Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : jalur kain sutera, linen dsb yg dipakai di bawah kolar kemeja dan tergantung di dada; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kain yg diikat di keliling leher (di bawah leher baju) dan hujungnya bergantung di dada kemeja, dasi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pakaian yg diikatkan pd leher baju dan dibiarkan berjela ke hadapan; dasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tali (kata nama)
Bersinonim dengan serat, benang, dawai, wayar, kabel, rafia, rantai, rotan, reben, kenur, ketaya, keluan, untai, tambang, temeralang;,
Kata Terbitan : bertali, bertalian, bertali-tali, mempertalikan, pertalian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
TALI LEHER...Apakah istilah yang digunakan contoh...1 helai tali leher 1 keping tali leheri atau 1 set tali leher Terima kasih.

Untuk makluman, perkataan helai yang merujuk kepada penjodoh bilangan bermaksud barang yang tipis (seperti daun, rambut, kertas dan lain-lain). Berdasarkan tiga pilihan yang diberikan, penjodoh bilangan yang paling hampir ialah “sehelai tali leher”, “satu helai tali leher” atau memadai jika digunakan “satu tali leher” sahaja.

Tatabahasa07.11.2019
1. Penjodoh bilangan yang sesuai untuk tali leher?Penjodoh bilangan yang sesuai untuk tali leher ialah sehelai tali leher.Lain-lain27.03.2010
Tali leher --> mengikat atau menyimpulTali leher diikat dan kemudian disimpulLain-lain14.08.2008
Pemuzik jalan yang berpakaian segak dan memakai tali leher sering ditemui jika kita berkunjung ke negara-negara Eropah. Munsyi , apakah kesalahan pada jalan dalam ayat ini? TQAyat tersebut tidak gramatis seperti penggunaan kata terbitan dan kata hubung yang kurang tepat. Oleh itu, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga dan lihat di bawah tajuk berkenaan dan elakkan daripada membina ayat gabungan yang terlalu panjang.Tatabahasa13.02.2012
1.Saya ingin mendapat penjelasan bilakah masanya kita perlu menggunakan....ramai orang dan banyak orang? 2. perkataan baharu dan baru yang mana lebih tepat 3. tali leher seutas atau sehelai 4.kalau banyak kunci dipanggil segugus tapi kalau satu kunci kita panggil apa? Mohon penjelasan dari pihak tuan untuk mengelakkan kekeliruan.Terima kasih

1. Kedua-duanya boleh digunakan. Kebiasaanya ramai merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat manakala banyak orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan

2. Kedua-duanya betul. Baharu ialah new dalam bahasa Inggerisnya, manakala baru pula dalam bahasa Inggeris disebut sebagai just. Contoh penggunaan baharu  Tahun baharu, kereta baharu atau rumah baharu. Manakala baru pula bolehlah digunakan dalam ayat seperti, baru-baru ini Pak mat kemalangan jalan raya atau baru sekejap tadi dia datang dengan ibunya, dan lain-lain lagi.

3. Sehelai tali leher.

4. Sebatang kunci.

 

Tatabahasa21.07.2009
Saya ingin bercakap mengenai penggunaan perkataan Bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat sehari-hari menggantikan perkaatan Bahasa Melayu yang agak/terlalu panjang terutamanya golongan remaja dan penduduk pusat bandar. Contohnya, 'call' ganti menelefon atau membuat panggilan, 'airport' kerana 'lapangan terbang' terlalu panjang, 'tie' ganti 'tali leher', 'shopping' untuk membeli-belah, 'game' untuk permainan (ini biasa), 'laptop' untuk komputer riba' dan banyak lagi. Sepatutnya diwujudkan perkataan yang lebih pendek dan mudah seperti mengambil perkataan yang sudah digunakan atau daripada bahasa lain. Saya mencadangkan contohnya 'keloi' daripada dialek Kedah untuk 'call', dan 'dasi/taler' untuk 'necktie' daripada B.Id atau yang arkaik. Terima kasihUntuk makluman tuan/puan, perkataan yang dicadangkan memang terdapat dalam Kamus Dewan dan boleh digunakan oleh semua pengguna sama ada untuk tujuan rasmi atau tidak rasmi. Sungguhpun demikian, pihak kami tidak ada kuasa untuk memaksa pengguna  supaya menggunakan perkataan tersebut, kecuali jika terdapat bahan/dokumen yang dihantar ke DBP untuk tujuan semakan kami.Istilah22.04.2018
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya menghantar dokumen dalam bentuk surat rasmi untuk meminta pihak tuan membuat semakan terhadap kata majmuk yang bakal saya gunakan dalam inovasi Bahasa Melayu.Terima kasih tuan.
Pembentukan Kata majmuk g dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah. Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang ungsur antara unitnya. Senarai perkataan tersebut ialah kata majmuk dan perlu dieja terpisah: 
 
1. jam tangan / tanda nama / baju sekolah / tali pinggang / tali leher  / papan putih
2. kipas angin / meja makan / kaunter bayaran/ alas meja / bangku panjang / nasi lemak
3. penyiram air /pasu bunga /bunga raya / tukang kebun / papan tanda  / kolam ikan
4. peti ais / tanda harga  / penimbang berat / tarikh luput / tong sampah / air kotak
5. baju renang / bot nelayan / tapak sulaiman / air laut / rumah api / selipar getah 
6. bingkai gambar / rak televisyen / meja konsol / set sofa/ jam dinding / penyaman udaya
7. papan gelongsor / trek joging / kawasan larangan / palang besi / penunggang spring /            hutan kubah
8. sekatan pergerakan / pensanitasi tangan / barisan hadapan / penjarakan sosial / pelitup          muka  / sut hazmat
Tatabahasa14.07.2020
Salam pihak KNDBP dan salam Merdeka saya ada 3 soalan 1) Perjuangan membebaskan tanah air bermula semenjak 1511. bolehkah 'bermula dan semenjak' digunakan pada ayat di atas kerana semenjak = bermula dari. 2) Perjuangan ini diakhiri leher terjerut dan badan terkulai di tali gantung. pada perkataan 'diakhiri' perlukah diikuti dgn perkataan 'dengan' cth; perjuangan ini diakhiri dengan 3) Kunci kepada memperoleh ilmu adalah dengan membaca. betulkah penggunaan 'kepada' dalam ayat di atas? #mohon pihak DBP untuk jadikan ketiga-tiga ayat di atas lebih gramatis, terima kasih.1. Perjuangan membebaskan tanah air bermula dari/semenjak 1511.  (salah satu)
2. Perjuangan ini diakhiri leher terjerut dan badan terkulai di tali gantung. Tidak perlu. 
3. Kunci memperoleh ilmu adalah dengan membaca. Kata sendi nama "kepada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran, memperoleh - kata kerja.
Tatabahasa30.08.2016
Maaf, saya ingin bertanya tentang rantai pinakol. Adakah pihak DBP tiada sebarang maklumat tentang pinakol? Saya telah membuat carian di carian umum tetapi tidak dijumpai. Mohon pencerahan daripada pihak DBP.Pinakol merujuk pada hiasan gubahan manik yang dipakai oleh masyarakat Rungus di utara Sabah, Kudat. Gubahan manik Pinakol telah menjadi warisan turun temurun dikalangan masyarakat Rungus di Kudat. Pinakol menjadi pusaka turun temurun dalam keluarga rungus di sebelah perempuan iaitu, peninggalan ibu kepada anak perempuannya. Pinakol terdiri daripada sepasang tali pinggang jenis selempang bermanik leper yang dikenakan melintang dada ke belakang bagi kegunaan hiasan biasa. Sejenis lagi biasanya dikenakan pada tradisi perkahwinan suku kaum Rungus di Kudat. Hasil kerja manik, warna yang digunakan dan reka bentuknya dapat membezakan etnik Rungus dari etnik lain di Sabah dengan mudah. Ia sering dikenakan bersama pakaian tradisi masyarakat Rungus yang kebiasannya bewarna hitam. Selain itu, Manik jenis ini juga  digunakan sebagai rantai leher untuk lelaki dan perempuan.Lain-lain02.07.2020

Kembali ke atas