Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : cara atau sistem mentadbir, mengurus, mengawal selia dsb dasar, fungsi atau perjalanan sesebuah perbadanan, syarikat dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tadbir
Kata Terbitan : mentadbir, pentadbiran, pentadbir,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
corporate governancetadbir urus korporatPengurusanPerancanganSuatu garis panduan kerja dan peraturan yang mengawal peri laku pengurusan atasan dan ahli lembaga pengarah sesebuah organisasi. Penekanan utama tadbir urus korporat ialah kebertanggungjawaban, keadilan dan ketelusan. Tujuan utama pemantauan melalui tadbir urus korporat adalah untuk melindungi pihak berkepentingan seperti pelabur, pemegang saham, pekerja, pelanggan dan kerajaan. Contoh perincian dalam garis panduan ini ialah butiran kontrak dengan ahli lembaga pengarah, termasuk peranan dan tanggung jawab, hak dan ganjaran serta prosedur penyelesaian konflik dengan pihak yang berkepentingan.
governancetadbir urusPentadbiranPentadbiran Awam

Pentadbiran organisasi yang dilaksanakan mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan. Antara faktor utama yang menyumbang kepada tadbir urus yang cekap dan berkesan ialah sifat dan sikap positif pemimpin, berpengalaman, berkemahiran dan berpengetahuan, mempunyai ideologi dan fikiran yang prolifik serta mampu menjana perubahan. Tadbir urus yang cekap dan berkesan menjadi tunggak dalam memantapkan pengurusan dan pentadbiran organisasi. Contohnya, sebuah kerajaan yang mantap dari segi pentadbiran dan pengurusan akan menjana sebuah negara yang makmur dan sejahtera seperti Malaysia.

corporate governancetadbir urus korporatPentadbiranPentadbiran Awam

Pendekatan, mekanisma, kaedah atau corak pengurusan yang efektif berpandukan kepada piawaian, peraturan dan undang-undang yang mampu mempertingkatkan kecekapan organisasi ke tahap yang lebih maksimum. Tadbir urus korporat menitikberatkan isu pengelakan rasuah, ketelusan, nilai dan etika, peningkatan dan penambahbaikan kualiti, peningkatan prestasi, daya tahan dan daya saing, percanggahan kepentingan antara diri, pemegang saham serta kepentingan masyarakat. Contohnya, Suruhanjaya Sekuriti telah memperkenalkan Kod Malaysia untuk Tadbir Urus Korporat (Kod) pada tahun 2000 yang bertujuan untuk membantu syarikat-syarikat senarai awam di Malaysia dari segi tadbir urus korporat.Kod ini memperincikan pelbagai usul tentang struktur dan komposisi lembaga pengarah serta penetapan dan pendedahan ganjaran yang diterima.

governancetadbir urusSains PolitikPolitik PerbandinganLihat kepemerintahan.
governancekepemerintahan/tadbir urusSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
corporate governancetadbir urus korporatPentadbiranPengurusan-
e-governancee-tadbir urusTeknologi MaklumatTiadaPerihal pentadbiran kerajaan melalui internet.
management controlkawalan pengurusanPentadbiranPentadbiran Awam

Pengawasan tadbir urus yang menjadi budaya kerja majikan sesebuah organisasi untuk memantau sebarang sumber yang berkaitan dengan organisasi, misalnya harta benda dari segi sumber manusia, kewangan, mesin dan bahan mentah. Kawalan atau pemantauan perlu dibuat dari semasa ke semasa bagi memastikan organisasi tidak mengalami kerugian luar jangka. Contoh, pemasangan kamera litar tertutup untuk mengelak kecurian harta benda pejabat dan penggunaan sistem perakam waktu untuk mengatasi masalah ponteng kerja.

administrative control instrumentsalat kawalan pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

Instrumen yang digunakan untuk mengawasi dan memantau pelaksanaan tadbir urus sesebuah organisasi. Alat kawalan pentadbiran digunakan untuk memastikan tidak wujud penyalahgunaan kuasa, ponteng kerja, datang lewat atau melengah-lengahkan kerja agar segala perancangan organisasi berjalan lancar seperti yang telah ditetapkan. Contohnya, penggunaan kamera litar tertutup (CCTV), kad perakam waktu, fail meja dan manual prosedur kerja. Hierarki dan struktur organisasi juga merupakan alat kawalan pentadbiran yang penting. Alat ini akan menentukan cara organisasi diurus dan dikawal oleh pentadbir atasan.

administrative controlkawalan pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

Usaha atau tindakan yang diambil untuk mengawasi dan memantau pelaksanaan tadbir urus sesebuah organisasi. Tindakan ini adalah bertujuan untuk memastikan segala kuasa yang diberikan tidak disalahgunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan sendiri. Dengan adanya kawalan ini, segala perancangan jabatan dapat berjalan lancar seperti yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbir.

123

Kembali ke atas