Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.i.fah] | طائفة

Definisi : (ta.i.fah) Ar golongan, kaum, suku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata taifah


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PROTESTANISME

Protestanisme ialah nama umum bagi beratus-

beratus mazhab dan taifah Kristian yang mempunyai

sedikit atau banyak perbezaan di antara satu sama

lain. Kira-kira 380 juta manusia – kira-kira tujuh

peratus penduduk dunia – tergolong dalam

pelbagai kumpulan Protestan ini. Di kalangan

badan-badan agama Kristian, hanya Gereja Roman

Katolik mempunyai ahli yang lebih ramai.

UMUM 
NANAK

Nanak (1469–1539) ialah guru pertama dalam

taifah agama di India yang dikenal sebagai Sikh.

Dia lahir di kampung Talwandi, yang kemudiannya

diberi nama Nankana, di barat Lahore (kini

Pakistan ). Kisah hidupnya telah dikumpul oleh

penganut Sikh dalam buku-buku yang dikenali

sebagai janamsakhi.

UMUM 
ALBIGENS

Albigens ialah sekumpulan orang yang dinamakan

sempena nama Albi, sebuah bandar di selatan

Perancis. Mereka ialah sebahagian daripada taifah

yang dinamakan Cathari , yang berkembang pesat di

beberapa bahagian di Perancis, Jerman, dan Itali

pada tahun 1100-an dan 1200-an. Kumpulan

Albigens percaya bahawa prinsip kebaikan dan

kejahatan terus bertentangan dengan satu sama lain

di dunia.

UMUM 

Kembali ke atas