristiadat mempunyai (mengikut) istiadat: majlis yg penuh ~; mengistiadatkan 1. menjadikan istiadat (adat kebiasaan), membiasakan, melazimkan; 2. mengadakan istiadat (upacara).Makna24.08.2017
Salam Syawal ! Apakah perkataan berlawanan bagi ' Manis 'Kata lawan bagi manis ialah masam.Tatabahasa12.08.2014
Yang mana betul? Prasyawal atau Pra-SyawalEjaan yang betul ialah Pra-Syawal.Ejaan29.07.2013
Tuan/ Puan, Mana di antara ayat di bawah adalah ayat yang betul? 1. Apa destinasi Syawal anda? atau, 2. Ke mana destinasi Syawal anda? Jika kedua-duanya salah, mohon cadangan ayat yang lebih sesuai daripada pihak tuan/ puan. Mohon maklumbalas segera daripada pihak tuan/ puan. Terima kasih.Salam sejahtera,

Tuan,

Ayat yang betul ialah, Ke manakah destinasi bersempena Syawal anda?

Sekian, terima kasih.
Makna17.05.2019
apakah kesalahan imbuhan dalam ayat di bawah? 11.Ketibaan 1 Syawal yang bakal menjelma telah menggamit mereka yang mencari nafkah di rantauan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.Berikut merupakan ayat yang telah dipinda dengan penggunaan tatabahasa yang betul. Pembetulan dibuat pada perkataan yang dihitamkan.

Satu Syawal yang bakal menjelma akan menggamit mereka yang mencari nafkah di perantauan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.
Tatabahasa25.03.2013
Assalamualaikum Wbt. Salam Syawal. Saya Ridhwan, dari Mansoura Egypt. Maaf, saya hanya ingin bertanyakan tentang SALURAN KARYA puisi atau cerpen untuk dihantar/dimuatkan ke dalam majalah; bagi mereka yang berada di luar negara seperti saya. Kerana, jika berada di Malaysia para penulis perlu hantar karya tersebut melalui pos. Jika dari luar negara? Mohon penerangan/pencerahan. Ridhwan SMSalam tuan. terima kasih atas sokongan tuan kepada majalah terbitan DBP dan kami amat mengalu-alukan sebarang bentuk karya daripada penulis yang berada di luar negara seperti tuan. Tuan boleh menghantar sebarang karya terus kepada editor majalah atau tuan bolehlah  juga menghantar bahan tersebut kepada ketua editor majalah melalui alamat e-mel,   zubaidi@dbp.gov.my dan ketua editor akan mengagihkan bahan tersebut kepada majalah yang terlibat.Lain-lain29.08.2012
Lebaran diertikan Kamus Dewan Perdana hanya untuk Hari Raya Puasa. Kamus Dewan Ke-4 menyertakan Lebaran untuk Hari Raya Haji juga. Adakah Lebaran hanya untuk 1 Syawal?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Dewan Perdana maksud lebaran ialah hari yang dimuliakan dan dirayakan oleh umat Islam pada 1 Syawal setiap tahun Hijrah, setelah selesai berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadan, dan diwajibkan mengeluarkan zakat fitrah. Kata lainnya Aidilfitri, Hari Raya Puasa atau Hari Raya Aidilfitri.

Jika Hari Raya Haji atau Hari Raya Aidiladha disebut Lebaran Besar atau Lebaran Haji di Indonesia.
Makna05.04.2024
Assalamualaikum berkenaan sebutan dan ejaan nama-nama bulan Islam. Adakah institusi pendidikan di bawah selangor perlu menggunakan ejaan yang Jabatan Mufti Negeri Selangor beri? atau ikut ejaan di dalam kemus dewan? Boleh saya dapatkan jawapan . Sebab saya nak mengajar jadi murid akan confius ejaan yang mana perlu diikuti?

Ejaan bahasa Melayu yang betul bagi bulan Islam ialah Muharam, Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir, Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab, Syaaban, Ramadan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijah.

Ejaan28.01.2021

Kembali ke atas