Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tali;

Puisi
 

Lemah lembut pandan berduri,
     Putuslah tali tali tiada;
Lemah lembut membawa diri,
     Putuslah hati adik penanda.


Lihat selanjutnya...(93)
Peribahasa

Putus timba tinggal tali,
     putus tali tinggal timba.

Bermaksud :

Perempuan yang kematian suaminya atau seseorang yang berpisah daripada sahabat yang diharapkan olehnya.

 

Lihat selanjutnya...(49)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
dorongan Kdtali-tali yang terdapat pada alat muzik tongkongan.Pada umumnya sebuah Tongkungan mempunyai tali dan ketujuh-tujuh tali berkenaan dinamakan dorongan dan manakala setiap dorongan ini mempunyai nama yang tertentu.Tongkungan Dimain Ketika Menunggu PadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
beyuh, *boyuh* Bdsejenis pokok berdaun besar dan boleh dibuat baju.Tidak juga ketinggalan tali-tali kecil yang diperbuatnya sendiri daripada kulit kayu beyuh yang lembut.Novel Antara Dua KepercayaanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gorinding Kdsejenis alat yang dibunyikan semasa upacara ritual. Ia terdiri daripada tiga bahagian iaitu, bahagian yang dipegang dibuat daripada tanduk atau teras kayu. Kemudian tali-tali benang yang diikat pada lobang tanduk atau teras kayu yang dipegang itu. Seterusnya ialah bahagian loceng yang bergantungan pada tali-benang itu. Ketika menggunakannya tangan orang bergerak turun-naik dan berpusing, dan dengan itu gonding ini akan berayun-ayun. Geraknya selaras dengan irama dan lajunya pembacaan mentera.Kepala Maria turut disentuh oleh Abon yang berjalan ke sana ke mari dengan gorindingnya. Akhirnya, sekali dua dia menyentuhkan gorinding itu ke seluruh tubuh suami Solisir. Tetapi nyawa lelaki itu telah berakhir.Debur MenerpaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gonding Kdsejenis alat yang dibunyikan semasa upacara ritual Ia terdiri daripada tiga bahagian iaitu, bahagian yang dipegang dibuat daripada tanduk atau teras kayu. Kemudian tali-tali benang yang diikat pada lobang tanduk atau teras kayu yang dipegang itu. Seterusnya ialah bahagian loceng yang bergantungan pada tali-benang itu. Ketika menggunakannya tangan orang bergerak turun- naik dan berpusing, dan dengan itu gonding ini akan berayun-ayun. Geraknya selaras dengan irama dan lajunya pembacaan mentera.Kemudian tangan Abon membunyikan gonding dengan menggoyang-goyangkannya. Dan ketika itu Abon sedang menurun untuk merayu dilanjutkan usia suami Solisir, ketika itulah suami Solisir menghembuskan nafasnya yang terakhir.Debur MenerpaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
giman Kdsejenis tumbuhan menjalar yang boleh dibuat tali sundatang.Kecapi ini dibuat daripada kayu nangka. Ia mempunyai dua atau tiga tali loyang. Secara tradisional tali-talinya dibuat daripada tumbuhan giman. Nada tali-talinya dibetulkan dengan memutarkan skru kayu telinga di atas alat ini.Pengenalan kepada Alat-alat Muzik Tradisional SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
loposon Kdtali yang ketiga terdapat di bahagian sebelah kanan buluh pada tongkungon.Ketiga-tiga tali dari cungkilan sembilu buluh yang terdapat di sebelah kiri masing-masing dikenali sebagai toroloi satu, Toroloi dua dan Towon manakala di bahagian kedua yang terdapat di sebelah kanan buluh terdiri daripada loposon, ribadon, lombuson dan tongoon.Tongkungan dimain ketika menunggu padiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tongoon Kdtali yang ketujuh terdapat di bahagian sebelah kanan buluh pada alat tongkungon.Ketiga-tiga tali dari cungkilan sembilu buluh yang terdapat di sebelah kiri masing-masing dikenali sebagai toroloi satu, Toroloi dua dan Towon manakala di bahagian kedua yang terdapat di sebelah kanan buluh terdiri daripada loposon, ribadon, lombuson dan tongoon.Tongkungan dimain ketika menunggu padiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ribadon Kdtali yang kedua terdapat di bahagian sebelah kanan buluh pada alat tokungon.Ketiga-tiga tali dari cungkilan sembilu buluh yang terdapat di sebelah kiri masing-masing dikenali sebagai toroloi satu, Toroloi dua dan Towon manakala di bahagian kedua yang terdapat di sebelah kanan buluh terdiri daripada loposon, ribadon, lombuson dan tongoon.Tongkungan dimain ketika menunggu padiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lombuson Kdtali yang kelapan terdapat di bahagian sebelah kanan buluh pada alat tongkungon.Ketiga-tiga tali dari cungkilan sembilu buluh yang terdapat di sebelah kiri masing-masing dikenali sebagai toroloi satu, Toroloi dua dan Towon manakala di bahagian kedua yang terdapat di sebelah kanan buluh terdiri daripada loposon, ribadon, lombuson dan tongoon.Tongkungan dimain ketika menunggu padiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
towon Kdketiga-tiga tali dari cungkilan sembilu buluh yang terdapat di sebelah kiri dororongan.Ketiga-tiga tali dari cungkilan sembilu buluh yang terdapat di sebelah kiri masing-masing dikenali sebagai toroloi satu, Toroloi dua dan Towon manakala di bahagian kedua yang terdapat di sebelah kanan buluh terdiri daripada lapeson, ribadon, lamboson dan tongon.Tongkungan dimain ketika menunggu padiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
123456

Kembali ke atas