Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.ka.ful] | تکافل

Definisi : Ar insurans yg didasarkan pd atau yg mengikut asas-asas dan hukum-hukum agama Islam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata takaful


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
takaful mediatorperantara takafulEkonomiEkonomi IslamIndividu atau syarikat yang bertindak sebagai perantara kepada bakal peserta takaful dengan syarikat pengendali takaful. Perantara takaful terdiri daripada broker takaful yang bertindak bagi pihak peserta dan ejen takaful yang bertindak bagi pihak syarikat pengendali. Perantara takaful bertanggungjawab menjelaskan kepada bakal peserta tentang sebarang hubungannya dengan syarikat pengendali takaful bagi memastikan kepentingan peserta itu terjamin.
takaful operatorpengendali takafulEkonomiEkonomi IslamEntiti yang diberi kebenaran oleh bank pusat sesebuah negara untuk menjalankan perniagaan takaful. Pengendali takaful mengendalikan dua perkhidmatan utama, iaitu Pelan Takaful Keluarga dan Skim Takaful Am. Perkhidmatan tersebut ditawarkan berdasarkan akad mudarabah dan tabaruk. Pengendali takaful akan menguruskan semua caruman peserta melalui Kumpulan Wang Takaful. Di Malaysia, pengendali takaful boleh terdiri daripada syarikat atau koperasi yang didaftarkan melalui Akta Takaful 1984.
takaful participentpeserta takafulEkonomiEkonomi IslamIndividu atau institusi yang menyertai mana-mana skim takaful yang ditawarkan oleh syarikat pengendali takaful. Peserta takaful perlu membuat caruman untuk mendapat manfaat skim takaful berkenaan. Syarikat pengendali takaful akan menetapkan syarat kelayakan kepada peserta untuk menyertai skim tertentu. Antara syarat kelayakan untuk menjadi peserta takaful ialah lingkungan umur dan tahap kesihatan.
treaty retakafultakaful semula tritiEkonomiEkonomi IslamProduk takaful semula yang menghendaki pengendali takaful membuat takaful semula terhadap semua risiko yang memenuhi syarat dan peruntukan dalam triti takaful semula. HaI ini bermakna, semua risiko tersebut mesti ditakafulkan semula secara automatik oleh pengendali takaful dan syarikat takaful semula pula mesti menerima risiko tersebut secara automatik. Tujuan triti ini adalah untuk memudahkan urusan dan menjamin berlakunya takaful semula demi kepentingan semua pihak. Terdapat beberapa kategori takaful semula triti seperti takaful semula lebihan, takaful semula kongsi kuota, takaful semula lebihan kerugian dan takaful semula kerugian tersukat yang bergantung pada triti yang ditetapkan.
waqf takafultakaful wakafEkonomiEkonomi IslamPelan takaful yang menghendaki supaya peserta mewakafkan semua perolehan manfaat takaful apabila peserta itu meninggal dunia atau pelan takaful berkenaan telah matang. Wakif boleh menentukan mana-mana penerima wakaf sebagaimana yang disenaraikan oleh syarikat pengendali takaful. Kelebihan pelan takaful wakaf ialah wakif dapat memberi sumbangan wakaf dengan nilai lebih besar berbanding nilai caruman takaful yang telah dibayarnya. Contohnya, Pelan Takaful Wakaf yang dikeluarkan oleh Syarikat Takaful Malaysia Berhad.
burglary takaful/theft takafultakaful kecurianEkonomiEkonomi IslamSkim yang memberi perlindungan takaful kepada peserta sekiranya harta benda peserta hilang atau rosak akibat kecurian atau pecah rumah. Skim ini diterima pakai untuk rumah kediaman dan juga premis komersial. Pampasan diberi bukan sahaja terhadap kehilangan tetapi kerosakan harta benda akibat tindakan ganas pencuri terhadap premis yang dilindungi. Premis yang dilindungi tidak termasuk halaman, taman, beranda dan bangunan luar atau apa-apa peralatan berkaitan.
takaful provident fundkumpulan wang takafulEkonomiEkonomi IslamJumlah wang yang dikumpulkan daripada caruman takaful. Kumpulan wang takaful ini terdiri daripada dua jenis, iaitu kumpulan wang takaful keluarga dan kumpulan wang takaful am. Kumpulan wang takaful keluarga diperoleh sebahagian besarnya daripada akaun peserta dan bakinya daripada akaun khas peserta. Semua kumpulan wang takaful am pula diperoleh daripada caruman untuk skim takaful am. Kumpulan wang takaful ini digunakan untuk tujuan tabaruk dan pelaburan.
surplus retakafultakaful semula lebihanEkonomiEkonomi IslamPerlindungan takaful yang diserahkan oleh syarikat pengendali takaful kepada syarikat takaful semula melalui akad triti takaful lebihan. Dalam kes ini, risiko takaful yang melebihi had bendungan pengendali takaful akan diambil alih oleh syarikat takaful semula. Walau bagaimanapun, syarikat takaful semula juga mempunyai had bendungannya sendiri.
investment-linked takafultakaful berkaitan pelaburanEkonomiEkonomi IslamPelan takaful keluarga yang menggabungkan pelaburan dan perlindungan takaful. Sebahagian daripada caruman peserta dalam pelan takaful ini akan dimasukkan ke dalam akaun khas bagi tujuan tabarru’ untuk mendapatkan perlindungan. Baki caruman akan digunakan untuk pelaburan secara langsung dalam instrumen kewangan. Peserta sebagai pelabur diberi hak bagi memilih jenis pelaburan untuk diuruskan oleh syarikat pengendali takaful. Contoh pelaburan ini ialah saham, bon atau instrumen kewangan lain. Keuntungan yang diperoleh dan risiko yang dihadapi akan diserahkan sepenuhnya oleh peserta. Dalam mengendalikan pelan ini, syarikat pengendali takaful juga bertindak sebagai pengurus dana dan mengenakan fi atau caj bagi perkhidmatan yang diberikan.
general takaful schemeskim takaful amEkonomiEkonomi IslamSkim yang melindungi harta atau barang tertentu. Dalam skim ini, peserta dikehendaki menyumbang wang ke dalam kumpulan wang takaful am. Wang ini akan digunakan oleh syarikat pengendali takaful untuk membayar ganti rugi atau pampasan kepada peserta yang mengalami bencana tertentu. Perniagaan skim takaful am terbahagi kepada lima jenis, iaitu takaful kenderaan bermotor, takaful kebakaran, takaful marin, takaful kejuruteraan, dan takaful kemalangan.
1234567

Kembali ke atas