Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.kat] | تاکت

Definisi : takat I 1. hingga, sampai: dalamnya sungai itu ~ pinggang sahaja; 2. had atau peringkat (pd sesuatu ukuran); ~ beku = ~ sejuk beku had suhu ketika air dll membeku; ~ didih had suhu ketika air dll mendidih; ~ embun suhu ketika udara lembap menjadi tepu dan membentuk embun apabila bersentuhan dgn sesuatu permukaan; ~ lebur suhu ketika suatu pepejal mulai lebur; setakat sampai had, sehingga: ~ ini, perbual­an mereka terhenti; ~ manakah hasil yg didapati drpd pengajaran yg telah diberi­kan? bertakat-takat bersenggat-senggat, berpe­ring­kat-peringkat: campuran ini dialirkan melalui satu saluran yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.kat] | تاکت

Definisi : Jw tidak lekas atau mudah mati, tahan menderita sakit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.kat] | تاکت

Definisi : Br terumbu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.kat] | تاکت

Definisi : 1 hingga ke; sampai ke: Dalamnya air sungai itu ~ pinggang saja. 2 had atau peringkat pd sesuatu ukuran: ~ didih (beku dll) suhu ketika air dll mendidih (menjadi beku dll). ~ embun suhu ketika udara lembap menjadi tepu dan membentuk embun apabila bersentuhan dgn sesuatu permukaan. ~ lebur suhu ketika sesuatu pepejal mula lebur. setakat sampai ke had; sehingga: ~ itu saja yg dpt saya ceritakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
takat (kata nama)
Bersinonim dengan had, batas, paras, perenggan, darjah, peringkat, tingkat, tingkatan.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAKAT BEKU

Takat beku ialah suhu apabila sesuatu bahan

berubah dari cecair menjadi pepejal. Takat beku

bahan yang berlainan sangat berbeza-beza. Raksa,

misalnya, membeku pada –38.87 ° C. Walau

bagaimanapun, emas mempunyai takat beku 1063 ° C.

Takat beku bahan tulen serupa dengan takat

lebur nya (lihat Takat lebur ). Misalnya, air membeku

pada 0 ° C, dan bentuk pepejalnya, ais, cair pada suhu

yang sama. Apabila sesuatu bahan tulen berada

pada takat bekunya, bentuk cecair dan pepejal

bahan tersebut berada dalam keseimbangan

dengan satu sama lain. Melainkan haba ditambah

atau disingkirkan, ia akan kekal dalam keadaan itu

secara tidak menentu kerana bagi setiap amaun

cecair yang membeku, amaun pepejal yang sama

cair. Haba yang mesti ditambah untuk mencairkan

suatu unit kuantiti sesuatu bahan, atau disingkirkan

untuk membekukannya, dikenali sebagai haba

pelakuran.

UMUM 
TAKAT EMBUN

Takat embun ialah suhu apabila lembapan dalam

udara mula terpeluwap. Takat embun sama ada

lebih rendah daripada suhu udara atau sama

dengan suhu udara apabila kelembapan relatif

adalah 100 peratus. Embun terbentuk apabila

lapisan udara yang nipis, yang bersentuhan dengan

permukaan, disejukkan di bawah takat embun.

Penyejukan udara ini menghasilkan embun di

permukaan atau kabut di udara, apabila takat embun

di atas takat beku. Jika suhu udara dan takat embun

di bawah takat beku, fros terbentuk di permukaan,

atau hablur ais terbentuk di udara. Kabut dan awan

terbentuk apabila banyak udara disejukkan di

bawah takat embun.

Lihat juga Embun; Fros; Kabut; Kelembapan.

UMUM 
TAKAT LEBUR

Takat lebur ialah suhu apabila sesuatu bahan

berubah daripada pepejal menjadi cecair. Takat

lebur bahan yang berlainan agak berbeza-beza.

Contohnya, tungsten mempunyai takat lebur yang

sangat tinggi, 3410 ° C, tetapi hidrogen pepejal lebur

pada suhu rendah, –259 ° C.

UMUM 
STIM

Stim ialah air yang telah bertukar menjadi gas.

Pada tekanan atmosfera normal, ia berlaku pada

100ºC, iaitu takat didih air. Stim adalah tidak

berwarna dan lut sinar. Wap putih yang sering

kelihatan pada muncung cerek, pada geiser, dan

pada gas putih yang keluar daripada serombong

kilang adalah sebenarnya bukan stim, Tetapi ia

terdiri daripada titisan halus cecair air. Ia terbentuk

semasa stim yang tidak dapat dilihat menyejuk. Stim

pada suhu yang lebih tinggi lagi daripada takat didih

dikenali sebagai stim panas lampau.

UMUM 
ANTIBEKU

Antibeku ialah bahan yang dicampurkan sesuatu

cecair untuk menurunkan takat bekunya. Antibeku

digunakan dalam sebatian untuk membuang ais

atau mencegah ais daripada terbentuk, dan dalam

bahan penyejuk dan bendalir pindah haba. Rencana

ini membincangkan antibeku kereta yang dicampur

dalam sistem penyejuk kereta.

UMUM 
SUHU PELEBURAN POLIMERSuhu berlakunya perubahan keadaan polimer daripada pepejal ke cecair. Pada takat suhu peleburan, polimer mengalami perubahan sifat fizikal secara mendadak. Bahan polimer tidak mempunyai suhu peleburan yang tajam seperti bahan bermolekul kecil yang ringkas, contohnya air yang melebur tepat pada suhu 0ºC.KEJURUTERAANDisiplin Ilmu
ANGKAT BUATANKaedah yang digunakan untuk mengangkat minyak ke permukaan melalui telaga selepas tekanan reservoir berkurangan sehingga mencapai takat yang menyebabkan telaga tidak boleh lagi berpengeluaran secara aliran semulajadi atau tidak ekonomik.KEJURUTERAANKonsep
MOLIBDENUM

Molibdenum ialah unsur kimia. Simbolnya ialah

Mo. Molibdenum ialah logam keras, berwarna

perak-putih. Takat leburnya yang tinggi sehingga

2617C menjadikannya antara logam yang terkuat

dan logam penebat haba yang paling banyak

digunakan. Apabila dialoikan dengan keluli,

molibdenum meningkatkan ketahanan dan

kekuatannya terutamanya pada suhu tinggi.

Molibdenum juga meningkatkan ketahanan

sesetengah logam berasaskan nikel terhadap haba

dan bahan kimia apabila logam ini dialoikan

dengannya.

UMUM 
KATARAK

Katarak ialah kekabutan yang berlaku pada lensa

mata. Kesannya kepada penglihatan tertakluk

kepada takat kekabutan tersebut. Bintik-bintik kecil

dalam lensa mata mungkin tidak akan

menyebabkan kehilangan penglihatan.

UMUM 
PEMPLASTIKBahan yang dicampurkan dengan bahan polimer bagi mendapatkan sifat aliran dan kebolehprosesan yang lebih baik dan seterusnya mengubah sifat fizikal produk tersebut. Pemplastik ialah bahan organik berberat molekul rendah tetapi mempunyai takat didih yang tinggi.KEJURUTERAANSumber/Bahan Alam
12

Kembali ke atas