Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.kat] | تاکت

Definisi : takat I 1. hingga, sampai: dalamnya sungai itu ~ pinggang sahaja; 2. had atau peringkat (pd sesuatu ukuran); ~ beku = ~ sejuk beku had suhu ketika air dll membeku; ~ didih had suhu ketika air dll mendidih; ~ embun suhu ketika udara lembap menjadi tepu dan membentuk embun apabila bersentuhan dgn sesuatu permukaan; ~ lebur suhu ketika suatu pepejal mulai lebur; setakat sampai had, sehingga: ~ ini, perbual­an mereka terhenti; ~ manakah hasil yg didapati drpd pengajaran yg telah diberi­kan? bertakat-takat bersenggat-senggat, berpe­ring­kat-peringkat: campuran ini dialirkan melalui satu saluran yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.kat] | تاکت

Definisi : Jw tidak lekas atau mudah mati, tahan menderita sakit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.kat] | تاکت

Definisi : Br terumbu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.kat] | تاکت

Definisi : 1 hingga ke; sampai ke: Dalamnya air sungai itu ~ pinggang saja. 2 had atau peringkat pd sesuatu ukuran: ~ didih (beku dll) suhu ketika air dll mendidih (menjadi beku dll). ~ embun suhu ketika udara lembap menjadi tepu dan membentuk embun apabila bersentuhan dgn sesuatu permukaan. ~ lebur suhu ketika sesuatu pepejal mula lebur. setakat sampai ke had; sehingga: ~ itu saja yg dpt saya ceritakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
takat (kata nama)
Bersinonim dengan had, batas, paras, perenggan, darjah, peringkat, tingkat, tingkatan.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
freezing pointtakat bekuSainsHidrometeorologiTakat suhu yang padanya cecair akan membeku dalam sebarang keadaan yang ditemui. Ia mungkin sama atau tidak dengan takat lebur atau takat yang ditakrif dengan lebih tegar, iaitu titik beku sebenar atau (bagi air) takat ais. Ia bukannya suatu sifat keseimbangan sesuatu bahan; ia digunakan hanya untuk fasa bendalir. Takat beku bergantung pada: kemurnian cecair; isipadu dan bentuk jisim cecair; keterdapatan nukleus pembeku; dan tekanan yang bertindak ke atas cecair berkenaan. Takat beku ialah suatu sifat kebergantungan larutan dan menjadi rendah berkadaran dengan penambahan jumlah jisim terlarut. Oleh sebab air semula jadi hampir pasti mengandungi sedikit larutan, takat bekunya biasanya rendah sedikit daripada 0oC. Contohnya, sampel pukal air laut biasa membeku pada lebih kurang �1.9oC. Istilah juga disebut takat beku ketara.
breaking pointtakat putus; takat pecahPerubatanTiada1. Takat dalam suatu program apabila gangguan bersyarat dapat dilakukan untuk pemeriksaan visual atau dicetak.
breaking pointtakat putus; takat pecahFizikTiadaTiada
breaking pointtakat putus; takat pecahGeologiTiadaTiada
differential scanning calorimetrykalorimetri pengimbasan pembezaanFarmasiFarmaseutikKaedah mengukur perubahan haba yang berlaku kepada sesuatu bahan pada takat peralihan ciri fizikal. Contoh peralihan ialah takat lebur, takat suhu peralihan kaca dan takat penghabluran. Lihat juga analisis haba.
etheneetenaKimiaTiadaAlkena alifatik, formula H2C=CH2, takat beku169oC, takat didih –104oC, berbentuk gas yang tidak berwarna, berbau wangi dan tidak larut di dalam air. Etena diperoleh secara pemecahan haba gas hidrokarbon, atau secara pendehidratan etil alkohol. Sebatian ini digunakan untuk membuat glikol, polietena, polipropilena, asetaldehid dan polistirena. Nama umunya ialah etilena.
dew pointtakat embunKejuruteraanPetroleumTakat bagi cecair untuk mula memeluwap keluar dari sistem gas atau takat bagi titis cecair pertama untuk mula keluar daripada sistem yang seratus peratus terdiri daripada fasa gas. Takat ini biasanya dirujukkan kepada tekanan dan suhu.
depression of freezing pointpenurunan takat bekuKimiaTiadaPengurangan takat beku sesuatu pelarut dengan penambahan zat terlarut. Ukuran penurunan ini digunakan dalam penentuan jisim molekul relatif zat terlarut. Penurunan takat beku berkadaran dengan bilangan molekul atau ion zat terlarut di dalam pelarut. Penurunan takat beku yang dihasilkan oleh kepekatan molekul yang sama bagi sebarang bahan adalah malar untuk pelarut tersebut. Bdg. penaikan takat didih.
octaneoktanaGeologiTiada6CH3, takat beku -56.79øC, takat didih 125.6øC, berbentuk cecair yang tidak berwarna, larut di dalam alkohol dan aseton, tidak larut di dalam air, dan mudah terbakar.
chloralkloralPerubatanTiadaAldehid, takat beku -57.5oC, takat didih 97.7oC, wujud dalam bentuk cecair berminyak, tidak berwarna, berbau sengit dan larut di dalam alkohol, eter dan kloroform, CCl3CHO.
12345678910...

Kembali ke atas