Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[syikh] | شيخ

Definisi : (syéikh) 1. sebutan kpd orang yg berketurunan sahabat-sahabat Nabi; 2. se­butan kpd orang Arab (yg berasal dr Hadra­maut); 3. sebutan kpd alim ulama; 4. = ~ haji = ~ jemaah orang-orang yg mengurus orang naik haji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[syikh] | شيخ

Definisi : /syéikh/ 1 = tuan ~ sebutan utk orang-orang alim yg terkenal: ~ Daud al-Fatani. 2 = ~ haji orang yg mengurus hal-hal jemaah haji dgn menerima upah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata syeikh


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
الشيخsyeikhAgama IslamHadith1. Seorang perawi yang tidak mempunyai ilmu yang mencukupi dalam bidang Ḥadīth sehingga riwayatnya daif. 2. lihat: محله الصدق
sheikhdomnegara syeikhSains PolitikTiadaTiada
pilgrim brokersyeikh hajiSejarahTiadaOrang yang menguruskan jemaah yang akan mengerjakan haji dari segi penyediaan penginapan, pengangkutan, makan dan minum sepanjang tempoh mengerjakan haji.
sheikhdomnegara syeikhSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
شيخ وسطsyeikh wasaṭAgama IslamHadithlihat: محله الصدق
شيخ الحديثsyeikh ḤadīthAgama IslamHadithlihat: المحدث
Sheikhdomnegara SyeikhSains PolitikPolitik PerbandinganPemerintahan sebuah negara secara monarki mutlak oleh dinasti Sheikh dengan kerajaan yang terpusat dari istana. Pemerintahan ini berlangsung secara turun temurun tanpa unsur keterbukaan persaingan. Sheikh yang memerintah serta ahli keluarganya akan mendominasi institusi legislatif, eksekutif dan kehakiman. Mereka mengawal ketat aktiviti politik supaya kedudukan status quo tidak tercabar. Keluarga Sheikh ini juga menguasai ekonomi dan kekayaan negara. Mereka menentukan perancangan ekonomi negara dan membuat segala keputusan penting seperti menentukan belanjawan negara, jenis barangan eksport, penyertaan dalam organisasi antarabangsa dan sebagainya. Perkembangan demokrasi dan unsur-unsur keterbukaan dan sivil seperti kedudukan pilihan raya, pemisahan kuasa, persaingan parti politik dan kedudukan pembangkang serta peranan media dan NGO sangat minimum malah dalam banyak kes tidak wujud langsung. Contoh negara Sheikh ialah Emiriyah Arab Bersatu, Oman, Qatar, Kuwait dan Bahrain.
epic dramadrama epikKesenianDrama dan TeaterGenre drama yang mengangkat keperwiraan seseorang tokoh agung seperti Pahlawan Melayuoleh Syeikh Alwi Syed Al-Hadi.
hyperbolahiperbolaKesusasteraanTiadaGaya bahasa yang berlebih-lebihan dengan menggunakan metafora atau kiasan yang melampau. Hiperbola digunakan untuk melahirkan kesan kelucuan atau menegaskan sesuatu fakta dalam sesuatu situasi. Biasanya hiperbola terdapat dalam puisi dan drama cinta. Contohnya dalam drama Macbeth oleh Shakespeare, ujaran lady macbeth selepas pembunuhan raja Duncan, �All the perfumes of Arabia will not wash this little hand� ialah suatu hiperbola. Contoh Melayu ditemui dalam puisi �Nyanyi Sunyi� oleh amir hamzah. Contoh dalam sastera Parsi ditemui dalam petikan sajak Syeikh Sa�di seperti yang berikut: �Usah kausakiti secebit hati sedapat mungkin, kerana sekali keluhan akan merosakkan seluruh alam!�. Contoh hiperbola ditemui dalam sajak A. Samad Said berjudul �Tapak yang Luhur� melalui petikan: Menyala unggun zaman yang perang... Hiperbola berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �membesar-besarkan�.
tracttractKesusasteraanTiadaRisalah, esei, karangan ringkas, atau yang seumpamanya yang berlegar tentang politik atau agama yang biasanya bersifat kontroversial dan menimbulkan pertentangan pendapat. Contoh tract terkenal ialah Marprelate Tracts yang merupakan serangan ke atas golongan uskup dan pembelaan tatatertib Presbyterian. Contoh lain ditemui dalam Tracts for the Times (1833-41), iaitu penulisan yang diusahakan oleh cardinal Newman, Keble, R. H. Froude dan Pusey untuk mengembalikan beberapa doktrin gereja. Contoh dalam persuratan Melayu ditemui dalam Hujjat al-Siddiq lii-Daf�al-Zindiq (Bukti Orang yang Jujur Demi Mempertahankan Sanggahan terhadap Golongan Zindiq) oleh Syeikh Nuruddin ar-Raniri yang menentang doktrin Wahdat al-Wujud yang dianuti oleh Hamzah Fansuri. Tract berasal daripada bahasa Latin bermaksud �menangani� atau �mengendalikan�.
12

Kembali ke atas