Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[taÖ.zim]/[tak.zim] | تعظيم

Definisi : amat hormat, penuh hormat dan so­pan: ia menjawab dgn ~nya; mentakzimkan memberi takzim akan, meng­hormati, mempermuliakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[taÖ.zim]/[tak.zim] | تعظيم

Definisi : amat hormat: sembah ~ sembah hormat. mentakzimkan memberi hormat; menghormati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
takzim
Kata Terbitan : mentakzimkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum & salam takzim. 1. Apakah padanan paling sesuai untuk Gaza "Strip"? Mengapa Kamus Dewan menggunakan padanan "Semenanjung" Gaza sedangkan Gaza dengan jelas bukan sebuah semenanjung seperti jirannya, Sinai? 2. Ejaan "faksimili" pada laman daftar Khidmat Nasihat DBP menimbulkan tanda tanya. Saya pernah diberitahu bahawa ejaan yang betul ialah "faksimile"? Yang mana satu betul? Terima kasih.1. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, padanan bahasa Melayu untuk "Gaza Strip" ialah Semenanjung Gaza.  Penamaan tempat atau kawasan merupakan nama khas yang telah ditetapkan dan tidak boleh dipinda.

2. Ejaan yang betul ialah faksimile.
Ejaan16.04.2012
ASSALAMMUALAIKUM, beberapa hari lepas saya mendapat maklumat bahawa kara ganda seperti rama-rama, kedai-kedai atau seumpamanya dikira dua perkataan dalam peperiksaan stpm. begitu juga nama khas seperti Johor darul Takzim dikira 3 perkataan, mohon penjelasanUntuk makluman tuan, kata ganda dianggap sebagai satu perkataan, manakala kata nama khas yang berdiri sebagai satu entiti seperti Johor Darul Takzim mengikut bilangan kata yang terkandung dalamnya. Walau bagaimanapun untuk tujuan peperiksaan, eloklah saudara merujuk kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia melalui sekolah saudara.Tatabahasa05.08.2010
Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera, Salam penuh takzim, Saya berminat untuk menyumbangkan artikel dalam majalah Dewan Bahasa dan Dewan Masyarakat, namun bagaimanakah caranya? Adakah penulisan artikel mesti berdasarkan tema yang telah ditetapkan oleh DBP? Mohon pencerahan. Trm kasih.Waalaikumsalam. Setiap bulan sidang editorial akan menetapkan tema untuk majalah masing-masing. Walau bagaimanapun, puan boleh menghantar sebarang artikel yang sesuai dengan majalah yang dipilih kerana terdapat banyak ruangan lain yang disediakan untuk penulis.Terima kasihLain-lain12.04.2013
adakah ayat di bawah ini betul dari segi tatabahasa & penggunaanya? DAULAT TUANKU MERAFAK SEMBAH UCAPAN TAHNIAH SETINGGI-TINGGINYA SEMPENA PERTABALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG .................... SEMBAH TAKZIM DARIPADA AAA saya dahului dengan ucapan terima kasihSelamat ptg:

Mohon tuan/puan menulis mengikut format seperti yang berikut:

DAULAT TUANKU,

MERAFAK SEMBAH,

UCAPAN TAHNIAH SETINGGI-TINGGINYA BERSEMPENA DENGAN PERTABALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG,

SEMBAH TAKZIM,

DARIPADA

Lain-lain08.11.2016
Salam. Adakah boleh digunakan kosa kata "hormat" selain untuk manusia? Contohnya, menghormati masa, hormat akan alam sekitar, menghormati disiplin, hormat akan tumbuhan. Terima kasih...Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, hormat ialah 1 perbuatan yang menunjukkan rasa khidmat atau takzim kepada seseorang: Apabila guru masuk ke bilik darjah, murid-murid pun berdiri memberi ~ kepadanya. 2 menaruh atau memberi pengharga­an terhadap seseorang: Wajib kita ~ kepada ibu dan bapa kita. 3 sopan; santun; takzim: Budak itu sangat ~.

Bagi masa, alam sekitar, tumbuhan, frasa yang boleh digunakan ialah menghargai iaitu menghargai masa, menghargai tumbuhan dan lain-lain yang bersesuaian.
Tatabahasa25.07.2013
Saya ingin menyemak penggunaan koma pada ayat ini. Membina dan Menaik Taraf Infrastruktur Pengairan dan Saliran ke Sawah Sg. Balang, Daerah Muar, Johor Darul Takzim. Mohon maklumbalas tuan.
Penggunaan tanda baca dalam ayat tersebut betul.
Lain-lain06.04.2017
Apakah ayat profesional yang sesuai digunakan dalam bentuk e-mail selain "Salam Sejahtera" (Pembukaan e-mail)Kebiasaanya, frasa yang digunakan seperti "Assalamualaikum", "Selamat Sejahtera", "Selamat Pagi", "Salam Hormat",  atau "Salam Takzim"Tatabahasa20.08.2015
Apakah persamaan dan perbezaan di antara “sopan” dan “susila”?Berikut merupakan maksud sopan dan susila berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat:

i. Sopan
 - Hormat (segan, takzim) dengan tatatertib  
 - Baik budi bahasanya, tahu tertib peraturan, beradab
 - Baik perangai dan kelakuannya (tidak cabul atau lacur)

ii. Susila
 - Baik budi bahasanya, beradab, sopan, tertib

Untuk maklumat lanjut, sila klik link ini 
https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=sopan
https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=susila
Makna08.11.2020
Assalammualaikum tuan/puan Semoga kumpulan DBP berada di dalam rahmat Allah dan Rasulnya. Saya ingin bertanya jika DBP ada menyediakan khidmat menyunting manuskrip kumpulan cerpen/novel untuk diterbit. Bagaimana cara menghantar dan kadar bayaran jika ada khidmat sedemikian. Salam takzim Hassan AliWaalaikumussalam.

Untuk makluman tuan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mempunyai kumpulan editor yang menguruskan penerbitan manuskrip dalam pelbagai bidang untuk diterbitkan oleh DBP. DBP tidak menyediakan khidmat penyuntingan secara rasmi kepada individu yang inginkan manuskripnya diterbitkan oleh penerbit lain. Walau bagaimanapun, sekiranya tuan memerlukan khidmat penyuntingan oleh editor DBP, hal ini hendaklah diuruskan berdasarkan perbincangan tuan dengan editor yang berkenaan secara peribadi (khidmat peribadi di luar waktu pejabat, bukan tugas rasmi). Kadar bayarannya juga tertakluk kepada perbincangan antara tuan dengan editor yang berkenaan.
Sekian, semoga dapat membantu tuan dalam hal ini. Terima kasih.
Lain-lain17.11.2016
Istilah perkataan TAKUT & Hormat dalam komunikasi semsa

Takut: 1. gentar (gerun, ngeri) menghadapi sesuatu yg dianggap boleh membahayakan diri: aku tidak ~ pd anjing itu kerana aku sudah biasa dengannya; 2. berasa segan dan hormat, takwa: hendaklah kita ~ akan Allah; 3. berasa bimbang (ragu-ragu, khuatir), gelisah: saya ~ dia tiada di rumah; dia rasa ~ pula kalau-kalau kedua-duanya akan menyerangnya; 4. tidak sanggup (menghadapi bahaya, menanggung derita, dll), tidak berani, kecut: dia benci pd saya kerana itu saya dihalaunya, sekarang saya ~ hendak menemuinya; ~ akan hantu, lari ke pandam (perkuburan) = ~ akan lecah lari ke duri = ~ akan mayat terpeluk bangkai prb takut akan rugi atau susah sedikit lalu mendapat kerugian atau kesusahan yg lebih besar; ~ mengikut jalan tak berentas prb takut melakukan pekerjaan yg belum pernah dibuat orang; ~ pd ular, terkejut pd bengkarung prb kerana takut pd yg berkuasa maka takut pula pd kaumnya; digenggam mati, dilepaskan ~ terbang prb sesuatu yg serba salah halnya; lamun ~ dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau prb jikalau takut akan susah, jangan dibuat sesuatu pekerjaan;

Hormat: 1. mempunyai pandangan yg tinggi terhadap seseorang dgn memberikan layanan yg penuh sopan, khidmat, takzim: tetamu dipersilakan masuk ke dlm dewan dgn ~; budak itu sangat ~; diberhentikan dgn ~ diberhentikan dgn baik (bukan sebab kesalahan); 2. perbuatan utk menyatakan rasa khidmat atau takzim: serdadu kawalan itu pun memberi ~ dgn mengangkat tombak; 3. menaruh penghargaan (khidmat, takzim): wajib kita ~ kpd ibu bapa kita; (dgn) ~ takzim (dgn) sepenuh hormat; dgn segala ~ dgn sepenuh takzim; gila ~ terlalu suka dihormati orang; kurang ~ kurang sopan; tanda ~ perbuatan dll yg menunjukkan penghargaan (takzim, khidmat);

Makna21.08.2009
123

Kembali ke atas