Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
taklimat (kata nama)
Bersinonim dengan penerangan, penjelasan, keterangan, maklumat.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penjodoh bolangan bagi taklimat : Sebuah taklimat atau satu taklimat akan dijanlan?Untuk makluman, tidak semua perkataan menerima penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan yang paling hampir ialah Satu Taklimat akan diadakan pada... .Lain-lain06.04.2018
menyampaikan taklimatmenyampaikan taklimatTatabahasa18.01.2012
"Dalam taklimat itu, pihak penganjur telah mempersetuju membuat pindaan terhadap peraturan berpakaian sepanjang kursus berlangsung." atau "Dalam taklimat itu, pihak penganjur telah bersetuju untuk membuat pindaan terhadap peraturan berpakaian sepanjang kursus berlangsung." Antara ayat di atas, ayat yang manakah betul dan mengapakah ayat tersebut salah?

Ayat yang betul ialah Dalam taklimat itu, pihak penganjur telah bersetuju untuk membuat pindaan terhadap peraturan berpakaian sepanjang kursus berlangsung.

Ayat pertama dipinda menjadi Dalam taklimat itu, pihak penganjur telah mempersetujui pindaan terhadap peraturan berpakaian sepanjang kursus berlangsung.

 

Tatabahasa22.03.2011
Manakah satu ayat yang Betul? 1.Pegawai daripada Alam Flora telah menyampaikan taklimat itu. 2. Pegawai dari Alam Flora telah menyampaikan taklimat itu.Ayat yang betul ialah Pegawai dari Alam Flora telah menyampaikan taklimat itu. Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu.Tatabahasa15.02.2010
orang yang mengendalikan kursus atau orang memberi taklimat di dalam kursus peningkatan prestasi digelar sebagai apa?Orang yang mengendali kursus dengan orang yang memberi taklimat adalah orang yang berbeza. Orang yang mengendali kursus ialah orang yang menguruskan kursus. Mereka boleh dinamakan penganjur. Sementara orang yang memberi taklimat dinamakan penceramah.Lain-lain08.07.2008
Manakah satu ayat yang betul dari segi penggunaan kata sendi? 1. Pegawai daripada Alam Flora telah menyampaikan taklimat itu. 2. Pegawai dari Alam Flora telah menyampaikan taklimat itu.Ayat yang betul ialah Pegawai dari Alam Flora telah menyampaikan taklimat itu. Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu. Tatabahasa15.02.2010
Salam. Saya memerlukan penerangan mengenai bahasa dan format teks taklimat yang dibuat untuk majlis formal dan kombinasi atau tidak formal. Apa yang saya paham, penyediaan teks taklimat bergantung kepada taraf para khalayak yang hadir untuk sesebuah majlis. Tetapi tidak banyak rujukan yang menerangkan perbezaan format dan bahasa yang digunakan untuk teks taklimat sesuatu majlis formal dan tidak formal. Sekian . Terima kasih.Bagi membantu, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Panduan Pengucapan Awam karya Dr. Zamri @ Muati, Pidato Berpidato, karya Rahmat Ismail atau buku-buku panduan pengucapan awam yang lain atau melayari laman sesawang DBP, klik pada Katalog Awam Dalam Talian dan boleh mendapatkan tajuk-tajuk buku berkaitan perkara ini melalui carian pada Katalog Awam tersebut.Lain-lain26.07.2007
Penggunaan yang mana yang BETUL: 1) Tahun 2024 atau tahun 2024? (ditulis dalam perenggan bukan tajuk program) 2) TAKLIMAT PENGURUSAN DBP TAHUN 2024 atau Taklimat Pengurusan DBP 2024? (tajuk program) 3) tahun depan atau tahun hadapan atau tahun 2024?Cara penulisan yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Ejaan "Tahun 2024" ditulis menggunakan huruf besar jika terletak pada awal ayat, manakala "tahun 2024" ditulis menggunakan huruf kecil apabila berada di tengah atau di akhir ayat. 2. "TAKLIMAT PENGURUSAN DBP 2024" dan "Taklimat Pengurusan DBP 2024", kedua-dua teks boleh digunakan dalam penulisan tajuk program. 3. "tahun depan, "tahun hadapan" dan "tahun 2024" boleh digunakan bergantung pada konteks penggunaan dalam ayat.

Tatabahasa31.10.2023
contoh taklimat rasmi dan teknik terjemahansila jelaskan soalan saudara, apakah yang dimaksudkan dengan taklimat rasmi. Teknik terjemahan boleh saudara ketahui dengan merujuk buku Teori dan Teknik Penterjemahan oleh Ainon Mohd. dan Abdullah Hassan terbitan Persatuan Penterjemah Malaysia atau buku Panduan Menterjemah oleh Ainon Mohd. terbitan DBP.Lain-lain30.01.2009
apakah perbezaan antara syarahan ,taklimat ,ceramah ,pidato dengan ucapanMenurut Kamus Dewan Edisi keempat, syarahan ialah ucapan yg diberikan. Taklimat ialah penerangan ringkas tentang se­suatu, ceramah ucapan tentang sesuatu perkara, ilmu pengetahuan dan lain-lain dan bersinonim dengan syarahan. Pidato ialah ucapan atau syarahan yang diberikan di hadapan orang ramai manakala ucapan ialah apa-apa yang diucapkan. Oleh itu, pidato, syarahan dan ucapan hampir sama maknanya, yang boleh membezakan ialah tempat dan isi kandungan yang diucapkan.Makna21.07.2010
12345

Kembali ke atas