Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.ja] | تاجا

Definisi : menaja 1. mulai membuat sesuatu anyaman (tenunan): lain ditaja, lain dianyam; 2. berbuat sesuatu dr mula, mempelopori sesuatu (gerakan, rancangan, dll): syarikat per­usahaan yg baru ditaja; utk ~ sebuah kampung baru yg seindah pusaka nenek moyang yg ada ini adalah satu perkara yg tidak mudah; ia telah ~ suatu cabang ilmu kaji bumi yg tersendiri yg dinamakan pa­leon­tologi; 3. merancang, mengatur: aku telah ~ hidupku; 4. membiayai rancangan radio atau televisyen sbg ganjaran masa tayangan iklan (bkn syarikat dsb): siaran langsung itu ditaja oleh syarikat Rothmans; tajaan sesuatu yg ditaja, apa yg ditaja; penajaan perihal (usaha, tindakan) menaja: beliau telah berhubungan rapat dgn ASAS ’50 sejak ~nya; penaja 1. orang yg menaja, orang yg mem­pelopori sesuatu: beliau ialah salah seorang drpd ~ parti tersebut; 2. syarikat dsb yg menaja sesuatu rancangan radio atau televisyen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ja] | تاجا

Definisi : ; menaja 1 memulakan sesuatu anyaman atau tenunan. 2 berbuat sesuatu dr mula; memulakan sesuatu pergerakan dll; mempelopori: Syarikat tsb telah ditaja oleh beberapa orang intelek Melayu. 3 membiayai sesuatu rancangan, majlis, aktiviti dsb: Syarikat gergasi itu akan ~ majlis tsb sempena perayaan itu. tajaan sesuatu yg ditaja. penajaan perbuatan atau hal menaja. penaja orang yg menaja (mempelo­pori atau membiayai) sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
taja
Kata Terbitan : menaja, tajaan, penajaan, penaja,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud 'diunderait'?Dalam pangkalan data istilah DBP, "underait" ialah padanan bahasa Melayu untuk perkataan bahasa Inggeris "underwrite". Padanan bahasa Melayu untuk "underwrite" ialah taja jamin. Dalam bidang Pentadbiran Perniagaan, maksud taja jamin ialah sistem yang menunjukkan bank pelaburan menerima terbitan baru yang diterbitkan oleh sesebuah syarikat untuk dijual kepada pelabur awam dengan menanggung risiko untuk menyerap mana-mana isu yang tidak dilanggani.Istilah26.11.2015
Salam sejahtera. Saya memerlukan khidmat tuan/puan dalam memberikan pencerahan tentang perbezaan dari segi konteks pengguna dan prosedur yang berkaitan : i. memohon sumbangan vs memohon taja ii. memohon sumbangan vs memohon derma iii. bagi perkara (i) & (ii), yang manakah memerlukan prosedur kelulusan daripada pihak berkuasa? Sekian, terima kasih.Salam sejahtera,

i. Taja bermaksud membiayai rancangan radio atau televisyen sebagai ganjaran masa tayangan iklan.
Sumbangan bermaksud sesuatu yang diberikan sebagai bantuan.
Derma bermaksud bantuan yang berupa wang atau  pemberian yg ikhlas, sedekah.

ii. Soalan tuan sudah keluar daripada bidang kepakaran kami iaitu perkhidmatan bahasa dan sastera. Mohon tuan dapat mengajukan soalan tersebut kepada pihak yang lebih arif.

Sekian, terima kasih.
Istilah28.10.2017
Design papan tanda tersebut adalah daripada syarikat yang di taja oleh syarikat Echo.Papan tanda tersebut adalah sama di seluruh Malaysia. Adakah pihak tuan dapat mengekalkan design papan tanda tersebut?Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain26.10.2015
Design papan tanda tersebut adalah daripada syarikat yang di taja oleh syarikat Husqvarna.Papan tanda tersebut adalah sama di seluruh Malaysia. Di harap pihak tuan dapat mengekalkan design tersebut.Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain23.10.2015
Kami meminta DBP meluluskan banner Iklan yang dilampirkan untuk di taja di jalan raya di daerah Petaling Jaya. Sekian Terima Kasih.Sila terjemahkan teks bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "KHidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain16.10.2014
Kami meminta DBP meluluskan Bunting Iklan yang di lampirkan untuk di taja di jalan raya di daerah Petaling Jaya. Sekian Terima Kasih.Sila terjemahkan teks bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "KHidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain16.10.2014

Kembali ke atas