Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.ja.an] | تاجاءن

Definisi : sesuatu yg ditaja, apa yg ditaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ja.an] | تاجاءن

Definisi : sesuatu yg ditaja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
taja
Kata Terbitan : menaja, tajaan, penajaan, penaja,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
QAFQAF, kumpulan puisi Moechtar Awang. Qaf diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1985.  Qaf memenangi hadiah penghargaan Anugerah Puisi Putera II pada tahun 1983, anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) tajaan Bank Bumiputra Malaysia Berhad.SASTERAKarya
PASRAH

PASRAH, kumpulan puisi Moechtar Awang.  Pasralz diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1981.  Kumpulan puisi ini memenangi hadiah penghargaan anugerah Puisi Putra 1 pada tahun 1980 anjuran Gabungan Persatuan PenuIis Nasional Malaysia (GAPENA) tajaan Bank Bumiputra Malaysia Berhad.

SASTERAPenerbitan
ABDUL KADIR SHAMSUDDIN, TAN SRI

Abdul Kadir Shamsuddin, Tan Sri (1920-1978), Ketua Setiausaha Negara (1970-1976). Beliau dilahirkan pada 3 November 1920 di Kajang, Selangor. Beliau bertugas sebagai penolong pegawai pos sebaik tamat belajar pada tahun 1939. Abdul Kadir memperoleh biasiswa dan melanjutkan pengajian dalam bidang ekonomi di Raffles College, Singapura.  Selepas itu, beliau mengikuti kursus undang-undang di Bristol University, England atas tajaan Queen’s Scholarship. Pada tahun 1954, beliau menyambung pengajian di Yale University, Amerika Syarikat setelah mendapat Fullbright Exchange Fellowship.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas