Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.Öat]/[ta.Öat] | طاعة

Definisi : 1. sentiasa menurut perintah (Tuhan dll), tidak mengingkari (perintah dll), patuh: Pesuruh Allah menyeru manusia supaya mengenal Allah dan ~ kpd Allah; 2. kuat beribadat, soleh: isteriku ialah wanita yg ~ mengerjakan suruhan agama Islam;mentaati berlaku taat kpd, patuh kpd sese­orang atau sesuatu, tidak membantah akan, menurut (perintah, peraturan, dll): mereka akan ~ setiap keputusan Bangsa-Bangsa Bersatu utk menyelesaikan masalah Malaysia; ketaatan 1. perihal taat, kepatuhan, kese­tiaan: mereka sibuk dgn ~ masing-masing kpd raja mereka; 2. kesungguhan hati ter­hadap agama, kesolehan;ketidaktaatan keadaan tidak taat: oleh sebab kesalahan manusia dan ~nya, cahaya wahyu pertama yg cemerlang itu menjadi kabur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.Öat]/[ta.Öat] | طاعة

Definisi : 1 sentiasa menurut perintah atau menurut suruhan; tidak mengingkari; patuh: Rakyat hendaklah ~ kpd peme­rintah. 2 = ~ setia tidak berlaku curang; jujur dan setia: Aku bertuah mendapat isteri yg ~ sptmu. mentaati tidak membantah akan perintah dll; mematuhi: Tiap-tiap orang Islam wajib ~ rukun Islam yg lima. ketaatan sifat atau keadaan taat; kepatuhan; kesetiaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
taat (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan setia, patuh, akur, takwa, tawaduk, taslim, salih, pasrah, tunduk, tunak, patih;,
Kata Terbitan : mentaati, ketaatan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
IKRAR TAAT SETIA UMUMUmum
ANUGERAH KESATERIA

Anugerah Kesateria. Kesateria Zaman

Pertengahan bersatu dalam kumpulan-kumpulan

yang disebut sebagai order . Mereka melafazkan

ikrar taat setia kepada raja atau tuan mereka, dan

membentuk pertubuhan ketenteraan untuk

mempertahankan tanahnya daripada musuh. Ketika

Perang Salib, pelbagai golongan kesateria

bertempur dengan tentera Islam di Tanah Suci.

Kesateria yang menyertai golongan ini bersumpah

untuk hidup sebagai rahib dan juga saudara yang

setia semasa peperangan. Golongan agama yang

paling terkenal ialah Knights of Saint John, Knights

Templars, dan Teutonic Knights.

UMUM 
AHLI ZIMMAH

Ahli zimmah ialah orang bukan Islam yang tetap

berpegang dengan agama mereka tetapi tinggal di

dalam negara orang Islam berdasarkan perjanjian

taat setia yang diadakan antara mereka dengan

pemerintah Islam atau timbalannya.

UMUM 
ARAFAT, YASSER

Arafat, Yasser (1929–2004) ialah Presiden

negara Palestin dan juga Presiden Pertubuhan

Pembebasan Palestin (PLO) semenjak tahun 1969.

Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) adalah

sebuah kesatuan rakyat Palestin yang bersumpah

taat setia untuk mengembalikan ketuanan kerajaan

Palestin. Lihat Palestin, Sejarah.

UMUM 
BAI'AH

Bai’ah ialah pengiktirafan atau pengakuan taat setia seseorang atau sekumpulan orang kepada ketua atau pemerintah yang baru dilantik.

AGAMAKonsep
STEPHEN

Stephen (1097?–1154) ialah Raja Inggeris.

Pemerintahannya penuh dengan persengketaan

sehingga digelar ‘The Anarchy’. Persengketaan

tersebut berpunca daripada perebutan takhta.

Stephen ialah putera Adela. Adela ialah puteri

William Si Penakluk. Pihak lain yang berhak ke atas

takhta diraja itu ialah Matilda, puteri Henry I. Henry

telah memujuk baronnya untuk mengangkat

sumpah taat setia kepada Matilda sebelum

kematiannya pada tahun 1135. Pada tahun 1153,

Stephen akhirnya dipaksa untuk mengiktiraf putera

Matilda sebagai pewaris takhtanya, iaitu Henry II

yang menjadi Raja Plantagenet pertama (lihat

Plantagenet).

UMUM 
PERJANJIAN NANING-BELANDA

PERJANJIAN NANING-BELANDA (1643), perjanjian antara Naning dengan Belanda.  Dengan termeterainya perjanjian ini, Naning berjanji akan taat setia kepada Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
TOHA MOCHTAR

TOHA MOCHTAR (1926 – 1992), penulis Indonesia. Dia lahir pada 17 September 1926 di Kendiri, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Toha Mochtar bin Husni Tohar. Dia dibesarkan dalam lingkungan keluarga yang taat kepada agama Islam dan ayahnya, adalah seorang penghulu. Dia mendapat pendidikan formal hingga Kelas Dua Sekolah Menengah Atas pada tahun 1947 dan kemudiannya mengikuti pendidikan di Artist People University di Madiun pada tahun yang sama.

SASTERATokoh
SAFIYYAH BINT ‘ABD AL-MUTTALIB

Safiyyah bint ‘Abd al-Muttalib (?–20 H. / ?– 641

M.) ialah ibu saudara Rasulullah s.a.w. dan

juga ibu Zubayr ibn Awwam. Dia ialah seorang

daripada 10 orang yang dijanjikan syurga oleh

Rasulullah s.a.w. dan dia juga adalah seorang sahabat

nabi. Pada zaman jahiliah, dia berkahwin dengan

Harith ibn Harb ibn Umayyah. Dia kemudiannya

berkahwin dengan Awwam ibn Khuwaylid dan

mempunyai beberapa orang anak termasuk al-

Zubayr. Safiyyah bint ‘Abd al- Muttalib memeluk

Islam dan memberikan taat setia kepada Islam serta

turut berhijrah ke Madinah. Dia turut serta dalam

Perang Uhud dan Perang Khandaq. Dalam Perang

Uhud, dia berdiri dengan memegang sebatang

lembing yang dihalakan kepada orang ramai sambil

berteriak: Adakah kamu menerima kekalahan dan

meninggalkan Rasulullah?”. Dalam Perang al-Ahzab,

dia membunuh seorang Yahudi yang mengintip

orang Islam. Oleh itu, dia dikatakan wanita yang

pertama membunuh seorang lelaki Musyrikin. Dia

juga ialah seorang penyair yang berkebolehan. Dia

mencipta syair untuk meratapi Rasulullah s.a.w. serta

saudaranya Hamzah ibn ‘Abd al-Muttalib. Dia

meninggal dunia pada zaman Khalifah ‘Umar ibn al-

Khattab dan dikebumikan di al-Baqi‘.

UMUM 
SA‘D IBN ‘UBADAH

Sa‘d ibn ‘Ubadah ( ? –14 H. / ?–635 M.) ialah salah

seorang sahabat dari golongan Ansar Bani Sa’idah,

berasal daripada al-Khazraj, sebuah bandar di antara

Yathrib–Taibah. Dia salah seorang pemimpin pada

zaman Jahiliyah dan juga Islam. Dia digelar sebagai

al-Kamil kerana pengetahuannya dalam bidang

penulisan, memanah dan berenang. Dia memeluk

Islam di tangan seorang sahabat Mus‘ab ibn ‘Umayr

r.a., di rumah As‘ad ibn Zurarah dan telah menyertai

perjanjian ‘Aqabah Kedua. Sa‘ad ibn ‘Ubadah telah

memberi pengakuan taat setia kepada Rasulullah

s.a.w. tanpa pengetahuan orang kafir, dan dia dipilih

salah seorang daripada 12 orang ketua.

UMUM 
12

Kembali ke atas