Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tali;

Puisi
 

Lemah lembut pandan berduri,
     Putuslah tali tali tiada;
Lemah lembut membawa diri,
     Putuslah hati adik penanda.


Lihat selanjutnya...(93)
Peribahasa

Putus timba tinggal tali,
     putus tali tinggal timba.

Bermaksud :

Perempuan yang kematian suaminya atau seseorang yang berpisah daripada sahabat yang diharapkan olehnya.

 

Lihat selanjutnya...(49)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAKAL

Takal ialah sejenis roda yang dipasangkan dengan

tali atau tali sawat bertujuan untuk memindahkan

tenaga dan melakukan kerja. Takal yang

dipasangkan dengan tali mempunyai rim beralur,

manakala takal untuk tali sawat pula, rimnya

berbentuk laras, dan tali tersebut dipasangkan di bahagian paling atas rim.

UMUM 
TALI

Tali diperbuat daripada lembar benang atau

dawai yang dipintal bersama. Saiznya adalah antara

4.8 milimeter hingga melebihi 152 milimeter

mengikut ukuran diameternya. Tali yang berukuran

kurang daripada 4.8 milimeter tebal dikenali

sebagai tali pintal atau kord. Tali-temali ialah

istilah umum bagi tali, tali pintal atau kord yang

diperbuat daripada lembar benang.

UMUM 
TALI PINTAL

Tali pintal ialah kord yang tahan lasak yang

diperbuat daripada utas serat daun yang kuat,

selalunya daripada pokok sisal atau henekuen .

Utas ini dicampur dengan abaka untuk membuat

gentian manila. Tali pintal dibuat dengan menarik

serat hingga menjadi sliver, yang akan disikat dan

dipintal menjadi tali. Tali adalah lebih halus

daripada kord dan lebih tebal daripada benang.

Lihat juga Abaka; Sisal.

UMUM 
TALI LADUNG

Tali ladung, juga dikenali sebagai batu ladung,

ialah tali yang mempunyai pemberat di satu

hujungnya. Pemberat, yang dikenali sebagai

unting-unting , mengekalkan tali tegak ke atas dan

ke bawah. Tali ladung digunakan oleh penurap

bata dan tukang batu sebagai panduan menegak

dalam membina dinding. Juruukur dan jurutera

menggunakan tali ladung untuk menegakkan alat

lihat yang dikenali sebagai transit pada titik

tertentu. Ia juga digunakan bagi menentukan

kedalaman air atau penggalian. Tetapi anak kapal

di kebanyakan kapal menggunakan alat yang

dikenali sebagai fatometer dan sonar untuk

mengukur bagi kedalaman air.

Lihat juga Kerja ukur (Alat ukur).

UMUM 
TALI PUSAT

Tali pusat ialah satu struktur berupa tali yang

menghubungkan janin (bayi yang belum

dilahirkan) kepada plasenta (uri). Tali pusat

mengandungi dua arteri dan satu vena. Arteri

membawa darah yang mengandungi hasil sisa

daripada janin ke plasenta. Vena pula membawa

darah yang mengandungi oksigen dan bahan

makanan daripada darah ibu kepada janin. Apabila

bayi itu dilahirkan, doktor akan memotong tali

pusat kira-kira 5 sentimeter daripada abdomen

bayi, dengan berhati-hati.

UMUM 
TALI PAKAL

Tali pakal ialah serat longgar yang diperoleh

dengan membuka tali rami lama yang bertar. Serat

ini digunakan, terutamanya untuk memakal atau

menyumbat kelim kapal kayu supaya ia kedap air.

Tukang paip menggunakan tali pakal untuk

membalut paip dalam paip sisa. Tali pakal putih ,

yang diperbuat daripada tali yang bersih,

dahulunya digunakan untuk tujuan perubatan,

seperti membalut luka.

UMUM 
TALI LEHER

Tali leher ialah sejalur kain atau tali leher kupu-kupu

yang dipakai di keliling leher. Ikatan empat-dalam-

tangan (simpul hidup) dan tali leher kupu-kupu

( bow ) yang dipakai hari ini adalah gaya yang

hampir sama dipakai ketika ia mula-mula

diperkenalkan pada tahun 1870-an.

UMUM 
KATGUT

Katgut ialah sejenis tali yang kuat yang diperbuat

daripada usus beberapa jenis haiwan dan

digunakan terutamanya sebagai tali alat muzik dan

untuk menjahit luka. Kebanyakan katgut diperbuat

daripada usus babi atau biri-biri. Usus tersebut

dikoyakkan menjadi lembar dan kemudian dicuci,

diawet, dan dipintal menjadi tali.

UMUM 
MAKRAMI

Makrami ialah seni atau teknik untuk membuat

barangan dan praktikal hiasan dengan

menyimpulkan tali, kord atau benang besar. Hasil

seni ini boleh digunakan untuk membuat pakaian,

tali pinggang dan dompet dan juga arca, hiasan

gantung di dinding serta barangan perhiasan lain.

UMUM 
SONOMETER

Sonometer ialah alat yang digunakan untuk

mengkaji perhubungan matematik nada dalam

muzik. Sonometer yang juga dikenali sebagai

monokod, mengandungi seutas tali yang diregang

ketat dengan satu hujungnya dipasangkan pada

roda kapi. Apabila dipetik, tali itu akan bergetar

lalu mengeluarkan bunyi. Frekuensi (jumlah

getaran setiap saat) nada itu bertambah jika tali

dipendekkan atau diperketat.

UMUM 
12345

Kembali ke atas