Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.laq]/[ta.laq] | طلاق

Definisi : talak pelepasan ikatan nikah dgn ucapan talak, cerai, dsb oleh suami: dgn mudah ia men­jatuh­kan ~ kpd isterinya; ~ bain talak yg tidak boleh dirujuk kembali; ~ dua talak rajii yg dijatuhkan dua kali secara berasingan atau dgn lafaz talak dua; ~ rajii talak yg masih boleh dirujuk kembali (pd talak pertama atau kedua) dgn syarat isteri yg dicerai itu masih dlm idah; ~ satu talak rajii yg dijatuhkan kali pertama atau dgn lafaz talak satu; ~ tiga talak yg dijatuhkan tiga kali secara berasingan, atau dgn lafaz talak tiga, yg tidak boleh dirujuk kembali;mentalak menceraikan isteri: isterinya itu ditalaknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.laq]/[ta.laq] | طلاق

Definisi : penceraian drpd pihak suami (meng­ikut hukum Islam). mentalak menjatuhkan talak kpd isteri; men­ceraikan isteri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
talak (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan perceraian, sarak, putus hubungan, habis jodoh, perpisahan, perpecahan;,
Kata Terbitan : mentalak,

Puisi
 

Buah kentung buah kekati,
     Buah salak di dalam dulang;
Jangan pukul jangan dimaki,
     Hantar talak anak orang.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah perkataan 'talaq' perlu dicondongkan (italic)? jika perlu, mengapa dan jika tidak perlu, mengapa?Dalam pangkalan data kami, tiada perkataan talaq tetapi terdapat perkataan talak. Talak bermaksud pelepasan ikatan nikah dengan ucapan talak, cerai oleh suami. Tuan digalakkan menggunakan ejaan bahasa Melayu yang betul dan tidak perlu dicondongkan ejaan.Ejaan31.10.2013
Selamat pagi. Apakah contoh ayat yang boleh membezakan makna antara perkataan 'perceraian' dengan 'penceraian'?.Terima kasih.Perceraian bermaksud perpisahan atau perihal bercerai, contohnya perceraian pasangan tersebut berlaku kerana tiada lagi persefahaman antara mereka. Penceraian bermaksud perbuatan menceraikan, contohnya penceraian berlaku apabila suami menjatuhkan talak kepada isterinya dan bahan yg larutannya mengalirkan arus elektrik akan mengalami penceraian elektrolisis. Dalam konteks cerai (talak) agak sukar juga untuk membezakan penggunaan perkataan perceraian dan penceraian. Berdasarkan rujukan kami apabila membicarakan konteks makna cerai (talak) perkataan perceraian lebih banyak digunakan. Manakala perkataan penceraian banyak digunakan bagi menggantikan makna pemisahan daripada satu unsur dengan unsur yang lain seperti dalam ayat contoh ketiga.Tatabahasa15.05.2013

Kembali ke atas