Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata syirik;


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
syirikkepercayaan yg menganggap bahawa Tuhan bersekutu. men­syirikkan menganggap (Tuhan) ber­sekutu; menyekutukan (Allah).Kamus Pelajar Edisi Kedua
syirikmensyirikkan menganggap (Tuhan) bersekutu; menyekutukan (Allah).Kamus Pelajar
syirikkepercayaan yg menganggap bahawa Tuhan bersekutu.Kamus Pelajar
syirikAr perbuatan menyekutukan Allah, baik dgn keyakinan, ucapan atau perbuatan, mis percaya adanya kuasa ghaib selain Allah, memuja berhala dsb; mensyirikkan menganggap Allah itu banyak, menyekutukan (menduakan) Allah; kesyirikan tahap (darjah) berada dlm keadaan syirik.Kamus Dewan Edisi Keempat
mati sesat (syirik)mati dgn cara yg tidak diredai Allah (spt membunuh diri).Kamus Pelajar Edisi Kedua
mati sesat (syirik)mati dgn cara yg tidak diredai Allah (kerana membunuh diri dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
kesyirikantahap (darjah) berada dlm keadaan syirik.Kamus Dewan Edisi Keempat
memerangi1. berperang dgn, berperang melawan: senjata itu sekarang digunakan pula utk ~ rakyat Indonesia; 2. melawan, membasmi, menghapuskan: faham-faham yg berdasarkan syirik mestilah diperangi habis-habisan;Kamus Dewan Edisi Keempat
mati1 tidak bernyawa lagi; tidak hidup lagi: Tiap-tiap yg hidup akan ~ juga sudahnya. 2 tidak pernah bernyawa; tidak pernah hidup: Batu ialah benda ~. 3 tidak berjalan spt biasa (bkn jam dll); tidak bergerak lagi (bkn persatuan dll); tidak terus (bkn jalan dll); tidak berorang lagi (bkn bandar, kampung dll). ~ ayam (katak) mati dgn sia-sia saja dan tidak ada yg mempedulikan. ~ beranak mati ketika melahirkan anak. ~ celik mati sebelum hajat atau sebelum cita-cita seseorang tercapai. ~ hidup balik selamat setelah mengalami bahaya besar atau setelah sakit teruk. ~ kera sudah dipotong tetapi masih basah atau masih liat (bkn kayu). ~ langkah tidak dpt melakukan apa-apa yg dihajati. ~ lemas mati kerana tidak dpt bernafas (tenggelam dlm air dll). ~ pucuk a. penyakit yg menyebabkan pucuk menjadi layu atau mati (bkn tumbuh-tumbuhan). b. ki lemah zakarnya (bkn lelaki). ~ rasa tidak dpt berasa apa-apa lagi (bkn pancaindera atau perasaan). ~ syahid mati kerana Allah (spt kerana membela agama Islam). ~ sesat (syirik) mati dgn cara yg tidak diredai Allah (spt membunuh diri). mati-matian 1 pura-pura mati; mati olok-olok. 2 dgn sungguh-sungguh: bekerja ~. bermati-mati bersungguh-sungguh melakukan sesuatu; dgn segenap tenaga; dgn segala daya upaya: Ayah ~ mencari wang kerana hendak menyekolahkan kami. mematikan 1 membuat supaya mati; membunuh: Racun ini bisa sekali dan dpt ~ sesiapa yg meminumnya. 2 ki menyebabkan mati (tidak bergerak, buntu, bantut dll); menghentikan; menyekat: Dia ~ enjin keretanya lalu turun. 3 membahagi pengatas dan pembawah dgn angka yg sama. kematian 1 hal-hal yg berkaitan dgn mati: surat ~ surat keterangan mengenai orang yg telah mati. 2 hal atau keadaan mati: Sejak ~ isterinya, dia selalu saja termenung. 3 menderita kerana matinya seseorang: Dia ~ isteri kesayangannya. pemati alat yg mematikan sesuatu: nat ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
perang1. perkelahian (pertempuran dll) dgn menggunakan senjata antara negeri dgn negeri dll: ~ antara kedua-dua negeri itu tidak berkesudahan; pecah ~ a) mulai terbit perang; b) sl kalah perang; 2. ki perbuatan beradu tenaga (kekuatan dll), pergaduhan, perjuang­an: timbullah ~ antara kedua-dua akhbar itu; 3. bp = berperang bertempur; pergi ~ pergi bertempur; ~ asabat = ~ (urat) saraf perang tidak ber­tempur (hanya baharu saling menggertak, menakuti, dll), usaha utk melemahkan musuh dgn menunjukkan moralnya; ~ asap latihan perang; ~ atom perang dgn menggunakan senjata-senjata atom; ~ besar perang yg lama dan hebat; ~ biologi perang yg menggunakan virus atau kuman penyakit utk memusnahkan manusia, tanaman dsb; ~ dingin a) perang secara saling menggertak (belum mengguna­kan senjata lagi utk menyerang dsb); b) bp bergaduh dgn tidak bercakap (suami isteri dll); ~ dunia perang yg besar antara beberapa buah negara besar di dunia; ~ ekonomi permusuhan atau persengketaan yg melibatkan pengambilan langkah dan tindakan ekonomi (spt penyekatan eksport dan import barang dll) dgn tujuan hendak menghancurkan pihak musuh; ~ gerila perang secara kecil-kecilan dan tidak berhadap-hadapan (secara bersem­bunyi); ~ harga persaingan harga yg sengit utk menguasai pasaran antara firma-firma dlm industri yg sama, dgn menurunkan harga barangan masing-masing serendah yg mungkin; ~ kilat perang yg dilakukan dgn pantas dan mengejut supaya lekas habis; ~ kimia perang yg menggunakan gas beracun atau bahan kimia lain sbg senjata; ~ konvensional perang biasa yg tidak melibatkan penggunaan senjata nuklear, kimia atau biologi; ~ mendada = ~ tanding(an) perang (pergaduhan) seorang melawan seorang; ~ mulut (bicara) bertengkar dgn menggunakan (mengeluarkan) kata-kata yg keras dan kasar, saling berban­tahan; ~ nuklear perang yg melibatkan peng­gunaan senjata nuklear; ~ paderi perang antara kaum Islam dgn kaum adat (yg dibantu oleh Belanda di Sumatera Barat pd tahun 1821– 1837); ~ pena pertengkaran (polemik) mela­lui tulisan di akhbar dll; ~ sabil perang utk mempertahankan agama Islam; ~ salib perang utk membebaskan Baitulmuqaddis (oleh orang Kristian); ~ (urat) saraf perang (persengketa­an) setakat gertak-menggertak dan ancam­-mengancam sahaja tanpa benar-benar serang­-menyerang dgn senjata; ~ saudara = ~ sipil Id perang antara orang-orang yg sebangsa (atau antara puak-puak) dlm sesebuah negara; ~ terbuka perang secara besar-besaran di tempat terbuka (bukan perang gerila); ~ bermalaikat sabung berjuara prb kita ber­usaha tetapi Tuhan yg menentukan berjaya atau tidak; kalau tak takut akan mati tak sedunia ~ prb dikatakan tentang pekerjaan yg amat berbahaya tetapi digemari orang; perang-perangan 1. latihan berperang; 2. permainan berperang; berperang melakukan perang, berjuang, ber­tempur: mereka ~ utk mempertahankan kedaulatan negara mereka; berperangan saling berperang: umat manusia kembali ke zaman kunonya, masing-masing ~ dan berbunuhan; memerangi 1. berperang dgn, berperang melawan: senjata itu sekarang digunakan pula utk ~ rakyat Indonesia; 2. melawan, membasmi, menghapuskan: faham-faham yg berdasarkan syirik mestilah diperangi habis-habisan; memerangkan, memperperangkan 1. mere­butkan sesuatu dgn berperang, berperang utk; 2. memperlagakan (mengadu) supaya ber­perang; peperangan perang, perjuangan, pertem­puran; medan ~ medan (tempat) berperang.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas