Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : benda yg kelihatan berkilau spt bintang dan melayang di angkasa utk beberapa ketika; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : benda bercahaya yg kelihatan di angkasa, yg bergerak dgn lajunya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tahi (kata nama)
Bersinonim dengan najis, berak, kumuhan, kumbahan, kotoran, buangan.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
METEOR

Meteor ialah jalur cahaya terang yang muncul

dalam masa singkat di langit. Pemerhati sering

menamakan meteor tahi bintang atau bintang gugur

kerana ia kelihatan seperti bintang yang gugur dari

langit. Kadangkala meteor yang paling terang

dinamakan bola api. Meteor muncul apabila zarah

atau serpihan logam atau batu yang dinamakan

meteoroid memasuki atmosfera bumi dari angkasa

lepas. Geseran udara memanaskan meteoroid

menjadikannya berkilau dan mewujudkan ekor yang

bersinar daripada gas dan zarah meteoroid lebur.

Gas ini termasuk bahan meteoroid yang terwap dan

gas atmosfera yang dipanaskan semasa meteoroid

melalui atmosfera. Kebanyakan meteor berkilau

selama kira-kira sesaat.

UMUM 

Kembali ke atas