Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tah.qiq]/[tah.qiq] | تحقيق

Definisi : Ar 1. pengesahan sesuatu kebenaran dgn bukti; 2. benar, sahih, sungguh: syahadan ~lah Raja Jaafar pergi ke Selangor; ahli ~ ahli sufi; mentahkikkan 1. membuktikan kebenar­annya, membenarkan, mengesahkan: keja­hat­an orang lain yg belum boleh ditahkik­kannya itulah dibilang-bilang dan dibesar-besarkannya; 2. menyunting sesuatu karya; pentahkikan proses mentahkikkan sesuatu maklumat: apabila komputer digunakan, pengesahan dan ~ data, dapat dibuat secara automatik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tahkik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam! apakah yang dimaksudkan dengan perkataan mumkin,tawassul,tahkikMumkin bermaksud keadaan antara wajib dan mustahil. Tahkik pula pula ialah pengesahan sesuatu kebenaran dgn bukti;  benar atau sahih. Tawassul pula ialah perihal berhubung dgn Allah SWT dgn mengamalkan ibadat khusus mahupun umum. Terima kasih.Makna09.10.2008
Ingin tahu maksud perkataan "takhrij" dan "tahqiq" Terima kasih. SUTakhrij ialah suatu konsep ilmu dalam pengajian hadis, tahkik bermaksud benar atau sahih. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku yang berkaitan dengan pengajian hadis dan sanadnya.Makna04.04.2014
Selamat sejahtera tuan DBP. Saya hendak bertanya: adakah rangkai kata nama "hal penggunaan bahasa Melayu" lewah kerana "penggunaan bahasa Melayu" sudah bermaksud "hal menggunakan bahasa Melayu"? Jika demikian, "hal penggunaan bahasa Melayu" bermaksud hal hal menggunakan bahasa Melayulah (penggunaan = hal menggunakan)! Ini perlebihan (keadaan berlebihan) maksud. Tetapi, untuk rangkai kata nama seperti "situasi kebahasaan", jika ditulis sekadar "kebahasaan" sahaja, maksud "situasi" itu tidak tererti kerana "kebahasaan" bermaksud hal bahasa yang umum yang dapat diperluas kepada apa-apa makna sahaja: situasi bahasa, ciri bahasa, sifat bahasa. Bertalian dengan soal ini, WordPad yang berisi soal saya telah saya lampirkan bersama surat ini. Lamun (kendatipun) soal ini tanyaan saya kepada Dr. Awang Sariyan, saya masih berharap kepada dalil (keterangan) tuan arif untuk mengukuhkan pegangan saya. Harap saya dapat mendapat jawab yang tahkik (sah) dan meyakinkan saya daripada tuan. Terima kasih.Kami menerima pandangan tuan, frasa yang gramatis ialah "penggunaan bahasa Melayu" kerana perkataan yang terbit daripada apitan peN-...-an boleh membawa maksud perihal atau proses.Tatabahasa29.11.2016

Kembali ke atas