Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) tanda hitam bulat pd kulit; b) bintik-bintik hitam pd pakaian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. bintik hitam pd kulit. b. bintik (-bintik) hitam pd pakaian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tahi (kata nama)
Bersinonim dengan najis, berak, kumuhan, kumbahan, kotoran, buangan.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAHI LALAT

Tahi lalat ialah ketumbuhan berwarna pada kulit.

Tahi lalat terdiri daripada sel yang mengandungi

melanin, iaitu pigmen gelap. Tahi lalat mungkin

wujud sejak lahir dan lazimnya dikenali sebagai

tanda lahir. Walau bagaimanapun, kebanyakan tahi

lalat mula muncul semasa kanak-kanak atau dewasa.

Tahi lalat mungkin terdapat di mana-mana bahagian

tubuh. Ia berbeza-beza dari segi saiznya dan

mungkin rata atau timbul. Warnanya berbeza-beza

daripada coklat muda kepada hitam. Kebanyakan

tahi lalat kecil dan tidak berubah. Sesetengah tahi

lalat mempunyai bulu hitam yang panjang.

UMUM 
TANDA LAHIR

Tanda lahir ialah kecacatan kulit yang ada semasa

lahir atau tidak berapa lama kemudian. Terdapat dua

jenis tanda lahir, iaitu tahi lalat dan haemangiomas .

Rencana ini membincangkan tentang haemangiomas.

Untuk maklumat lanjut tentang tahi lalat, lihat Tahi

lalat.

UMUM 
MARIAM RAHIMMARIAM RAHIM (1935 -     ), pelakon filem Singapura. Dia lahir pada 21 Ogos1935 di Jalan Dusun, Bali Setia Road, Singapura. Mariam Rahim atau nama sebenarnya Mariam Baharom juga dikenal dengan gelaran Mariam Tahi Lalat. Mariam mendapat pendidikan di sekolah dewasa sehingga Darjah Tiga. Ibunya berasal dari Mersing, Johor, manakala bapanya berasal dari Cheangmai, ThailandBUDAYATokoh

Kembali ke atas