Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tahun baharu


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
prague schoolprague schoolKesusasteraanTiadaOrganisasi intelektual yang ditubuhkan pada tahun 1929 di Prague, Republik Czechoslovakia. Penubuhan organisasi ini bertujuan untuk membentuk paradigma baharu bagi membantu penyelidikan berkaitan subjek kemanusiaan dan sains sosial. Seterusnya, organisasi ini berkembang sebagai suatu gerakan yang penting dalam bidang kesusasteraan, linguistik, teater, folklor, dan estetika pada awal kurun ke-20. Prague School dipengaruhi pelbagai unsur daripada Formalisme Rusia dan idea linguistik Ferdinand de Saussaure. Idea beliau menjadi titik tolak pembentukan teori baharu pada tahun 1929 yang dinamakan strukturalisme. Tokoh yang terkenal dalam gerakan ini ialah Roman Jakobson, Boris Eikenbaum, Trubetskoy, Viktor Shlovsky dan Mukarovsky. Selepas perang Dunia Kedua, kebanyakan ahli Prague School berhijrah ke negara lain sambil meneruskan penyelidikannya. Penyelidikan dimulakan di Prague dengan nama organisasi baharu seperti Linguistic Circle of New York dan organisasi yang serupa di Rusia dan Perancis. Organisasi ini juga dikenali sebagai Prague Linguistic Circle.
neorationalismneorasionalismeKesenianSeni BinaGerakan rasionalis baharu dalam bidang seni bina yang muncul pada tahun 1960-an, dengan bersumberkan inspirasi dari era pencerahan dan era rasionalis pada awal abad ke-20. Gerakan ini dikenali sebagai Tendenza dan berpusat di Itali. Para pengamal gerakan ini termasuk Carlo Aymonino (1926-2010), Aldo Rossi (1931-1997) dan Giorgio Grassi. Arkitek Aldo Rossi misalnya telah menghasilkan reka bentuk bangunan Monte Amiata Complex di Milan, Itali pada penghujung tahun 1960-an.
optionally renewableboleh baharu beropsyeninsuransTiadaKontrak insurans kesihatan yang memberi insurer sepenuh hak untuk membatalkan perlindungan pada ulang tahun atau dalam beberapa hal, pada tarikh premium patut dibayar. Insurer tidak berhak berbuat demikian pada masa di antara tarikh tersebut.
optionally renewableboleh baharu beropsyenPentadbiran PerniagaanTiadaKontrak insurans kesihatan yang memberi insurer sepenuh hak untuk membatalkan perlindungan pada ulang tahun atau dalam beberapa hal, pada tarikh premium patut dibayar. Insurer tidak berhak berbuat demikian pada masa di antara tarikh tersebut.
DeconstructivismDekonstruktivismeKesenianSeni BinaAliran baharu dalam bidang seni bina yang bermula pada akhir tahun 1980-an, yang mempunyai ciri-ciri penampilan elemen-elemen seni yang bersimpang-siur, penggunaan garis-garis yang tidak berperaturan, reka bentuk yang tidak berstruktur, dan penggunaan corak-corak geometri yang berbentuk aneh.
green revolutionrevolusi hijauTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauEra berlakunya peningkatan hasil pertanian secara drastik disebabkan oleh penemuan baharu dalam penghasilan baja, herbisid dan pestisid secara sintetik. Era ini bermula pada tahun 1950-an hingga akhir tahun 1960-an.
yearly renewable term insuranceinsurans sementara boleh baharu tahunaninsuransTiadaInsurans hayat sementara yang insurer bersetuju dari awal untuk membaharuinya atas opsyen insured dalam masa beberapa tahun.
yearly renewable term insuranceinsurans sementara boleh baharu tahunanPentadbiran PerniagaanTiadaInsurans hayat sementara yang insurer bersetuju dari awal untuk membaharuinya atas opsyen pihak yang diinsuranskan dalam masa beberapa tahun.
futurismfuturismeKesusasteraanTiadaPergerakan seni yang muncul di Itali pada tahun 1909 untuk menggantikan nilai estetik tradisional dengan ciri yang menekankan penggunaan teknologi moden. Pergerakan yang singkat dalam kesenian dan kesusasteraan Eropah ini menolak dengan tegas tradisi konvensi seni sebelumnya, dan peraturan nahunya demi memaparkan dinamisme pad abad ke-20 yang dikenali juga sebagai �abad mesin�. Futurisme bertujuan melahirkan bentuk, subjek, dan gaya yang baharu dalam karya sastera terutamanya puisi. Teknik puisi yang baharu ini melibatkan eksperimen percetakan, dan komposisi sajak yang direka dengan bunyi-bunyian tanpa makna. Lihat juga garda depan.
documentary dramadrama dokumentariKesusasteraanTiadaDrama yang bersifat propaganda dan didaktik. Isi atau bahan kandungannya ialah peristiwa sejarah yang baharu berlaku atau bukti dokumentari yang diperoleh daripada surat khabar, laporan, arkib, sejarah rasmi, diari dan jurnal. Drama dokumentari bermula di Jerman pada tahun 1960-an. Kemudian, kaedah dan gaya persembahan drama ini ditiru oleh dramatis Amerika dan dramatis negara lain. Namun bentuk drama ini mula merosot pada awal dekad 1970-an. Antara contoh drama dokumentari ialah The Deputy (1963) oleh Rolf Hochhuth. Contoh tempatan ialah drama bertajuk 1984 oleh Kee Thuan Chye.
123

Kembali ke atas