Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.kal] | تاکل

Definisi : alat berupa roda-roda kecil yg diberi bertali atau berantai (utk mengangkat barang berat), kapi, kerek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.kal] | تاکل

Definisi : alat yg terdiri drpd roda-roda kecil yg diberi berantai atau bertali dan digunakan utk mengangkat barang-barang berat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
takal
Bersinonim dengan kapi, kerek, mesin derek, katrol, lorah.,

Puisi
 

Kalau keledek dari kelebang,
     Rumah mau tertakal-takal;
Kalau adik sayang abang,
     Abang belikan emas sejengkal.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
crankshaft pulleytakal aci engkolKejuruteraan AutomotifEnjinTakal atau roda bergigi yang dipasang di hadapan aci engkol. Takal ini menghubungkan aci engkol dengan tali sawat kipas yang digunakan untuk memacu peranti lain seperti kipas enjin, pam air dan pengulang-alik.
drive belttali sawat pacuanKejuruteraan AutomotifEnjinTali sawat yang fleksibel dan digunakan untuk menyambung- kan sebuah takal pada aci engkol sebagai pemacu kepada takal pam bahan pendingin dan takal aksesori. Terdapat dua jenis tali sawat asas, iaitu jenis polialur dan jenis V.
bobstay purchasetakal tambat anggukPelayaranTiadaTakal yang dipasang pada hujung jonggor untuk diikat tambat angguk.
hay pulleytakal talian dawaiKejuruteraanTiadaTakal yang biasanya dipasang pada tepi telaga untuk laluan talian dawai daripada kotak asakan sebelum digulung pada dram.
gin tackletakal ginKejuruteraanKejuruteraan MekanikTakal atau kapi yang dilengkapi rantai dan dipasang pada puncak alat pengangkat berkaki tiga. Alat ini digunakan untuk mengangkat atau memindahkan benda berat seperti enjin dan kotak gear.
boom jigger tackletakal joran bubutPelayaranTiadaTakal untuk memasang tali temali joran layar dastur atau layar pinggir tiang atas.
timing belt pulleytakal tali sawat pemasaanKejuruteraan AutomotifTiadaSistem takal khusus yang mempunyai roda kecil dengan bahagian rim pengalur berbentuk V dan dipacu melalui tali sawat.
pulleytakalMatematikTiadaTiada
pulleytakalPerubatanTiadaTiada
hoisttakal terisula; curam; rantai penarikPerhutananTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas