Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.ha.nan] | تاهنن

Definisi : 1. sesuatu yg menahan, halangan, rintangan: benda itu bergerak terus kerana tidak ada ~; 2. simpanan utk masa depan, cadangan, persediaan; 3. sesuatu yg ditahan (orang, barang, dll): kerajaan sepatutnya membantu dan memberi layanan baik kpd anak dan isteri orang ~ politik; 4. tempat menah­an orang, penjara: saya telah dilempar­kan ke dlm ~ selama lapan puluh enam hari; 5. perihal menahan (dlm penjara dll): beliau pernah meletakkan Perdana Menterinya dlm ~ rumah di Kahirah dahulu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ha.nan] | تاهنن

Definisi : 1 orang, barang dll yg ditahan: Kerajaan membantu dan memberi layanan dgn baik kpd anak dan isteri orang-orang ~ politik. 2 tempat menahan orang; penjara: Dia telah dimasukkan ke dlm ~ selama sebulan. 3 tindakan menahan (dlm penjara dll): Beliau pernah meletakkan Perdana Menterinya dlm ~ rumah suatu masa dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tahan (adjektif)
1. Bersinonim dengan kukuh: kuat, teguh, tegap, stabil,

2. Bersinonim dengan tabah: cekal, sabar, betah, kental, ulet,

3. Bersinonim dengan cukup: pada, sampai, genap,

Kata Terbitan : bertahan, menahan, mempertahankan, tertahan, tertahan-tahan, tahanan, ketahanan, pertahanan, penahanan, penahan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEM TAHANAN

Kem tahanan ialah tempat musuh politik, sama

ada musuh benar atau yang dituduh, dipenjara,

biasanya tanpa dibicarakan. Istilah ini mula-mula

digunakan oleh Great Britain sebagai penjara

tahanan Perang Boer, di Afrika kira-kira pada tahun

1900. Polis rahsia Soviet pula telah memenjarakan

berjuta-juta orang di kem buruh selepas tahun 1928,

iaitu semasa pemerintahan kuku besi Joseph Stalin.

Semasa Perang Dunia II (1939–1945), kerajaan

Amerika Syarikat dan Kanada menahan beribu-ribu

orang keturunan Jepun di kem (lihat Perang Dunia

II). Kem tahanan yang terkenal ialah kem yang

dibina oleh Nazi di Jerman.

UMUM 
BUCHENWALD

Buchenwald ialah kem tahanan Nazi yang

terletak di Weimar, Jerman. Pihak Nazi membina

kem ini yang digunakan untuk tawanan politik

dan kaum, antara tahun 1935 hingga tahun 1937.

UMUM 
MENGELE, JOSEF

Mengele, Josef (1911–1979) ialah doktor Jerman

yang memilih sendiri 400 000 orang tawanan

perang untuk dibunuh di dalam bilik gas di

Auschwitz, kem tahanan Nazi ketika Perang Dunia

II (1939–1945). Dia juga melakukan ujian yang

zalim ke atas banduan, dengan tujuan

menghasilkan satu bangsa yang mempunyai

rambut perang dan bermata biru. Para banduan

menggelarkannya sebagai “Malaikat Maut”.

UMUM 
KELUARGA GERILYA

KELUARGA GERILYA, novel karya Pramoedya Ananta Toer.  Novel ini ditulis semasa dia menjalani tahanan politik di penjara Bukit Duri, Pulau Buru,  Indonesia.  Penulisan novel ini selesai pada bulan  Oktober 1949, Keluarga Gerilya diterbitkan pertama  kalinya oleh penerbit Pembangunan, Jakarta, pada tahun 1950 dan cetakan kedua novel ini pada tahun 1955.  Semenjak tahun 1958, novel ini diterjemahkan ke dalam tiga bahasa, iaitu Inggeris, Cina dan Rusia.  Seterusnya, cetakan ketiga novel ini diterbitkan  oleh penerbit N.V. Nusantara, Jakarta, pada  tahun 1962.

SASTERAKarya
SING SING

Sing Sing ialah nama sebuah penjara negeri di

Ossining, New York, Amerika Syarikat. Dari tahun

1970 hingga tahun 1983, penjara ini dinamakan

Ossining Correctional Facility. Penjara ini

mempunyai sekolah dan kilangnya sendiri. Pada

mulanya Sing Sing mempunyai bangunan untuk

banduan wanita, tetapi kini, tidak ada banduan

wanita di penjara tersebut. Pembinaan Sing Sing

dimulakan pada tahun 1825 dengan menggunakan

tenaga tahanan buruh. Kemudian, penjara ini

disusun semula dan beberapa bangunan baru

telah didirikan.

UMUM 
CERITA DARI BLORA

CERITA DARI BLORA, kumpulan cerpen Pramoedya Ananta Toer yang diterbitkan pada tahun 1952. Kumpulan ini mengandungi 11 buah cerpen yang hampir kesemuanya dihasilkan oleh Pramoedya pada tahun 1950, iaitu setelah beberapa bulan dia dibebaskan daripada tahanan. Dalam kata pengantarnya, H.B. Jassin menyatakan bahawa kesedaran yang terdapat pada diri pengarang, mendorongnya mencipta dan mengabadikan sesuatu sebagai kenang-kenangan kepada yang tinggal. Selain itu, terdapat unsur-unsur pengalaman dan kenangan autobiografi dalam kumpulan ini yang dapat dilihat melalui latar belakang sejarah dan kemasyarakatan yang begitu luas.

           

SASTERAKarya
AUSCHWITZ

Auschwitz ialah pusat buruh paksa dan

penghapusan yang dilakukan oleh Nazi Jerman

semasa Perang Dunia II (1939–1945). Lebih kurang

satu juta orang mati di Auschwitz dari bulan

September 1941 hingga bulan Januari 1945. Nazi

menggunakan bilik gas dan cara lain untuk

membunuh hampir kesemua mangsa. Manakala

buruh paksa yang lain mati kerana kebuluran atau

penyakit, dan sebahagian yang lain pula dipaksa

berkerja di kilang-kilang berhampiran hingga

mereka mati. Kebanyakan mangsa di Auschwitz

ialah orang Yahudi. Nazi membunuh mereka

sebagai sebahagian daripada rancangan mereka

untuk membunuh semua orang Yahudi di Eropah.

Auschwitz terletak di Poland, berhampiran

sebuah tempat yang kini dikenali sebagai

Oswiecim. Pusat ini terdiri daripada tiga buah kem

tahanan, dibina antara tahun 1940 hingga tahun

1942. Kini, Auschwitz ialah sebuah muzium dan

arkib yang dikekalkan oleh kerajaan Poland.

UMUM 

Kembali ke atas