Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.hap] | تاهڤ

Definisi : peringkat, tingkat: pemikirannya sudah sampai ke ~ yg begitu tinggi; sekarang mereka bolehlah dilatih mengarang ke ~ yg lebih tinggi; minyak pelincir yg membawa prestasi enjin ke ~ yg tinggi; bertahap ada tahapnya, berperingkat, ber­tingkat; bertahap-tahap (dgn) beberapa tahap, tahap demi tahap, berperingkat-peringkat: projek itu akan dilaksanakan secara ~ dlm tempoh tiga tahun; menahapkan membahagikan sesuatu kpd beberapa tahap; penahapan perihal (proses, perbuatan, tinda­kan dsb) membahagikan sesuatu kpd beberapa tahap: penggolongan dan ~ sastera dlm tulisan beliau. tahapan (Sunda) tingkatan, pangkat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.hap] | تاهڤ

Definisi : , = tahapan had atau takat dlm sesuatu usaha (projek dll); peringkat; tingkat. bertahap, bertahap-ta­hap ada tahapnya; berperingkat(-pe­­ring­kat): Pembinaan projek itu ~. menahapkan membahagikan sesuatu kpd beberapa tahap. penahapan proses atau per­buatan menahapkan. setahap 1 satu tahap: Mereka berusaha menguasai tek­nologi ~ demi ~. Berbekalkan pasukan berpengalaman, Belanda tampak ~ lebih baik berbanding pasukan lain. 2 sama tahap dgn: Mereka memang terkenal dan berjaya, tetapi jualan album mereka tidaklah ~ yg dicapai penyanyi popular itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tahap (kata nama)
Bersinonim dengan peringkat, tingkat, fasa;,
Kata Terbitan : bertahap-tahap,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
career laddertingkat kerjayaPendidikanTiadaTahap-tahap peningkatan dalam profesion tertentu daripada tahap paling bawah ke tahap paling tinggi yang boleh dicapai.
periodizationpenzamanan; pengalaanSejarahTiadaPenzamanan: Pembahagian sejarah kepada tahap-tahap besar, seperti Zaman Batu Lewat atau Zaman Renaissanse.
periodizationpenzamanan; pengalaanKesenianTiadaPenzamanan: Pembahagian sejarah kepada tahap-tahap besar, seperti Zaman Batu Lewat atau Zaman Renaissanse.
policy evaluationpenilaian dasarPentadbiranPentadbiran Awam

Ditakrifkan sebagai suatu perkara yang amat penting demi menjamin kecemerlangan dan kejituan pelaksanaan sesuatu dasar awam. Ianya melibatkan empat tahap penilaian yang menjadi tunjang keefisienan sesuatu dasar yang dilaksanakan. Tahap-tahap tersebut ialah Penilaian Tahap Pengenalan Masalah (tahap mengenalpasti masalah dan factor penyebab kepada sesuatu isu), Penilaian Tahap Penerimaan Dasar (Fokus kepada analisis faedah, kos, kesan politik, ekonomi,kesan social dan moral sesuatu dasar terhadap kesejahteraan awam), Penilaian Tahap Pelaksanaan Dasar (Proses pemantauan maklumat tentang operasi dasar oleh golongan pelaksana dasar diteliti oleh eksekutif yang bertanggung jawab bagi memperbaiki keberkesanan dan keefisienan gaya pelaksanaan) dan Penilaian Tahap Pasca Pelaksanaan (Proses menilai faedah dan kesan keseluruhan selepas tamat tempoh pelaksanaa sesuatu dasar).

brightness rationisbah kecerdikanSosiologiTiadaUkuran untuk menentukan perbezaan tahap-tahap kecerdasan.
colour analysisanalisis warnaKomunikasiTiadaProses meneliti dan mengukur tahap-tahap warna, kepekatan dan kecerahannya yang terhasil melalui pantulan cahaya. cerakin warna.
levalois pointed toolsalatan runcing levaloisArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiAlat batu berbentuk runcing yang dihasilkan melalui tiga tahap. Tahap pertama, repihan dilakukan di sekeliling bantuan inti. Tahap kedua, repihan dilakukan secara mendatar pada bahagian kiri dan kanan batu sehingga terdapat lurah dan tajam pada bahagian tepi. Tahap ketiga, batu akan dipangkas pada bahagian atas dan mengeluarkan repihan kecil yang berbentuk runcing, kemudiannya, dipangkas sekali lagi di tempat yang sama sehingga menghasilkan repihan berbentuk runcing yang lebih besar dan berlekuk. Bahagian lekuk ini diikat dengan kayu dan dijadikan sebagai pemegang.
ornithine cyclekitar ornitinKimiaBiokimiaTeori yang menyatakan bahawa ornitin sitrulina dan arginina adalah tahap-tahap perantaraan dalam sintesis urea di dalam hati manusia. Dalam kitar ini, ornitin bersifat sebagai mangkin.
grey scaleskala kecerahanKomunikasiTiadaSkala untuk menguji tahap kecerahan imej televisyen. Skala ini mengandungi 7 hingga 10 darjah kecerahan berdasarkan kemampuan televisyen tersebut mengeluarkan semula tahap-tahap kecerahannya.
direct coupled amplifieramplifier gandingan terusFizikModenAmplifier arus terus yang perintangnya atau sambungan terusnya memberikan gandingan antara tahap-tahap, dan dengan itu perubahan kecil pada arus terus dapat dikuatkan.
12345678910...

Kembali ke atas