Tak pernah masuk gelanggang bergung. | Tercengang-cengang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai dakwat dengan kertas. | Tak pernah bercerai; sangat cocok. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai puyuh laga. | Percakapan yang tak pernah habis. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai ayam dibawa ke lampok. | Orang yang tak pernah masuk majlis. lampok = onggok padi sesudah disabit; limpap. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Siang menjadi angan-angan, malam menjadi buah mimpi. | Tak pernah dilupakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Takut mengikut jalan tak beretas. | Takut melakukan pekerjaan yang belum pernah diperbuat orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Macam anak dara tak datang tunangnya. | Selalu membengkalaikan pekerjaan; membuat kerja tidak pernah siap; terlalu lambat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sedangkan pucuk lagi tak merah, konon pula selaranya. | Waktu lagi kaya tidak pernah berderma, apalagi waktu miskin. selara = bulu halus-halus seperti miang pada tumbuh-tumbuhan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |