Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.ja] | تاجا

Definisi : menaja 1. mulai membuat sesuatu anyaman (tenunan): lain ditaja, lain dianyam; 2. berbuat sesuatu dr mula, mempelopori sesuatu (gerakan, rancangan, dll): syarikat per­usahaan yg baru ditaja; utk ~ sebuah kampung baru yg seindah pusaka nenek moyang yg ada ini adalah satu perkara yg tidak mudah; ia telah ~ suatu cabang ilmu kaji bumi yg tersendiri yg dinamakan pa­leon­tologi; 3. merancang, mengatur: aku telah ~ hidupku; 4. membiayai rancangan radio atau televisyen sbg ganjaran masa tayangan iklan (bkn syarikat dsb): siaran langsung itu ditaja oleh syarikat Rothmans; tajaan sesuatu yg ditaja, apa yg ditaja; penajaan perihal (usaha, tindakan) menaja: beliau telah berhubungan rapat dgn ASAS ’50 sejak ~nya; penaja 1. orang yg menaja, orang yg mem­pelopori sesuatu: beliau ialah salah seorang drpd ~ parti tersebut; 2. syarikat dsb yg menaja sesuatu rancangan radio atau televisyen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ja] | تاجا

Definisi : ; menaja 1 memulakan sesuatu anyaman atau tenunan. 2 berbuat sesuatu dr mula; memulakan sesuatu pergerakan dll; mempelopori: Syarikat tsb telah ditaja oleh beberapa orang intelek Melayu. 3 membiayai sesuatu rancangan, majlis, aktiviti dsb: Syarikat gergasi itu akan ~ majlis tsb sempena perayaan itu. tajaan sesuatu yg ditaja. penajaan perbuatan atau hal menaja. penaja orang yg menaja (mempelo­pori atau membiayai) sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
taja
Kata Terbitan : menaja, tajaan, penajaan, penaja,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Terengganu taja 120,000 Utusan Melayu mingguanWan Ramli Wan MuhammadUtusan Melayu12.01.2009
YPM taja Azam Dungun buat Ph.DTiadaKosmo27.02.2007
Selangor taja Kilung MusungZubir Mohd. YunusBerita Harian (Persada Seni)05.08.2000
ExxonMobil taja deklamasi puisiAkhbar:  Utusan Malaysia03.07.2002
Ypeim taja Forum RemajaMohd Fuad RazaliBerita Harian01.05.1993
Perangsang taja hadiah novelJamudin IdrisBerita Harian27.09.1993
Bank taja penerbitan monograf seni fabrik tempatanJamudin IdrisBerita Harian11.03.1996
DBPCS taja kuiz SPBKTiadaPeople's Mirror21.03.1980
HSBC taja kelas bahasa Melayu di UKBaharom MahusinUtusan Malaysia21.09.1996
DBP taja skim galakan penulisan anugerah karya ilmuSuriana SulongWatan Minggu23.11.1997
1234

Kembali ke atas