Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tak.bur] | تکبور

Definisi : berperasaan tinggi diri (suka meng­anggap diri sendiri lebih mulia, lebih pandai, lebih cerdik dsb drpd orang lain), angkuh, bongkak: ia sangat sombong dan ~ tentang kecantikan dirinya; Iblis berdendam apabila diusir dr syurga kerana sikap ~ dan bong­kak­nya yg enggan sujud kpd Adam; ketakburan perihal takbur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tak.bur] | تکبور

Definisi : perasaan menggangap diri sen­diri lebih mulia, lebih pandai dsb drpd orang lain; angkuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
takbur (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan angkuh, bongkak, sombong, riak, bangga diri, congkak, pongah, tinggi hati, besar diri, besar hati, songar, sesumbar;,

Puisi
 

Dayang-dayang mandi menyimbur,
     Mandi menyimbur di pohon getah;
Ayuhai Cik Dayang jangan takbur,
     Sedangkan burung dapat kugetah.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Boleh tolong jelaskan makna ayat ini? Dikabur takbur shabab yang bermusimFrasa  Dikabur takbur shabab yang bermusim  merupakan karya kreatif yang boleh ditafsirkan secara berbeza mengikut konteks keseluruhan makna yang hendak disampaikan. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, takbur bermaksud berperasaan tinggi diri (suka meng­anggap diri sendiri lebih mulia, lebih pandai, lebih cerdik dan sebagainya daripada orang lain), angkuh, bongkak.Makna09.07.2018

Kembali ke atas