Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tak.tik] | تکتيک

Definisi : taktik cara atau kaedah utk memperoleh, mencapai, atau mendapatkan sesuatu tujuan yg dikehendaki, muslihat, siasat: musuh sedang menggunakan ~ baru dlm usahanya hendak menghancurkan negara tersebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tak.tik] | تکتيک

Definisi : cara atau muslihat utk mencapai sesuatu maksud; strategi; siasat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
taktik (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan strategi, teknik, cara, kaedah, metode, langkah, prosedur, tatacara, jalan, ikhtiar, usaha, gaya.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PUTERI KAWAT

Puteri kawat juga dikenali sebagai majorette,

bertanding dalam pasukan antara satu sama lain

secara latihan dan dalam pelbagai taktik yang

rumit. Pasukan puteri kawat kadangkala berarak

dalam pesta dan upacara keraian seperti tatu

tentera dan pesta keramaian. Pasukan-pasukan ini

bertanding pada peringkat kebangsaan dan

peringkat antarabangsa. Terdapat kejohanan khas

untuk remaja berumur 13 tahun dan kategori

bawah 12 tahun.

UMUM 
DRAKE, SIR FRANCIS

Drake, Sir Francis (1540?–1596), penjelajah

dan panglima tentera Inggeris, merupakan orang

Inggeris pertama belayar mengelilingi dunia. Taktik

perang lautnya mengalahkan Sepanyol, musuh

utama Inggeris, membantu England menjadi kuasa

di laut.

UMUM 
PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYUPENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU, pemerintahan Jepun di Tanah Melayu semasa Perang Dunia Kedua.  Kejayaan Jepun menakluki Tanah Melayu dalam masa yang singkat berkait rapat dengan penyesuaian taktik peperangan tentera Jepun dengan China di medan perang sejak tahun 1937.  di samping itu, kelemahan pertahanan British kerana tumpuan kepada pertahanan di Eropah.
SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
PERANG GERILA

Perang gerila ialah perang oleh kumpulan

pejuang yang berkeliaran dan menyeksa musuh

melalui serang hendap, penyerbuan mendadak,

dan serangan skala kecil yang lain. Gerila

mungkin tersusun, tetapi mereka biasanya

berjuang dalam kumpulan kecil. Mereka biasanya

beroperasi di belakang barisan musuh dan

menggunakan taktik hentam-dan-lari dan sabotaj

untuk mengejutkan dan menyeksa musuh. Mereka

mengambil kesempatan atas ciri-ciri kawasan

semula jadi — seperti hutan, bukit, tasik, dan

sungai — kepada bersembunyi dan melancarkan

serangan. Apabila keganasan dilancarkan di

kawasan bandar, operasi sedemikian biasanya

dikenali sebagai “Keganasan Bandar”. Mereka

melakukan pengeboman, penculikan, dan

tindakan ganas yang lain. Gerila kadang-kadang

dikenali juga sebagai pejuang bawah tanah atau

penentang , atau partisan . Taktik gerila biasanya

digunakan oleh kumpulan yang terhad sumbernya

untuk menentang musuh yang lebih hebat dari

segi kuasa dan kekuatan. Perkataan gerila

bermaksud perang kecil dalam bahasa Sepanyol

dan pertama kali digunakan semasa Perang

Semenanjung Napoleon (1808–1814).

UMUM 
NEGARA POLIS

Negara polis, berlaku apabila kerajaan sesebuah

negara atau unit politik membenarkan agensi

penguatkuasaan undang-undang negara itu

mengekalkan keamanan melalui ketakutan rakyat.

Dalam keadaan ini, pihak polis tidak lagi tertakluk

kepada undang-undang atau kekangan lain yang

biasanya mengehadkan tindakan mereka dalam

sebuah negara demokrasi berperlembagaan. Pihak

polis boleh merisik sesiapa sahaja tanpa

menghiraukan privasi individu. Mereka juga boleh

menangkap, memenjarakan, membunuh, atau

membuang negeri sesiapa sahaja tanpa sebarang

sebab.

Pada zaman dahulu, negara kota Yunani, Sparta,

merupakan sebuah negara polis yang paling

lengkap. Pada tahun 1990-an, taktik negara polis ini

sering digunakan oleh golongan fasis dan negaranegara

komunis.

Lihat juga Polis rahsia.

UMUM 
SITTING BULL

Sitting Bull (1834?–1890) ialah dukun dan

pemimpin Orang Asli Amerika Hunkpapa Sioux

yang terkenal. Banyak orang yang menyangka

bahawa dialah yang mengetuai Orang Asli dalam

pertempuran Little Bighorn di Montana pada

25 Jun 1876. Dalam pertempuran ini, Leftenan

Kolonel George Custer meninggal dunia.

Sebenarnya, Sitting Bull bertindak hanya sebagai

dukun utama dalam persediaan menghadapi

pertempuran tersebut. Pada tahun sebelumnya,

dia menerima visi bahawa semua musuh akan

jatuh ke tangannya. Pada musim bunga tahun 1876,

Sitting Bull mengetuai tarian matahari sambil

memberitahu Orang Asli supaya mengubah cara

mereka berperang. Daripada menunjuk-nunjuk

untuk membuktikan keberanian mereka hendaklah

berlawan untuk, membunuh, atau tanah mereka

akan jatuh ke tangan orang kulit putih. Taktik baru

ini membawa kepada terhapusnya Custer dan

tenteranya.

UMUM 
ROUND, DOROTHY EDITH

Round, Dorothy Edith (1909–1982) ialah salah

seorang pemain tenis Britain yang handal dan

terkenal dengan taktik serangan.