Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tak pernah

Puisi
 

Naik rumah tidak bertangga,
     Kucing memanjat di batang tiang;
Saya tak pernah tidur berdua,
     Peluk bantal sampailah ke siang.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bagai dakwat dengan kertas.

Bermaksud :

Tak pernah bercerai; sangat cocok.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pantun

PantunSumberTema
Tak pernah memakan rendang, Setalam mana nan dijimati; Tak pernah orang kaya bertandang, Dendam mana nan dituruti.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kapal kecil kapal besar, Kapal tak pernah naik haji; Dari kecil hingga besar, Saya tak pernah mungkir janji.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Naik rumah tidak bertangga, Kucing memanjat di batang tiang; Saya tak pernah tidur berdua, Peluk bantal sampailah ke siang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang Cina dari Seberang, Bawa jual ikan tenggiri; Mengata orang jangan sebarang, Tak pernah cermin diri sendiri.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Alangkah lazat jeruk mentimun, Diberi kuah bertambah perisa; Abanglah penat duduk melamun, Adik tak pernah mahu berjumpa.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kain Jawa sehasta panjang, Dibawa budak turun mandi; Banyak muda sudah dipandang, Tapi tak pernah melekat di hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyaklah kuda di tengah padang, Dipelihara orang untuk berpacu; Letaklah sudah hamba bertandang, Adik tak pernah duduk menunggu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Luka tangan terkena pisau, Darahnya banyak tidak terkira; Bila terkenang hati risau, Tidur malam tak pernah jendera.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jolok nangka di kampung hilir, Berselang kain ke pasar lama; Jangan disangka pada yang lahir, Namun batin tak pernah sama.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Batang kemiri sudah berlubang, Tak lama lagi tentulah rebah; Orang ku nanti tak pernah datang, Entahkah kini berpaling tadah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas