Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[syur.ga] | شرݢ

Definisi : = ~ jannah = ~ jannat alam akhirat (tempat roh manusia yg baik-baik dan banyak membuat pahala ketika di dunia), tempat balasan pahala dan tempat mengecap nikmat Tuhan yg kekal; ~ dunia segala rupa kenikmatan (kesenangan, kebahagiaan) di dunia; kesyurgaan segala yg berkaitan dgn syurga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[syur.ga] | شرݢ

Definisi : alam akhirat tempat roh manusia merasai nikmat kerana keimanannya (kebaikannya) di dunia. ~ dunia segala kenikmatan, kebahagian keseronokan dsb di dunia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata syurga

Puisi
 

Ada rasa berisi pandan,
     Hendak menganyam tikar sembahyang;
Tujuh syurga di dalam badan,
     Di situlah tempat berkasih sayang.


Lihat selanjutnya...(30)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SYURGA

Syurga ialah tempat yang penuh nikmat di akhirat,

yang disediakan oleh Allah S.W.T. bagi orang yang

beriman dengan-Nya, dengan para malaikat, kitab-kitab

suci, para rasul, hari akhirat dan yang sentiasa

melakukan kebaikan.

UMUM 
USULUDDINIlmu yang membicarakan tentang akidah agama Islam yang berhubung dengan ketuhanan, kenabian dan perkara-perkara ghaib seperti hari kiamat, syurga, neraka, serta qada' dan qadar.AGAMADisiplin Ilmu
SAFIYYAH BINT ‘ABD AL-MUTTALIB

Safiyyah bint ‘Abd al-Muttalib (?–20 H. / ?– 641

M.) ialah ibu saudara Rasulullah s.a.w. dan

juga ibu Zubayr ibn Awwam. Dia ialah seorang

daripada 10 orang yang dijanjikan syurga oleh

Rasulullah s.a.w. dan dia juga adalah seorang sahabat

nabi. Pada zaman jahiliah, dia berkahwin dengan

Harith ibn Harb ibn Umayyah. Dia kemudiannya

berkahwin dengan Awwam ibn Khuwaylid dan

mempunyai beberapa orang anak termasuk al-

Zubayr. Safiyyah bint ‘Abd al- Muttalib memeluk

Islam dan memberikan taat setia kepada Islam serta

turut berhijrah ke Madinah. Dia turut serta dalam

Perang Uhud dan Perang Khandaq. Dalam Perang

Uhud, dia berdiri dengan memegang sebatang

lembing yang dihalakan kepada orang ramai sambil

berteriak: Adakah kamu menerima kekalahan dan

meninggalkan Rasulullah?”. Dalam Perang al-Ahzab,

dia membunuh seorang Yahudi yang mengintip

orang Islam. Oleh itu, dia dikatakan wanita yang

pertama membunuh seorang lelaki Musyrikin. Dia

juga ialah seorang penyair yang berkebolehan. Dia

mencipta syair untuk meratapi Rasulullah s.a.w. serta

saudaranya Hamzah ibn ‘Abd al-Muttalib. Dia

meninggal dunia pada zaman Khalifah ‘Umar ibn al-

Khattab dan dikebumikan di al-Baqi‘.

UMUM 
SURAH AL-MU'MINUN

Surah al-Mu’minun ialah salah satu daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-23 mengikut

susunannya surah-surah al-Qur’an dan

mengandungi 118 ayat. Surah ini dinamakan al-

Mu’minun sempena pujian terhadap amalan

kebaikan dan kemuliaan orang-orang mukmin yang

melayakkan mereka menduduki syurga yang

tertinggi, iaitu syurga Firdaus.

UMUM 
MENARA BABEL

Menara Babel ialah menara di Babylon, iaitu

kota di Mesopotamia purba. Ia berbentuk piramid

yang berteres, iaitu reka bentuk yang dikenali

sebagai ziggurat. Menara ini mempunyai tujuh

tingkat berserta sebuah kuil kecil di atasnya. Orang

Babylon menamakan menara ini Etemenanki, yang

bermakna rumah asas syurga dan bumi. Babel ialah

nama Ibrani bagi Babylon. Babylon bermakna pintu

gerbang tuhan dalam bahasa Babylon.

UMUM 
SURAH AL-ZUMAR

Surah al-Zumar ialah salah satu daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-39 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

75 ayat. Surah ini dinamakan al-Zumar (kumpulan)

kerana Allah S.W.T. menyebut di dalam surah ini

sekumpulan ahli syurga yang hidup bahagia

bersama golongan mulia dan dihormati serta

sekumpulan ahli neraka yang hidup menderita

bersama golongan hina dan rendah darjat di sisi

Allah S.W.T.

UMUM 
SURAH AL-A‘RAF

Surah al-A‘raf ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ketujuh mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 206 ayat.

Surah ini dinamakan al-A‘raf (tembok yang tinggi)

kerana terdapat lafaz ini di dalamnya, iaitu dinding

yang terletak di antara syurga dengan neraka yang

memisahkan ahli kedua-duanya.

UMUM 
‘ABDULLAH IBN AL-ZUBAYRAbdullah ibn al-Zubayr (? –73 H./? –692 M.),

sahabat yang mulia dan orang yang pertama lahir di

Madinah selepas hijrah. Nama penuhnya ialah

‘Abdullah ibn al-Zubayr ibn al-‘Awwam ibn

Khuwailid ibn ‘Abd al-‘Uzza ibn Qusay ibn Kilab ibn

Murrah al-Quraisyi al-Asadi. Bapanya al-Zubayr ibn

al-‘Awwam, ialah salah seorang daripada kumpulan

yang dijamin syurga dan pembantu Rasulullah SAW.

Ibunya Asma’, anak perempuan Abu Bakar al-Siddiq.

Neneknya ialah Safiyyah, ibu saudara Rasulullah

SAW dan ibu saudaranya ialah ‘Aisyah, Umm al-

Mu’minin. Nenek saudaranya pula ialah Khadijah

bint Khuwaylid, Umm al-Mu’minin yang pertama.

UMUM 
MIKADO

Mikado ialah gelaran Maharaja Jepun pada masa

silam. Istilah ini digunakan juga oleh orang-orang

asing. Istilah ini asalnya ialah perkataan Jepun yang

bermaksud pintu yang disanjungi. Penggunaan

istilah memperlihatkan sanjungan orang Jepun

terhadap pemerintah mereka. Selepas tamadun Cina

sampai ke Jepun pada tahun 500-an M., orang Jepun

mula menggelar maharaja mereka Tenno, yang

bermaksud Maharaja dari Syurga. Maharaja tidak

dipanggil dengan namanya sendiri. Maharaja dan

pemerintahan mereka pada masa kini dikenali

dengan nama yang dipilih khas untuk mereka.

Maharaja Hirohito dikenal dengan nama Tenno

Showa atau Maharaja Showa.

UMUM 
POSEIDON

Poseidon ialah dewa laut, dewa gempa bumi dan

dewa kuda orang Yunani. Orang Rom menganggap

Poseidon sama dengan dewa Neptune mereka.

Poseidon merupakan anak kepada Rhea dan

Cronus, dari keturunan dewa-dewa yang digelar

Titan. Dewa Zeus dan Hades merupakan saudara

kandung Poseidon. Apabila ketiga-tiga bersaudara

ini mengundi untuk membahagikan alam sejagat,

Poseidon mendapat laut sebagai kawasan di bawah

penguasaannya, Zeus mendapat syurga dan Hades

mendapat alam ghaib. Ketiga-tiga bersaudara ini

memerintah bumi, tetapi Zeus yang menguasai

keseluruhannya.

UMUM 
12

Kembali ke atas