Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[taq.wa] | تقوى

Definisi : Ar 1. ketaatan mengerjakan perintah Allah, kesolehan: di mukanya kelihatan sinar yg jernih dan tajam, sinar ~ iman yg biasa ter­bayang di muka orang zahid; 2. takut akan Allah, hidup soleh: sesungguhnya orang yg paling ~ kpd Allah ialah orang yg benar-benar taat kpd perintah Allah; bertakwa mempunyai sifat takwa; ketakwaan perihal takwa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[taq.wa] | تقوى

Definisi : ketaatan kpd perintah dan la­rangan Allah (kerana takut, kasih dan hormat kpd-Nya). bertakwa menaruh perasaan takut, kasih, hormat, serta patuh kpd Allah: Sesungguhnya orang yg paling ~ kpd Allah ialah orang yg benar-benar taat kpd perintah-Nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
takwa
Kata Terbitan : bertakwa, ketakwaan,


Pantun

PantunSumberTema
Halal dipakai batil dibuang, Iman dan takwa kepada Allah; Besarnya pandai kecil terbilang, Sopan santun tiada menyalah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Elok anak kerana dikandang, Dikandang dengan iman dan takwa; Elok akhlak nama terpandang, Senanglah badan di hari tua.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Patuh Melayu mengikut firman, Firman Allah Yang Maha Besar; Senonoh laku berpatut iman, Iman dan takwa menjadi pagar.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas