Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = ~ sejuk beku had suhu ketika air dll membeku; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
takat (kata nama)
Bersinonim dengan had, batas, paras, perenggan, darjah, peringkat, tingkat, tingkatan.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAKAT BEKU

Takat beku ialah suhu apabila sesuatu bahan

berubah dari cecair menjadi pepejal. Takat beku

bahan yang berlainan sangat berbeza-beza. Raksa,

misalnya, membeku pada –38.87 ° C. Walau

bagaimanapun, emas mempunyai takat beku 1063 ° C.

Takat beku bahan tulen serupa dengan takat

lebur nya (lihat Takat lebur ). Misalnya, air membeku

pada 0 ° C, dan bentuk pepejalnya, ais, cair pada suhu

yang sama. Apabila sesuatu bahan tulen berada

pada takat bekunya, bentuk cecair dan pepejal

bahan tersebut berada dalam keseimbangan

dengan satu sama lain. Melainkan haba ditambah

atau disingkirkan, ia akan kekal dalam keadaan itu

secara tidak menentu kerana bagi setiap amaun

cecair yang membeku, amaun pepejal yang sama

cair. Haba yang mesti ditambah untuk mencairkan

suatu unit kuantiti sesuatu bahan, atau disingkirkan

untuk membekukannya, dikenali sebagai haba

pelakuran.

UMUM 
TAKAT EMBUN

Takat embun ialah suhu apabila lembapan dalam

udara mula terpeluwap. Takat embun sama ada

lebih rendah daripada suhu udara atau sama

dengan suhu udara apabila kelembapan relatif

adalah 100 peratus. Embun terbentuk apabila

lapisan udara yang nipis, yang bersentuhan dengan

permukaan, disejukkan di bawah takat embun.

Penyejukan udara ini menghasilkan embun di

permukaan atau kabut di udara, apabila takat embun

di atas takat beku. Jika suhu udara dan takat embun

di bawah takat beku, fros terbentuk di permukaan,

atau hablur ais terbentuk di udara. Kabut dan awan

terbentuk apabila banyak udara disejukkan di

bawah takat embun.

Lihat juga Embun; Fros; Kabut; Kelembapan.

UMUM 
AIS

Ais ialah air yang beku. Suhu sejuk menyebabkan

ais terbentuk di tasik dan sungai, dan di atas jalan

dan laluan jalan kaki yang basah. Salji, hujan beku,

fros, dan hujan air batu ialah ais, begitu juga

glasier. Ais terjadi apabila suhu air tulen jatuh

kepada 0°C. Suhu ini dikenali sebagai takat beku

bagi air. Ia juga dirujuk sebagai titik ais, satu

daripada dua titik tetap pada termometer. Air yang

mengandungi bendasing, seperti alkohol, garam,

atau gula, membeku pada suhu lebih rendah

daripada air tulen. Bendasing yang sedemikian

boleh ditambah pada air untuk mengelakkannya

daripada membeku. Apabila bendasing dicampur

pada ais, ia menyebabkan ais cair.

UMUM 

Kembali ke atas