Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tali;

Puisi
 

Lemah lembut pandan berduri,
     Putuslah tali tali tiada;
Lemah lembut membawa diri,
     Putuslah hati adik penanda.


Lihat selanjutnya...(93)
Peribahasa

Putus timba tinggal tali,
     putus tali tinggal timba.

Bermaksud :

Perempuan yang kematian suaminya atau seseorang yang berpisah daripada sahabat yang diharapkan olehnya.

 

Lihat selanjutnya...(49)


Pantun

PantunSumberTema
Saya tak pandai memintal tali, Tali berpintal di tepi pintu; Saya tak boleh membuat janji, Kerana janji selalu palsu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Lemah lembut pandan berduri, Putuslah tali tali tiada; Lemah lembut membawa diri, Putuslah hati adik penanda.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tali gerap tali pendengung, Rendang lada simbul pulih; Jangan diharap bunga kembang, Bila tahun hendak boleh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tali pinggang hadiah Pak Tua, Banyak dijual di gerai-gerai; Makan sepinggan kita berdua, Sampai mati tidak bercerai.Pantun Melayu SarawakSetia Kasih
Tali bendera berwarna kuning, Tanda daulat serta kuasa; Hati gembira duduk bersanding, Tahunya dapat janda tua.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tali kekang jatuh ke tanah, Larilah kuda lintang-pukang; Hati bimbang peluh menyimbah, Lakinya sudah main belakang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tali kail sangkut ke akil, Dilempar masuk ke ternpat kuda; Hati kecil lutut menggigil, Mendengar datuk memikat janda.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tali halus untuk pembalut, Galah juga akan meretasnya; Kami lurus diajar belut, Allah juga akan membalasnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tali kail panjang sepuluh, Pedang sehasta di dalam peti; Di dalam air badan berpeluh, Perang sengketa dalam hati.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tali kecapi disebut orang, Bila dipetik bunyinnya nyaring; Hatiku ini mabuk kepayang, Kerana adik sudah berpaling.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12345678910...

Kembali ke atas