Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.ja] | تاجا

Definisi : menaja 1. mulai membuat sesuatu anyaman (tenunan): lain ditaja, lain dianyam; 2. berbuat sesuatu dr mula, mempelopori sesuatu (gerakan, rancangan, dll): syarikat per­usahaan yg baru ditaja; utk ~ sebuah kampung baru yg seindah pusaka nenek moyang yg ada ini adalah satu perkara yg tidak mudah; ia telah ~ suatu cabang ilmu kaji bumi yg tersendiri yg dinamakan pa­leon­tologi; 3. merancang, mengatur: aku telah ~ hidupku; 4. membiayai rancangan radio atau televisyen sbg ganjaran masa tayangan iklan (bkn syarikat dsb): siaran langsung itu ditaja oleh syarikat Rothmans; tajaan sesuatu yg ditaja, apa yg ditaja; penajaan perihal (usaha, tindakan) menaja: beliau telah berhubungan rapat dgn ASAS ’50 sejak ~nya; penaja 1. orang yg menaja, orang yg mem­pelopori sesuatu: beliau ialah salah seorang drpd ~ parti tersebut; 2. syarikat dsb yg menaja sesuatu rancangan radio atau televisyen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ja] | تاجا

Definisi : ; menaja 1 memulakan sesuatu anyaman atau tenunan. 2 berbuat sesuatu dr mula; memulakan sesuatu pergerakan dll; mempelopori: Syarikat tsb telah ditaja oleh beberapa orang intelek Melayu. 3 membiayai sesuatu rancangan, majlis, aktiviti dsb: Syarikat gergasi itu akan ~ majlis tsb sempena perayaan itu. tajaan sesuatu yg ditaja. penajaan perbuatan atau hal menaja. penaja orang yg menaja (mempelo­pori atau membiayai) sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
taja
Kata Terbitan : menaja, tajaan, penajaan, penaja,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tajatajaKesenianTiadaProses memulakan kerja menganyam mengkuang, pandan, buluh atau rotan.
underwritetaja jaminPentadbiran PerniagaanTiadaSistem yang menunjukkan bank pelaburan menerima terbitan baru yang diterbitkan oleh sesebuah syarikat untuk dijual kepada pelabur awam dengan menanggung risiko untuk menyerap mana-mana isu yang tidak dilanggani.
underwritetaja jaminEkonomiTiadaTiada
videomontagegambar tajaKejuruteraanTiadaTiada
cast-ontajaKesenianTiadaProses membina mata kait untuk memulakan kaitan.
cast-ontajaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
underwriters salvage corporationperbadanan salvaj taja jaminPentadbiran PerniagaanTiadaOrganisasi yang ditubuhkan oleh syarikat insurans harta bertujuan untuk mencegah kerosakan harta yang diinsuranskan ketika dan selepas sesuatu kebakaran.
anyam balikanyam balikKesenianTiadaTeknik menganyam semula bahagian taja anyaman yang dimatikan sementara.

Kembali ke atas