Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tab.lét] | تبليت

Definisi : (tablét) ubat yg berbiji-biji, pil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tablet


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
uniformity of weightkeseragaman beratFarmasiFarmaseutikUjian untuk menentukan sisihan piawai berat antara tablet-tablet yang dijadikan sampel. Ujian ini merupakan salah satu ujian kawalan mutu yang dilakukan ke atas bentuk dos tablet. Sifat ini mesti diukur berdasarkan spesifikasi dalam bahan rujukan piawai seperti farmakopeia sebelum tablet boleh dipasarkan.
chewable tablettablet kunyahFarmasiFarmaseutikTablet yang perlu dikunyah untuk menghancurkan tablet kepada ketulan yang lebih kecil. Proses ini akan meningkatkan luas permukaan yang terdedah untuk proses pelarutan. Drug yang dibebaskan akan diserap dengan lebih cepat. Tablet ini juga boleh diberikan kepada pesakit yang mempunyai kesukaran untuk menelan seperti orang tua dan kanak-kanak. Tablet kunyah ini juga dibuat untuk meningkatkan penerimaan ubat oleh kanak-kanak. Contohnya, tablet kunyah multivitamin. Tablet ini juga boleh digunakan jika dos yang hendak diberikan terlalu besar untuk ditelan.
uniformity of contentkeseragaman kandunganFarmasiFarmaseutikUjian untuk menentukan sisihan piawai kandungan bahan aktif antara tablet-tablet yang dijadikan sampel. Ujian ini merupakan salah satu ujian kawalan mutu yang dilakukan ke atas bentuk dos tablet. Sifat ini mesti diukur berdasarkan spesifikasi dalam bahan rujukan piawai seperti farmakopeia sebelum tablet boleh dipasarkan.
coated tablettablet salutFarmasiFarmaseutikTablet yang dilitupi dengan bahan salut untuk melindungi kandungan tablet daripada kesan cahaya dan kelembapan, melitupi rasa kurang enak drug dan memberi kekuatan mekanikal untuk memudahkan pengendalian tablet. Salut yang digunakan boleh juga memberi ciri pelepasan terkawal dan ciri enterik kepada tablet. Lihat juga bahan salut, penyalutan, salutan enterik.
tablettabletPerubatanTiadaUbat pepejal yang diberikan secara oral yang bentuknya bergantung kepada pengeluar ubat. Komposisi tablet termasuklah bahan farmakologi yang aktif dan bahan lengai yang berfungsi untuk mengekalkan bentuk tablet tersebut. Sinonim pil.
tablet hardnesskekerasan tabletFarmasiFarmaseutikSifat sukar pecah bagi sesuatu tablet. Sifat ini mesti diukur berdasarkan spesifikasi dalam bahan rujukan piawai seperti farmakopeia sebelum tablet boleh dipasarkan. Lihat juga kerepuian tablet.
disclosing tablettablet penunjukPerubatanTiadaTablet untuk mewarnai plak gigi di permukaan gigi.
sublingual tablettablet sublinguaFarmasiFarmaseutikTablet yang direka bentuk untuk diletakkan pada sebelah bawah lidah untuk penyerapan drug ke dalam peredaran sistemik secara terus melalui mukosa.
multilayer tablettablet berbilang lapisFarmasiFarmaseutikTablet yang terdiri daripada beberapa lapisan yang berlainan yang dimampatkan di atas satu sama lain. Biasanya digunakan untuk bahan yang tidak serasi antara satu sama lain atau untuk mencapai sistem pelepasan drug beransur.
chewable tablettablet kunyahSains KesihatanTiadaTablet yang diambil dengan cara kunyah.
12345678910...

Kembali ke atas