tablet | tablet/pil | Istilah | 11.01.2011 |
tablet berdiam diri | tablet tidak bertindak | Tatabahasa | 18.09.2008 |
Penggunaa istilah tablet adalah termasuk dalam kumpulan peranti mudah alih ATAU aplikasi mudah alih ATAU perkakasan mudah alih....Antara ketiga kumpulan ini, yang mana kategori tablet komputer | Perkataan "peralatan mudah alih" atau "alikasi mudah alih" atau "peranti mudah alih" dalam bahasa Inggeris ialah "mobile application". Perkataan "tablet komputer" masih digunakan sebagai "tablet komputer". | Istilah | 27.10.2014 |
Salam sejahtera. Apakah istilah BM bagi: 1 iPad 2 tablet computer | "Ipad" dipinjam dan dikekalkan ejaannya. Manakala perkataan "tablet computer" pula dipadankan susunannya dalam bahasa Melayu sebagai "komputer tablet". | Makna | 25.02.2020 |
Salam, boleh saya tahu padanan dalam Bahasa Melayu untuk 'funeral tablet'. Adakah tanda peringatan pengebumian ?. Contoh ayat : gather up the polished black funeral tablet of the family's dead ancestors, which were tumbling from the household Buddhist altar. | Cadangan terjemahan bagi funeral tablet ialah "batu nisan atau batu peringatan" | Makna | 24.02.2022 |
Terjemahan untuk 'screen media devices', non-handheld gaming console, hanheld gaming console dan tablet | Cadangan terjemahan yang sesuai bagi perkataan yang diberikan ialah: screen media devices'- Peranti media layar non-handheld gaming console - Konsol permainan tanpa pegang hanheld gaming console dan tablet – tablet dan konsol permainan pegang | Makna | 04.06.2021 |
Esther Xiaoying 18HB JULAI 12.52 PTG Selamat tengahari. Apakah kata nama bagi tablet (Ipad / samsung tab) dalam bahasa malaysia! | Salam Sejahtera Puan Esther Xiaoping. Dalam bahasa Melayu, kita mengekalkan perkataan tablet sebagai padanan untuk bahasa Inggeris “tablet”. Sekian. Terima kasih. | Istilah | 18.07.2017 |
Salam, Dalam tablet atau ipad, apa terjemahan dalam Bahasa Melayu yang sesuai bagi ayat "highlight the text" ? Terima kasih. | Salam Sejahtera. Cadangan terjemahan "highlight the text" ialah "penegasan teks". | Penyemakan dan penterjemahan | 03.11.2015 |
Salam, Dalam tablet atau ipad, apa terjemahan dalam Bahasa Melayu yang sesuai bagi ayat "tapping and holding the sentence to copy" ? Terima kasih. | Untuk makluman, tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk "tapping and holding" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terjemahan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk ayat yang diberikan ialah sentuh seketika ayat tersebut untuk menyalin. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.11.2015 |
Apakah terjemahan yang sesuai bagi "writing tablet"? Mungkin benda ini diperbuat daripada tanah liat atau kayu. Bolehkah menggunakan "batu tulis" walaupun merujuk kepada bahan yang diperbuat daripada kayu? Ini terdapat dalam tulisan purba. Terima kasih atas panduan. | Padanan "Writing tablet" tidak ada dalam pangkalan data kami. Berdasarkan maklumat yang saudara berikan "writing tablet" ini hampir sama dengan Batu Bersurat Terengganu yang mempunyai ukiran/tulisan padanya yang membuktikan sejarah kedatangan Islam ke Terengganu pada zaman dahulu. Oleh itu, kami mencadangkan padanan "writing tablet" dalam bahasa Melayu ialah kayu bersurat atau tanah bersurat, rujuk kepada jenis material tersebut sama ada kayu atau tanah. | Istilah | 20.06.2011 |