Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : cara atau sistem mentadbir, mengurus, mengawal selia dsb dasar, fungsi atau perjalanan sesebuah perbadanan, syarikat dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tadbir
Kata Terbitan : mentadbir, pentadbiran, pentadbir,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tadbir uruscara atau sistem mentadbir, mengurus, mengawal selia dsb dasar, fungsi atau perjalanan sesebuah perbadanan, syarikat dsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
Tadbir urus korporat (Tadb)cara (tindakan atau sistem) mentadbir, mengurus, mengawal selia dsb dasar, fungsi, perjalanan dsb sesebuah organisasi (syarikat dsb) yg dipertanggung­jawabkan kpd Lembaga Pengarah;Kamus Dewan Edisi Keempat
tadbirkerja-kerja mengurus dan me­ngawal perjalanan sesebuah syarikat (badan, negara dll): pegawai ~ pegawai yg mengurus perjalanan sesebuah syarikat atau pemerintahan negara. ~ urus cara atau sistem mentadbir, mengurus, mengawal selia dsb dasar, fungsi atau perjalanan sesebuah perbadanan, syarikat dsb. mentadbir membuat kerja-kerja mengurus dan mengawal perjalanan sesebuah syarikat (badan, negara dll): Beliau mendapat pujian kerana cekap ~. mentadbirkan menjalankan urusan perjalanan se­sebuah syarikat (badan, negara dll); mengelolakan; mengurus: Beberapa orang pegawai terlatih telah dilantik utk ~ badan itu. pertadbiran hal-hal mengenai tadbir. pentadbiran per­buatan, hal dll mentadbir atau men­­tadbirkan; urusan mentadbir atau mentadbirkan: ~ negara Malaysia berjalan dgn lancar. pentadbir orang yg mentadbir atau mentadbirkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tadbirurusan mengelola atau menjalankan sesuatu pejabat (kerajaan dll), tugas mengurus­kan sesuatu, pemerintahan: Tuan Kadi itu menjalankan ~nya; mangkubumi wazir yg em-punya ~ di dlm negeri Johor Darul Takzim; ~ urus korporat (Tadb) cara (tindakan atau sistem) mentadbir, mengurus, mengawal selia dsb dasar, fungsi, perjalanan dsb sesebuah organisasi (syarikat dsb) yg dipertanggung­jawabkan kpd Lembaga Pengarah;mentadbirkan mengurus dan menjalankan (pejabat dll), mengelolakan, memerintah: mereka ini haruslah mempunyai pengetahu­an asas utk mengelola dan ~ perpustakaan; baik buruknya pemerintahan sesebuah ne­geri bergantung pd keadaan pegawai-pega­wai yg ~ kerajaan negeri itu; tadbiran (sesuatu) yg ditadbirkan: bumi ~ manusia; pentadbiran perbuatan mentadbirkan, pe­­­ngelo­laan, pengurusan, pemerintahan: dgn adanya pegawai itu, ~ negara tetap berjalan dgn tidak putus-putus; pentadbir orang yg mentadbirkan, penge­lola, pengurus, pemerintah.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas