Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.bi/] | تابيق

Definisi : 1. ucap selamat, salam, selamat (pagi, petang, malam): maka aku memberi ~ demi­kian bunyinya, “selamat pagi, tuan”; 2. per­buatan menghormati (dgn cara mengangkat tangan dll), hormat, takzim: jalannya keras, tangannya berpintal membuat ~; 3. = tabik-tabik minta maaf (ketika melakukan se­suatu), minta izin: jika kita lalu di belakang orang yg sedang duduk, mahulah kita me­minta ~ hendak berbuat demikian;kirim ~ sampaikan salam; minta ~ a) minta maaf (ketika masuk ke tempat keramat dll); b) memberi salam (ketika bermohon diri); bersitabik Mn mengalu-alukan tetamu dgn memberi hormat; bertabik hormat-menghormati: dlm per­cam­pur­an itu lelaki perempuan tidak ~ lagi;menabik 1. memberi salam; 2. memberi hor­mat (dlm perbarisan dll), mengangkat tabik: kemudian kuangkat tangan ~ kpd mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.bi/] | تابيق

Definisi : cara menghormati seseorang dgn mengangkat tangan (meletakkan tapak tangan pd dahi spt yg dilakukan oleh askar dll). menabik memberi hormat dgn tabik: Askar-askar itu ~ ketua mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tabik
Kata Terbitan : menabik,

Puisi
 

Bentang tikar tengah rumah,
     Hendak tabur biji lada;
Tabik encik orang di rumah,
     Saya main kurang bahasa.


Lihat selanjutnya...(6)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
saluten 1. (mil) gesture performed to show welcome, respect, etc, a. (by raising the hand to the forehead) tabik: the officer gave a ~, pegawai itu memberi tabik; b. (by firing of guns) tembakan hormat: a 21-gun ~, tembakan hormat 21 das;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
salutevi (mil), (by raising the hand to the forehead) memberi tabik; (by presenting of arms) memberi hormat senjata; (by dipping of flags) memberi hormat bendera;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
step vi melangkah: he ~ped forward and saluted, dia melangkah ke hadapan dan mengangkat tabik; he ~ped carefully into the rocking boat, dia melangkah dgn berhati-hati ke dlm bot yg bergoyang-goyang itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
salutetake the ~, /membalas, menerima/ + approp n: the governor took the ~ at the march-past, gabenor itu menerima tabik hormat drpd perbarisan hormat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
erectadj 1. upright, tegak: he stood ~ to receive the salute, dia berdiri tegak utk menerima tabik hormat; hold os ~, sso /berdiri, duduk /tegak; hold st ~, menegakkan sst: she held her head ~ while every head around her was bowed, dia menegakkan kepalanya sementara yg lain di sekelilingnya menundukkan kepala; 2. (of animal’s tail or ears) tegak, tercacak; 3. (of penis or nipple) tegak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas