taat kepada Tuhan dan raja.adakah "taat " hanya digunakan untuk Tuhan dan raja? Taat dan setia kepada ibu dan bapa,adakah ayat ini betul? sayang akan/kepada anaknya? seorang orang tua / seorang tua? sepohon / sebatang pokok? | Kesemuanya boleh digunakan | Tatabahasa | 16.10.2007 |
Apakah penggunaan kata sendi yang betul bagi ayat di bawah? 1. Dia taat pada suami. 2. Dia taat akan suami. Mohon penjelasan. Terima kasih. | Kedua-dua contoh ayat yang diberikan tidak sesuai penggunaan kata sendinya. Penggunaan kata sendi yang lebih tepat ialah "Dia taat kepada suami". | Tatabahasa | 28.02.2015 |
Taat pada/kepada suruhan Allah. | Taat kepada suruhan Allah. | Tatabahasa | 19.04.2012 |
Bolehkah kita kata " taat kepada ibu bapa" ? | Ayat "taat kepada ibu bapa" adalah betul tatabahasanya. | Tatabahasa | 09.07.2014 |
Tidak mahu menyusahkan ibu bapa. Merujuk kepada ayat di atas, bolehkah saya kata nilai murninya ialah " taat kepada ibu bapa " ? | Soalan: Tidak mahu menyusahkan ibu bapa. Merujuk kepada ayat di atas, bolehkah saya kata nilai murninya ialah " taat kepada ibu bapa " ? Jawapan: Boleh. | Lain-lain | 10.07.2014 |
Yang mana ayat yang betul antara "Sebab itu semenjak mereka masih kecil lagi kedua-dua adik-beradik itu telah diajar supaya taat beragama" atau "Sebab itu semenjak mereka masih kecil lagi kedua-dua beradik itu telah diajar supaya taat beragama" | Kedua-dua ayat contoh yang diberikan itu tidak tepat dari segi tatabahasa. Ayat tersebut tergantung, tiada subjek dan tidak lengkap. | Tatabahasa | 29.10.2009 |
Selamat sejahtera, saya ingin tanya tentang perkataan Bahasa Inggeris " filial ", adakah kita boleh menggunakan "taat kepada ibu bapa" bagi Bahasa Malaysia? terima kasih | Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "filial" ialah filial. Dalam pangkalan data kami, terdapat istilah "filial piety" yang padanan bahasa Melayunya ialah taat ibu bapa. | Istilah | 19.05.2013 |
saya Fateenee Sa-mae, belajar di Universiti fatoni kelas dasar ,ingin bertanya DBP perkataan taat atau taah dalam bahasa Melayu, perkataan ini berasal dari bahasa apa? dan apa maknanya? | Data tentang etimologi kata tidak ada dalam sumber rujukan kami kecuali sebahagian kecil kata yang diberikan maklumat tentang asal kata dalam Kamus Dewan. Untuk makluman puan, secara umumnya kebanyakan kata yang mempunyai kaitan dengan laras agama berasal daripada bahasa Arab, begitulah juga dengan kata taat. | Tatabahasa | 22.09.2014 |
COMPLIANT (DALAM KONTEKS AYAT - SYARIAH COMPLIANT) | PATUH, TAAT | Lain-lain | 08.04.2011 |
APA PENGERTIAN DAN PERBEZAAN DIANTARA "MUTLAK" DAN "SEJATI" | Saudara, Makna perkataan mutlak : 1. tidak terbatas (hak, kuasa, dll), tidak bersyarat (tidak ada kecualinya), tidak berbelah bagi (taat setia dll), lengkap, penuh, umum: Belanda bersetuju utk memberi pengakuan segera dan ~ serta tanpa syarat terhadap kedaulatan Republik; perhubungan mereka adalah berasaskan taat setia yg ~ kpd perintah tinggi; hak ~ hak penuh; syarat ~ yg mesti ada (tidak boleh tidak); wakil ~ wakil penuh; 2. suci; air ~ air yg suci dan boleh menyucikan (spt air hujan dll); Makna perkataan sejati: asli, murni, tulen, tidak bercampur, yg sebenarnya: Encik Hasan ini bukan ~ Johor, dia kacukan Kelantan dan Melaka; Hamidah seorang wanita ~; Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 01.12.2009 |