Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.bib]/[ta.bib] | طبيب

Definisi : orang yg ahli dlm hal perubatan dan cara mengubati penyakit (doktor, dukun); ilmu ~ pengetahuan mengenai ubat-ubatan dan cara mengubati penyakit; ketabiban 1. ilmu perubatan (kedoktoran); 2. perihal ubat-ubatan dan cara mengubati penyakit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.bib]/[ta.bib] | طبيب

Definisi : orang yg ahli dlm ilmu perubatan dan cara mengubati penyakit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tabib (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan tukang ubat, dukun, bomoh, singse, doktor;,
Kata Terbitan : ketabiban,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perubatan TradisionalTabib Cina dan Perubatan TradisionalTatabahasa14.06.2007
canser and tumor expert renovation aluminium & glasstabib cina: kanser dan tumor kedai pengubahsuaian barangan aluminium dan kacaLain-lain04.04.2007
Sejahtera dan selamat pagi, pada 20/01/2014 saya pernah menanyakan istilah-istilah asli dlm bahasa Melayu utk "doktor",''seminar'',''kempen'',''modulasi'',''sistem'',''proses'',''konjugasi'' dan polis. Akan tetapi ahli bahasa mengatakan tidak ada istilah dlm bahasa Melayu. Baiklah, hari ini saya sudah menjumpai semua kata padanannya yg lebih tepat dan asli akan tetapi tak digunakan oleh ahli DBP sebagai bahasa yg lebih rasmi dlm bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu asli, "doktor" disebut "pengubat" atau "tabib" atau "pawang" atau "datu", "seminar" disebut "bengkel", "kempen" disebut "gerakan", "modulasi" disebut "pengawalaturan" atau "pengaturan", "sistem" disebut "tata" atau "susunan", "process" disebut "olah", "konjugasi" disebut "tasrif" atau "taarif", dan "polis" disebut "mata-mata", "piung", "bayangkar", "ketual", "katwal" dan sebagainya. Kenapa ahli bahasa tidak memelihara dan menjaga keaslian bahasa Melayu?Istilah yang tuan kemukakan telah lama diterima dalam bahasa Melayu dan telah mantap penggunaannya. Walau bagaimanapun, tuan boleh mengemukakan cadangan ini kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk dipertimbangkan.Istilah13.02.2017

Kembali ke atas