Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.hap] | تاهڤ

Definisi : peringkat, tingkat: pemikirannya sudah sampai ke ~ yg begitu tinggi; sekarang mereka bolehlah dilatih mengarang ke ~ yg lebih tinggi; minyak pelincir yg membawa prestasi enjin ke ~ yg tinggi; bertahap ada tahapnya, berperingkat, ber­tingkat; bertahap-tahap (dgn) beberapa tahap, tahap demi tahap, berperingkat-peringkat: projek itu akan dilaksanakan secara ~ dlm tempoh tiga tahun; menahapkan membahagikan sesuatu kpd beberapa tahap; penahapan perihal (proses, perbuatan, tinda­kan dsb) membahagikan sesuatu kpd beberapa tahap: penggolongan dan ~ sastera dlm tulisan beliau. tahapan (Sunda) tingkatan, pangkat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.hap] | تاهڤ

Definisi : , = tahapan had atau takat dlm sesuatu usaha (projek dll); peringkat; tingkat. bertahap, bertahap-ta­hap ada tahapnya; berperingkat(-pe­­ring­kat): Pembinaan projek itu ~. menahapkan membahagikan sesuatu kpd beberapa tahap. penahapan proses atau per­buatan menahapkan. setahap 1 satu tahap: Mereka berusaha menguasai tek­nologi ~ demi ~. Berbekalkan pasukan berpengalaman, Belanda tampak ~ lebih baik berbanding pasukan lain. 2 sama tahap dgn: Mereka memang terkenal dan berjaya, tetapi jualan album mereka tidaklah ~ yg dicapai penyanyi popular itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tahap (kata nama)
Bersinonim dengan peringkat, tingkat, fasa;,
Kata Terbitan : bertahap-tahap,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, dalam konteks penulisan rubrik mempunyai tahap 1,tahap 2, tahap 3 dan selanjutnya, adakah kata "tahap 1" tersebut dikira sebagai kata nama khas yg perlu menukis huruf besar pd awal hurufnya seperti "Tahap 1"? Sekian, terima kasih.Menurut data kami perkataan tahap merupakan kata umum dan ditulis dengan huruf kecil. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan tersebut bergantung kepada konteks dalam ayat. Sekiranya perkataan tersebut sebagai tajuk, pangkal perkataan mestilah ditulis dengan huruf besar.Lain-lain16.12.2019
Tuan, Salam sejahtera 1 Malaysia. Harap tuan yang arif dapat memberi jawapan yang betul untuk masalah kefahaman yang saya hadapi. Saya ingin mengesahkan samada susulan berikut adalah betul atau tidak dari segi tahap pembelajaran seseorang pelajar : Cntohnya: Bahasa Melayu -Tahap Asas Bahasa Melayu – Tahap Permulaan Bahasa Melayu - Tahap Pentengahan Bahasa Melayu – Tahap Lanjutan Saya yang benar Mogan Karuppiah (Dr) Talipon bimbit: 0122980421 Email: mogan@slc.edu.myDalam proses pembelajaran bahasa ada tiga tahap yang perlu dilalui, iaitu Asas/Permulaan, Pertengahan dan Lanjutan.Tatabahasa16.03.2013
pada tahap atau di tahap?Frasa yang betul ialah "pada tahap" kerana pada digunakan di hadapan kata nama/frasa nama yang merujuk keterangan waktu atau tempat, sedangkan di digunakan di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat.Tatabahasa05.09.2011
Salam sejahtera. Soalan Frasa: murid-murid tahap dua ATAU murid tahap dua Terima kasih.Frasa yang betul ialah "murud-murid tahap dua".Tatabahasa13.08.2015
1. Kemampuan di tahap sederhana (above average). Soalan: Ayat dalam kurungan mesti huruf besar ataupun huruf kecil? a) Kemampuan di tahap sederhana (above average). b) Kemampuan di tahap sederhana (Above average).Ejaan yang betul ialah "Kemampuan pada tahap sederhana (above average)".Ejaan04.10.2011
MANA SATU YANG BETUL. TAHAP PENCAPAIAN CALON KESELURUHAN ATAU TAHAP PENCAPAIAN KESELURUHAN CALON?TAHAP PENCAPAIAN KESELURUHAN CALONTatabahasa13.03.2013
Di tahap/ di peringkat atau pada tahap/ pada peringkat yang gramatis? Terima kasih.Ayat yang betul ialah pada tahap/pada peringkat yang gramatis.Lain-lain29.07.2010
Cikgu, frasa "di peringkat" atau "pada peringkat" lebih tepat berdasarkan tatabahasa? Pada pengetahuan saya, "peringkat" bermaksud tahap. Tetapi, adakah "tahap" ini melibatkan masa? Jika melibatkan masa, maka kata sendi nama "pada" boleh digunakan di hadapan perkataan "peringkat" kerana salah satu fungsi kata sendi nama "pada" ialah "pada" menerangkan waktu. Saya rasa bahawa frasa "di peringkat" tidak betul kerana kata sendi nama "di" hanya menunjukkan tempat, sedangkan perkataan "peringkat" tidak membawa maksud tempat. Berhubung dengan masalah ini, apakah pendapat cikgu?Fras yang betul ialah "pada peringkat". Penerangan yang tuan sampaikan itu betul.Tatabahasa04.08.2014
Ayat yang manakah betul? A) kegawatan ekonomi berada pada tahap yang membimbangkan B) kegawatan ekonomi berada di tahap yang membimbangkanAyat yang betul ialah Kegawatan ekonomi berada pada tahap yang membimbangkan.Makna07.03.2012
1.Tahap 3 memperkenal huruf-huruf dan bunyi suku kata melalui gabungan konsonan dan vokal. 2.Tahap 3 memperkenalkan huruf-huruf dan bunyi suku kata melalui gabungan konsonan dan vokal. Soalan saya; Yang mana satukah penggunaan yang betul? :memperkenal/memperkenalkanAyat yang betul ialah Tahap 3 memperkenalkan huruf-huruf dan bunyi suku kata melalui gabungan konsonan dan vokal.Lain-lain24.05.2010
12345678910...

Kembali ke atas